15 November 2017

Siapa pernah dapat call katanya dapat voucher percutian percuma?


Selalunya orang takut nak angkat call dari nombor yang tak dikenali. Tapi kami yang bergelar jurujual ni, nombor yang yang tak dikenalilah paling digemari. Kononnya prospect. kah!

Ok ceritanya Ayu dapat call. Lepas jawab salam & verify nama terus dia cakap:

"Tahniah sebab anda terpilih dalam Program Jelajah 1 Malaysia. Anda layak mendapat voucher percutian percuma 2 hari 1 malam. Boleh pilih 1 daripada 4 tempat percutian yang diberi"

Meh... Kepala terus fikir kena tipu ni. Tapi takpa. Dalam call dia tak minta apa apa maklumat pun. Cuma dia verify dah berkahwin ke belum. Kalau dah berkahwin, wajib datang dengan pasangan ke tempat yang akan diberitahu dalam SMS nanti.

Habis call, Ayu dapat SMS complete details. Eh. Alang alang memang nak bawa Fateh makan angin kat Tasik Shah Alam, singgah la dulu kat hotel ni. Kita tengok sandiwara depa macamana.

Image may contain: text

Hari & tempat yang dijanjikan, baru laaa nampak ooo program under company *** Supply & Services. Lepas register, tunggu 5 min kat luar hall, seorang abang macho keluar & attend kami.

No automatic alt text available.

Bila masuk hall, mak aiiii. Ramai & kecoh! Setiap pasangan ada tuan penasihat. Lepas kami berkenalan serba sedikit abang macho tanya kerja apa, kat mana, gaji berapa ect. Kami tak jawab betul betul pun. Kami cakap kerja biasa biasa ja.

Bila tanya biz apa company apa dia buat, abam ni jawab kelaut. Lagi banyak ditanya, lagi banyak dalih dia buat. Dia punya trick tu sebenarnya nak buat kita jawab "Yes. I'm interested".

Katanya tak payah cari orang, tak payah marketing, tak payah menjual, tak payah masuk office, tapi 4x sebulan datang ambil duit. Ikut kita nak datang hari apa, jam berapa.

At last trick dia tak menjadi bila otak geliga Ayu dapat tangkap biz apa company ni buat. Bila Ayu cakap:

"Company uols supply ******* ******* ehhh"

Abam ni terus panggil encik manager. Lepas kami berterus terang yang kami bekerja sebagai jurujual Coway, atas sebab sebab tertentu yang membantutkan urusan kami, encik manager bersalaman dengan suami, ucap terima kasih kerana sudi datang dan menghulurkan sekeping kertas. Eh, dapat jugak voucher! hahahaha.

No automatic alt text available.

Ya. Kami dapat voucher percutian yang sah. Dah call untuk pengesahan. Bukan scam. Bukan MLM. Real & Good biz. Tapi mungkin ada beberapa ejen penasihat yang tak profesional tersalah langkah dan bicara buat sorang pakcik mengamuk dalam hall. Tak pa la tu. Kami laki bini tak campur hal pak cik tu.

Dah baca panjang panjang ni agak agak boleh teka tak company ni buat biz apa?

No comments:

Post a Comment