21 December 2017

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) sesi 2018

Hai.

Mungkin ada yang belum pernah dengan pasal Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE). Ok, Ayu pendekkan cerita, program ni khas untuk warga belia dari umur 18 - 30 tahun yang berminat sungguh sungguh nak jadi usahawan. Orang yang terpilih untuk program ni akan dapat RM15,000 lepas habis program. Bukan pinjaman tau RM15,000 tu. Tapi berbentuk geran. Maksudnya, tak payah bayar balik!

Pendaftaran baru dibuka. Isi online ja. Cepat cepat isi kat sini:


Program ni ada beberapa syarat dan fasa. Full detail syarat & perjalanan program ni semua ada dalam laman web Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)  Bagus tak bagus program ni, lepas habis krusus TUBE, bisnes kita akan dipantau. Tak adalah kita kena tinggal terkontang kanting dengan RM15,000 yang kita dapat tu. 

Dan kalau nak tau, kawan Ayu dah 2 orang berjaya lepasi program ni. Dan dah mula berniaga pun. Seorang kawan Ayu dah selamat bukak kafe dessert di Terengganu. 

Image may contain: one or more people and indoor

Ada mesin buat aiskrim sendiri. Ada van untuk bawak dessert bergerak sendiri dah di area Terengganu. Siapa yang nak buat tempahan boleh contact kawan Ayu ni ye:

Image may contain: outdoor 

Seorang lagi, baru je habis kursus TUBE ni. Bakal bukak kedai bakery sendiri. Tengoklaaa kek hasil tangan kawan Ayu ni. Meleleh air luir wehhhh. Yang ni, kedai dia belum beroperasi lagi. Insyaallah soon. Ayu akan update bila dia dah bukak.


So uolsss yang bercita cita nak jadi usahawan berjaya dan menepati syarat, cepat cepat daftarkan diri ok?

No comments:

Post a Comment