22 February 2018

Review Ikhlas: e-book Mommy Hana memang ohsem!

Hai!

Ayu nak share 'gajet' terbaru Fateh. hehehe. Mujur belum beli mp4 lagi. Biasalah budak budak sekarang. Umur belum setahun dah pandai demand nak smartphone. Masa Fateh lahir dulu Ayu sukaaa sangat layan video video anak cerdik Tomok, si Arrian tu. Pandai sungguh dia. Petah bercakap serba serbi pandai belajar guna tab. So bila Fateh lahir, niat Ayu jadikan Fateh macam Arrian la kononnya.

Syaratnya ada limit dan Ayu akan tengok & enjoy the videos sama sama dengan Fateh. Sebut sama sama. Nyanyi sama sama. Tapi selalunya terbabas. Biasalah uols bila anak respon cecomel dengan video, mak bapak pun excited enjoy. Tetiba dapat panggilan dari customer, kadang tu Ayu tinggal berdua kat rumah time nak masak Fateh cranky. Antara jadi punca laa Fateh berlama lama tengok gajet. Haih.

Ayu tak nafi, Fateh belum umur setahun dah kenal abc, colors & 123. Walaupun belum pandai cakap, tapi Fateh respon dengan tepat bila Ayu soal. Problem gajet ni mula bila Fateh masuk umur 2 tahun. 

Ten.. Ten.. Tennn...

Omputih kata bila anak masuk umur 2 tahun ni fasa 'terrible two'. Sebab masa ni emosi anak anak dah mula develop. Siapa ada anak, memang faham sangat bab tantrum ni. Bila Fateh tak puas tengok phone, dia punya mengamuk boleh terbalik rumah! Kadang kadang berjaya laa trick pujuk alih perhatian Fateh dengan benda lain, kadang kadang tak menjadi jugak. 

Image may contain: 1 person

Tapi sejak ada e-book Mommy Hana ni... Ayu dah boleh tarik nafas panjang! Alahmdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masih belum terlambat lagi Ayu nak didik Fateh jangan nak melekat dengan phone. Ayu pun dah boleh layan pm customer dengan tenang dengan adanya e-book ni. 

E-book Mommy Hana ni mudah sangat nak guna. Buttons & functions dia simple sangat nak faham. Even Fateh ambil tak sampai setengah hari dah terer guna on sendiri. Basically e-book Mommy Hana ada ABC, 123, colors, shape, animals, transportations, things... banyak lagi! Ada 2 bahasa: BM & BI. Part animals tu siap ada bunyi lagi. Ayu pun excited join Fateh belajar. Siap ada button lagu kanak-kanak tau.

No automatic alt text available.

E-book Mommy Hana bukan ajak anak sama sama sebut je, ada quiz button jugak macam Fateh tengah jawab ni. Ada soalan, dan Fateh akan jawab dengan tekan pada jawapan. Tekan dengan jari pun boleh walaupun dapat freegift pen dan marker pen sebagai alat bantuan. 

Impressive! Tak sampai seminggu Fateh boleh jawab semua soalan yang. Yang Fateh dah terer tu no wonder la. Tapi ada banyak lagi sebenarnya yang Fateh belum belajar ada dalam e-book Mommy Hana. Tak sampai seminggu dah khatam! Otak budak2 betul la kan. macam span! 


Ada yang lagi lagi lagi best dalam e-book Mommy Hana jugak ada bacaan surah2 lazim, doa2 harian & belajar wuduk & solat! Mudah betul dengan e-book Mommy Hana. Ayu rasa ni adalah antara yang terbaik nak dijadikan hadiah untuk siapa yang baru bersalin. 

Ayu beli E-book Mommy Hana dengan harga RM69. Harga asal RM99. Tengah promosi lagi ni. Siapa berminat boleh terus contact/whatsapp 
Kak Alya 012-7373753

Pesan Ayu, dari awal seboleh bolehnya jangan mula bagi phone pada baby. Walaupun untuk education. Kesan yang TAK baik lagi banyak dari kesan yang baik. Ayu sendiri dah rasa. Jangan jadi macam Ayu ambik jalan pintas nak ajar anak. Ada banyak cara lagi ada selain ajar guna smartphone. Anak ni, sebenarnya dia nak kita main sama sama dengan dia. Tak lama pun, dapat main sesama 30 minit boelh tengok macamana happy mood anak boleh pegi satu hari tu. Yang penting quality. 

Sama sama kita improve skill parenting kita ok? ;)

6 comments:

  1. mmg bgus ebook macam ni utk bdak2 kan..

    ReplyDelete
  2. Bagus untuk budak2.. Tak tahu pula kewujudan ebook ni. Produk camni lagi bagus kalau viral :D

    ReplyDelete
  3. bestnya 'mainan' diaaaa. heehe. bagus e-book ni. kalau nak banding dengan hp. semoga lekas belajar dan jadi pandai ^_^

    ReplyDelete
  4. betul2 sis. jangan mulakan awal perkembangan baby dengan hp hp bagai ni

    ReplyDelete
  5. Menariklah ebook ini.. Boleh membantu ini..

    ReplyDelete
  6. bagus part duduk sama da baca sama2 sebut sama2 tu..

    ReplyDelete