07 November 2017

Cara renew lesen Online

Birthday hampa bila?
Benda penting kena ingat di hari lahir bukan ucapan tulus ikhlas daripada kengkawan,
bukan jugak hadiah kejutan daripada yang tersayang, tapi....
RENEW LESEN! haaa, Jangan buat buat lupa tau!

Tau tak sebenarnya nak renew lesen sebenarnya boleh selesai tak sampai 15 minit dengan menggunakan kudrat hujung jari? Boleh buat Online jaaa. Yang penting, kena ada data internet. Tu saja.
Cara caranya....

1. Sila ke laman web www.myeg.com.my untuk register/daftar.
Isi lah apa yang yang depa mintak kat situ. Submit. Nanti cek emel, klik saja verification link yang depa bagi.

2. Dah verify, log in dan pilih 'Jabatan Pengangkutan Jalan' 

3. Seterusnya, pilih 'baharui lesen memandu'


No automatic alt text available.
4. Sekali lagi isi lah apa benda details yang depa mintak. Boleh pilih nak renew 1/2/3/4/5 tahun. Kalau suami hampa belum bagi hadiah hari lahir, sila tuntut hadiaglh berupa renew lesen 5 tahun teruih. senang.

Yang tengah kumpul duit nak kawen, renew setahun ja sudah. Tahun depan panjang umur boleh buat lagi.


No automatic alt text available.
5. Dekat cara penghantaran, pilih untuk pos. So renew lesen 2 tahun + delivery charge + services charge + GST.... Total hanya RM 67.42


Sila proceed pembayaran dengan online banking/kad kredit


Image may contain: 1 person

Tak lama pun. Harini buat, esok dah dapat. tadaaa! Abam MyEG datang naik motor deliver.
Ya. dapat lesen dalam laminate. Yang kat bawah ada gambar tu lesen lama. Kalau kena tahan dengan abam polis, kena tunjuk dua dua kay. 


Kalau nak lesen ala ala ic tu, sila pegi ambik nombor dan beratur di kaunter. Yang takda masa macam aku ni, dalam jamban sambil lepas hajat pon boleh buat.

Ha jangan nak kata tak senonoh. Hampa semua bawak henpon kannnn dalam toilet. Tak payah nak tipu manusia yang dah berumur 27 tahun ni. 

Ok Bai.


No comments: