05 January 2018

Azra Grill Bus, Simpang Sg Choh, Rawang

Sesekali layan kedai makan hipster best jugak. hehehe. Kalini Ayu singgah Azra Grill Bus. Betul betul dekat simpang tiga Sungai Buaya-Serendah-Sungai Choh. Dah lama dah usha bas sekolah kuning tu. Mana tak nya, setiap kali nak pergi kerja memang lalu. Ni baru ada peluang nak singgah. Orang yang paling excited mesti laa Fateh!

Kononnya bas bergerak. Semua orang Fateh lambai. Padahal kereta kat main road yang bergerak. hahahaha

Comel & simple je deko dalam bas ni. Budak budak memang seronok laaa datang makan kat sini. Fateh turun naik tangga bas tu tak tau laa dah berapa ribu kali. Rezeki time Ayu pergi ttak da orang dalam bas. Betul betul Ayu, husband & Fateh je. So sempat laaa berposing sakan dalam bas.

Nasib laaa bila ada anak lelaki, maknya posing dengan anak je. Gambar dengan abahnye semua goyang. Tak menjadi. Cemana? Baru nak snap, dah kena ligan budak bertuah ni. 


Ayu order chicken grilled
 Just nice portion dia berbaloi dengan harga. RM13 ja! 
Daging ayam juicy sangat. Kuah blackpepper sedap. 


Tak pernah rasa daging rusa. So husband order laa rusa grilled. Bagi Ayu kalau mahal sikit pun tak apa. Sebab tak puas makan daging rusa ni! hehehe. Harga RM15 ja. Padan laa kan. Tapi kalau mahal sikit + portion lebih Ayu rasa lagi best & menu ni akan meletop. Sebab sedappp sangat perapan daging rusa tu. Daging pun juicy.


 Sebab kami bertiga ni hantu kentang putar, kami order extra laaa. hehehe. Biasanya kalau kat KFC, 2 bekas Large whipped potato wajib kena order. Makan sampai bulat! Kentang putar kat sini pun sedap. Setanding rasa macam whipped potato KFC.


Lepas makan, sesi melepap sementara laaa bila dah kenyang. Ada port untuk Fateh main. Bagi can dia bersukaria dalam dunia fantasi dia. hehehe. Kalau datang beramai ramai tak muat makan dalam bas, restoran ni lapang je. Banyak tempat duduk selesa. Layanan dari staf pun mesra. Overall, Just nice & boleh repeat!!! hehehe


1 comment:

  1. the place looks so cool. hi new followers here #510

    do visit n follow my new blog too. hehe

    ReplyDelete