26 December 2017

Kelas make up Basic dengan founder 9Herbs

Dah lama gila Ayu nak join kelas make up. Selalu tengok live MUA kat Facebook je. Tapi bila nak praktis tak menjadi. Hahaha. Siapa macam ni?

Seriously kalau betul betul minat, memang kena berguru. 
Alhamdulillah, macam tau tau ja Ayu tengah mencari kelas make up. Muncul iklan kelas make up basic dengan founder produk 9herbs. 

Kelas basic make up ni RM90 ja!!!
Siap breakfast & lunch lagi tau. Haaa, sangat berbaloi. Sebab belajar dengan MUA, hujung kelas ada praktikal cikgu guide one-to-one. Cikgu boleh katok tangan kalau salah guna berus. hahaha. Kelas basic ni cuma ajar make up basic la. Make up untuk menaikkan seri bagi muka nampak fresh gitu. Tak la sampai belajar teknik contouring, shading bagai. Ilmu paling penting Ayu dapat dari kelas ni adalah cara pilih foundation. Haaa. Ramai lagi tak master bab pilih warna foundation ni. Nanti lain hari Ayu share tips pilih warna foundation yang sesuai, ok?


Muka sebelum make up.Siapa yang baru singgah blog Ayu, terkezut tengok white spots kat muka & tangan Ayu tu boleh baca semua entri entri berkenaan dekat tabs My Journey With Vitiligo ok?

Sebelum make up, yang penting kena prepare muka. 3 STEP WAJIB sebelum make up kalau nak make up cantik, smooth dan kulit tak rosak sebab make up. Wajib cuci muka, pakai toner, pakai moisturizer. Walaupun mandi pagi tadi dah buat, tapi sebelum make up kena repeat balik step prepare muka ni kata cikgu.

Dalam kelas, dapat laa merasa produk premium 9herbs 'beauty in the drops' as moisturizer & primer sebelum make up. Lepas apply, masyaAllahhh, lembutnyaaaa muka. Seriously kena masuk wishlist. Dah la botol cute ya hamat! Lately kan banyak sangat produk base minyak argan. Tapi yang satu ni, Ayu jamin. lain daripada yang lain! Must try!

No automatic alt text available.

Lepas make up, haruslaaa sesi selfie.
Seronok sangat. Founder 9herbs humble gila. MUA cikgu make up pun banyak bagi tunjuk ajar. Tak lokek ilmu. Nak tau tak, Ayu gamble je pegi sengsorang kelas ni. Orang lain semua bawak member. Tapi haritu dalam kelas, semua member baru havoc! Tak rugi join kelas make up ni. Ilmu dapat, makan dapat, member baru pun dapat!


Kenangan dengan Founder 9herbs. Kak Elaine baikkk sangat. Bukan selalu dapat makan satu meja dengan orang hebat. Moga terus sukses dalam biz! Selain beauty in the drops, 9herbs ada lain lain produk: Pigmentation Serum & Feminine Hygiene Mist. Boleh tengok kat Official Facebook 9herbs. Dah ramai MUA popular & artis pakai produk 9herbs ni tau.


MUA Dart. Cikgu make up yang tak lokek ilmu. Kalau nak tau, Dart ni engineer tau. Tapi sebab dia minat sangat bidang conteng muka. So dia buat partime make up. Siapa nak tadah muka boleh pm trough Dart Personal Facebook.

Amacam, cun kan hasil belajar kelas basic make up ni? hehehe (perasan)

11 comments:

  1. Cantikk! Saya tak pandai makeup hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, dear ;)
      Ayu pun tak pandai. tapi minat. tu yang join kelas. dapat belajar basic make up pun dah puas hati. hehehe

      Delete
  2. Waw cantik sangat! Boleh ajar buat tuto pulak nnti eh next entry. Heee

    Fatin follow dekat sini, salam singgah dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, dear ;)
      Insyaallah. Ada jugak tu rasa nak buat tutor. Tapi kena praktis betul2. Kang buat tutor tak menjadi. hehehe

      Delete
  3. assalamualaikum ayu. tq sudi singgah blog akak.. blogwalking balik.. first time akak dengar pasal vitiligo.. tp pernah nampak model oversea yg jadikan penyakit dia sebagai kekuatan dia. akak doakan semoga vitiligo ayu akan sembuh.. by the way.. mekap tu memang flawless. selalu teringin nak mekap tp suami x kasik.. kiki.. baby pun comel. semoga semuanya akan baik-baik je.. (,")

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak.
      Betul kak. Nama dia Winnie Harlow. hehehe. Ayu adore dengan confidence dia. nak contohi confident dia tu.

      Kat Malaysia ramai sebenarnya ada vitiligo. tapi sebab masyarakat belum terbuka lagi dengan penyakit ni. so ramai la kawan kawan ayu yang 'hide from public'

      bab makeup, suami akak lagi suka tengok muka akak bersih dari makeup la tu. hehehe.

      Apa apapun, Terima kasih kak. keep in touch! hehehe

      Delete
  4. Wah hasilnya superb patutlah makin ramai orang pakai 9herbs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul.. Produk 9herbs sekarang tengah trending.

      Delete
  5. CCL PENGGUNA FACE PRIMER 9HERBS JUGA , MEMANG BEST KALAU NAK MEKAP
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/11/jom-cantik-bersama-beauty-in-drops-dari.html

    ReplyDelete