06 March 2018

Suami di Sabah, Ayu di Selama!

Seminggu encik suami di Sabah, alhamdulillah diberi kesempatan meluangkan masa dengan family di kampung. Anyway, kampung Ayu di Selama, Perak. Siapa tau Selama tu kat mana?

Bila Ayu sebut Selama, ramai tak pernah dengar. Tapi bila sebut Taiping baru "Ohhh". Selama & Taiping ni dalam 1 daerah. Daerah Larut Matang & Selama. Haaa, baru perasan kan?

Selama ni, dia macam duduk tengah tengah tau. Nak pergi Kedah dekat, nak pergi Penang pun dekat. Guna jalan lama je. Tak payah naik highway. Paling best, sebenarnya di Selama ada baaaanyak lata. Lata ni air terjun kalau ada yang tak tau.

Seminggu Ayu ada di Selama, sempat laa Ayu & family berkelah di Lata Damak. Berkelah hari orang lain bekerja. Heaven laaa.

belum cukup lagi family Ayu ni. Abah & 2 orang beradik Ayu tak dapat join berkelah
Lata Rambung,
Lata Damak,
Lata Panggung,
Lata Mengkuang,
Lata Tebing Tinggi,
Ni baru 5 air terjun yang diiktiraf majlis daerah sebagai destinasi menarik. Sebenarnya ada berbelas-belas lagi air terjun di Selama yang belum di eksploitasi. Haaa, nak pergi hiking & air terjun di tempat yang tak ramai lagi orang explore, kena laa tanya tanya orang kampung tau. Malu bertanya, sesat jalan!

Bibir dah biru pun tak puas lagi nak mandi air fresh. Bukan selalu kan
Kalau berkelah, Ayu cadangkan bawak nasi putih, gulai ayam & sambal ikan masin. Lauk ni kalau tengah sejuk sejuk berendam dalam air, makan tepi sungai, tak sedar tau tambah nasik 3-4 pinggan
Dalam excited tu, jangan lupa. prepare bawak plastik beg. Bukan untuk baju basah ja, tapi untuk sampah sampah yang kita buat. Cawan pinggan plastik, sisa makanan, plastik cekedis. Setakat nak basuh tangan dalam sungai lepas makan tak kisah. Tapi tulang ayam, kerak nasik tak payah laaa buang dalam sungai. Selalunya sampah-sampah ni ditinggalkan ja lepas berkelah. Kesian next orang lain datang, dah tak seronok dengan sampah bersepah-sepah tu. Selesai berkelah, bawak balik sampah. Jumpa tong sampah besar, baru buang. Simple kan?

Sama-sama kita jaga sungai kita. 
Barulaa sungai cantik sampai anak cucu cicit kita nanti!



Yang ni pun penting jugak. Mana yang acah acah laki bini tu, beringat ingat. Nak berkelah dengan kengkawan pun, jaga batas pergaulan ok? Kalau piham berkuasa tak nampak pun, Allah nampakkkk~


2 comments:

  1. Ohhh, heaven lah time orang kerja kita p bercuti..memang best........nikmat oi~

    Ok, untung leh gi kedah, penang...dekat.....bila lah saya nak p sana lagii...sobs..ehhehe...

    Sambil sambil..jomlah join ga Nona~

    http://nonasani.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pergi tempat best cenggini memang heaven gilaaa pergi time orang kerja. hehehe.

      Ayu join ye GA Nona! Harap-harap ada rezki Ayu ;)

      Delete