07 December 2016

Perlu ke Penapis Udara kat Rumah?

Hai.

Semua setuju tempat yang paling selamat mestilah rumah kita, kan?
Tapi tau tak sebenarnya kebanyakan penyakit puncanya dari dalam rumah kita?

Jeng Jeng Jenggggg!

Makhluk halus ie Virus & bakteria yang melekat kita bawak masuk rumah. Kita tak tau.
Bahan kimia yang meruap dari cat dinding & cat perabot. Kita tak nampak.
Kulat & habuk dari perabot. Kita tak rasa.

Belum kira kalau ada pets.
Belum kira ada perokok.
Belum kira jerebu yang dah jadi musim tahunan kat negara kita ni!

Kalau air ventilation rumah kita bagus ok laaa. Pernah cek ke? Hehehe. Tau tak kita boleh cek badan berkenaan untuk cek kualiti pengudaraan dalam rumah? Mesti tak tau kan? Hehehe.

Bayangkan tingkap & jendela rumah yang jarang-jarang terbuka. Boleh bayang tak benda-benda kat atas tu berkeliarannn buat kampung dalam rumah dengan bahagianya. Berhuhuhuhu tak?

Sedar tak sedar...
Selesema dah lega kejap-kejap singgah balik.
Makan ubat batuk rasa macam dah tak lut je.
Tengah tidur boleh terjaga sebab asyik terbersin. Resdung kaw!
Lelah, penat, then doktor sahkan anak ada asthma.

Terjawap tak persoalan perlu ke penapis udara kat rumah?

Kalau rasa perlu, skrol laaa lagi sebab nak bagi tips beli penapis udara daripada pengalaman sendiri. Bila ada anak, kita sentiasa nak sediakan yang terbaik untuk dia. Betul tak? Sebenarnya aku buat research pasal penapis udara ni sebelum Fateh lahir lagi.

1. Paling penting, penapis udara tu ada HEPA filter. Power tak power HEPA ni ikut kajian boleh eliminate 99.9% virus. Kalau takat bakteria tak de hal punyolah.

2. Penapis udara tu portable. Senang nak pindah-pindah dari ruang tamu nak bawak ke bilik tidur ke. Unless kalau mampu, letak la penapis udara kat tiap tiap bilik ye dok. Shopping sephora tuap-tiap minggu ok takat nak beli mesin sedut habuk habuk rumah apedehallll.

3. Pilih yang murah ke mahal? Nak beli yang mahal & berkualiti berat mata memangdang berat lagi nak bukak dompet, kan? Kalau yang murahhh, tanya la siapa yang pakai penapis udara tak sampai RM100. Tak sampai sebulan filter dah koyakkk. Nak ganti kena contact balik manufacturer. Selalu nak suruh depa ni ganti berjanggut nak tunggu. Kalau ada warranty best. Kalau tak poket pulak koyakkk. Itu pun kalau dapat contact manufacturer tu. kahkahkah

Based on 3 tips ni, pilihan aku adalah..... LOMBOK II daripada Coway.

Fateh sedapppp je tido tepi LOMBOK II

Kalau tengok harga terketaq-ketaq jugak nak huloq duit. RM3k. Mas kahwin aku pun tak cenggitu. Hakhakhak. Tapi yang bestnya Coway ada pakej sewa beli siap servis, tukar filter & warranty! RM110 je sebulan. Kalau nak harga yang bawah seratus pun ada.

Setakat ni servis 2 bulan sekali tak pernah miss. Tukar filter ada dia punya tempoh depends on jenis filter. Kalau nak tau, dalam tempoh 6 bulan pertama Fateh yang orang kata tempoh kritikal kena jaga baby betul-betul tu, Fateh tak pernah demam, selesema & batuk sebab jarang-jarang keluar rumah.

Nak detail lebih lagi pasal penapis udara Coway, klik laju-laju kat sini:
http://www.cowayregiment.com/

No comments: