21 November 2015

Marathon: my pregnancy journey part III

Hahahai.

Sibuk betoi noh.
Tapi apa pun aku akan tetap usaha update. Untuk tatapan sendiri satu hari nanti. Dan untuk tatapan sesiapa yang mengenali dan ingin mengenali. cewah.

Detik 5 bulan yang lepas. Still fresh lagi dalam kepala ni.
23hb; 6 Ramadhan; 3am

Sampai Hospital Selayang, badan kena salut segala wayar CTG. Sekali lagi dokter check bukaan. 3cm. Contraction boleh tahan. Selang 15minit. Siap print graf, terus dapat masuk wad. Alhamdulillah, ada katil kosong. Aku pegi Hospital Serdang haritu ibu ibu mithali ni tahan contraction kat tempat menunggu je sebab takdak katil kosong. Sadis. 

Orang cakap contraction ni half sakit senggugut. Memang sakit. Sakitnya cramp 1 badan tak boleh buat apa-apa. Bila datang contraction tu, nak berdiri pun tak boleh! Terasa macam tulang temulang dalam badan ni dikepak-kepak tahu.

Bila tengah rilex, aku still boleh skroll fesbuk. 
Whatsapp kengkawan.
Bukak folder gambar-gambar doa permudah bersalin.
Siap sempat bukak link baca teknik pernafasan yang betul.
Yang lawaknya bila contraction datang segala tips yang aku baca terbang pi mana tak tau!

Rezeki aku malam tu, encik suami boleh teman. Makgad tak kacau sangat. sekali dua je dia mintak keluar masa dokter nak round wad. Kali ni check bukaan dah 5cm. 

Dah start berpeluh then aku muntah. Nurse datang gosok-gosok belakang badan. Nurse cakap macam ni la sakit bersalin. Setengah orang memang akan muntah. Tanda badan terima sakit luar biasa. Allhurabbi. Masa ni rasa nak menangis sebab teringat mak.

Makin kerap, makin sakit dan makin lama contraction. Sampai satu detik aku dah tahan sangat sebab penat & sakit contraction tu sampai buat aku tercungap-cungap macam ala ala drama kat tv tuh. Fuh. Tak tipu. Memang macam tu. Time ni aku dah tak ingat apa dah. Doa-doa surah pilihan berterabur dah baca. Mampu sebut "Allah... sakit... Allah.." je.

Muntah lagi kali kedua. Nurse dua tiga orang datang bagi semangat. Encik suami tak senang duduk dah. Kehulu kehilir cari dokter. Tak sedar sangat apa yang keluar dari mulut. Sebab tengah sakit sangat. Tapi encik suami cakap aku meracau-racau atas katil. Banyak kali mintak epidural la, bius la. Tapi encik suami cerita dokter cakap:

"takpe. takpe. tak lama dah ni. dia boleh tahan. Biar je dia."

Uuuu, walaupun rasa kejam, tapi bersyukur jugak aku tak ambil apa-apa injection. Sekali lagi check bukaan dah 7cm. Terus nurse tolak katil masuk labour room. Otw ke labour room dah rasa macam nak terberak sangat-sangat. Automatik terteran. Bila bagitau nurse, nurse cakap hold dulu. Hold.

Sampai labour room, check lagi sekali bukaan dah 9cm.
Dokter pecahkan ketuban. Rasa panas je. Lepas pecah ketuban je, terus aku meneran even tak disuruh sebab. Bukan sengaja teran. Masa tu macam automatik nak terteran. Benda-benda yang sempat aku ingat saat genting tu:


Nurse buat kiraan 1-10 then push.
Nurse mintak encik suami pangku kepala supaya aku dapat kedudukan half duduk.
Nurse cakap "Haaaaa, pandai. sikit lagi. sikit lagi, Dah nampak rambut. Dah nampak mata. Hidung dah lepas. Ok sikit lagi. Sikit lagi. Pandai. Kepala dah lepas. Sikit lagi teran dik, keluar semua. Tak lama dah. Masa last teran, brrrrrrrr. Terdengar suara baby. Takleh lupa bunyi dia nangis. Bunyi macam nangis dalam air. Automatik air mata mengalir. Hilang terus sakit. Lega macam dapat melepas cirit birit! Encik suami dengan air mata dia bagitau:
"Anak kita laki yang. Laki."
Penat.
Lapar.
Mengantuk.
Nurse letak baby atas dada. Encik suami azankan. Lama baby melepak atas dada. Kami belai-belai dia. ekkk. ekkk. ekkk bunyinya. Benda first aku cakap lebatnyaaaa rambut baby!

Tak lama lepas tu, nurse mintak izin nak bersihkan baby. Encik suami pun diminta keluar sebab nak start jahit. Serious tak sedar langsung masa bila kena gunting! Tak rasa! Betullah orang-orang cakap sebelum ni. Tak ada rasapun masa dokter gunting.

Jahit pulak, awal-awal tak rasa. Tapi bila dokter bagitau:
"dah nak start jahit kulit luar ni. sakit sikit tau. tahan ye."
Fuhhhh. tarik nafas jugak tahan sakit jarum tu. Terasa satu-satu dokter cucuk tu. Tapi takde la sakit sangat kalau nak compare dengan sakit contraction yang berjam-jam dok menahan tu. Bertuah jugak aku masa tengah tunggu dokter siap menjahit, nurse serve milo panas. Siap mintak tambah lagi! 3 cawan dapat. Lapar sangat-sangat! dan mengantuk!

Settle semua. Balik wad. Mandi. Dan jakun lah kami laki bini  menatap muka si comel ni:

RAJA MUHAMMAD FATEH
''pembuka yang mulia/agung"
nama diberi

-Anugerah Yang Tak Ternilai-

08 October 2015

Marathon: my pregnancy journey part II

Hai.
Jom sambung cerita!

Bila Jun menjelma, dup dap dup dap. Due date 19hb. Time cenggini dah start kalut google tanda-tanda nak bersalin. Hari-hari pulak tu! Tak jemu! Tak cukup lagi, tanya pengalaman member-member bersalin pulak. Tu tak kira tepon tanya mak lagi. Bila tepon mak, mak tanya:

"hang nak beranak ni sijil nikah pon tak hambik lagi!"

Ya Ampuuuuuun. Seriously! Aku dok tangguh-tangguh nak ambik sekali dah cukup 9 bulan baru nak pi hambik. Nak bersalin hospital mintak sijil nikah weiiii. Jangan nak buat lupa. Ostad kat pejabat agama siap perli:

"Memang ramai tak tuntut sijil nikah ni. Dari tahun 2010 pon ada. Maksudnya depa tak beranak lagi la kot nohhhh. Sebab yang mai tuntut sijil nikah semua pakat nak beranak."
Amboiiiii, ostadddd. -_-


Balik ambik sijil nikah naik tren. Memang buat pasai sungguh malam first anniversary. Konon nak celebrate lain daripada yang lain. Memang lainnnnn wa cakap lu. Kena la berletiaq sedaih dengan mak. Buatnya nak terberanak, tak ke haru? hehehe. Tapi alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma pinggang la extra lenguh. Beli tiket onthespot. Seat katil dah takdak.   


Tunggu punya tunggu, 19hb pon tiba. Tapi takda tanda-tanda nak bersalin jugak. Hari due date tu aku siap pegi office macam biasa. Orang lain punya la suruh aku balik rehat banyak-banyak. Orang kata kan kalau banyak jalan, cepat sikit jalan bukak. Senang bersalin harapnya. Sampai ke malam aku & encik strongman nebes & tertanya-tanya. Bila baby nak keluaqqq nihhhh.

1 hari... 2 hari... 3 hari...
Hari ke 4 overdue, aku still tak rasa apa. Pegi klinik desa check up macam biasa. Nurse check jantung pakai alat macam mikrofon tu dia kata jantung baby macam slow. Usik-usik pon slow jugak. Terus refer ke Hospital Selayang.

Sampai hospital, nurse buat CTG. Setengah jam baring atas katil sampai terlelap. Jantung baby turun naik pattern dia. Doktor check jalan. Nasib aku baik dapat doktor perempuan. Tu pun segan yang amat nak bukak kaki. -_-' 

Alhamdulillah, dah bukak 2cm! Still tak rasa any contraction. Doktor kasi balik rumah dulu & bagi masa seminggu untuk tanda-tanda. Malam tu kak ipar suruh tidur kat rumah dia sebab dekat dengan hospital. Dia ada rasa yang aku deliver awal. 

23hb; 6 Ramadhan; 3am
Aku bangun sebab nak berak. 2x ke toilet ceri-beri. Lepas kosong perut, aku start rasa cramp kat perut. Bila cramp tu datang, sakit dia sampai aku tak boleh berdiri tegak. Tiap 15minit rasa. Sah contraction! Kejut encik suami, terus kami ke hospital. 

Maka bermulalah episod pertarungan nyawa aku yang pertama...

01 September 2015

Marathon: my pregnancy journey

Hai.
Tajuk 'journey' tu macam bagi sign yang entri kalini bakal berjela-jela panjangnya.

Last update March. Baby was at 6th month pregnancy. Sekarang baru nak update. Sabar. Sabar. Jauh lagi journey ni nak paste gambar baby. hihihi. Now baby dah 2bulan9hari. Baru ada masa sikit nak curi-curi menaip. Banyak tau nak story. So mana yang still dalam kepala akan tersemat kat sini. Untuk reference one day oleh someone. :')

Tau tak, jadi surirumah no doubt. Tersangatlah bahagia sebab takdak tekanan keja katakan. Tengah preggy pulak. Kalau tak buat household punya keja, mostly masa untuk makan & tertidur. TERtidur tau. Bukan sengaja. Penat wooo bawak budak dalam perut. :p

Lepas update post haritu kan, aku sangat busy ngemas rumah sebab nak pindah sebab company encik somi dapat tender kat Perodua Rawang. Bayangkanla tengah boyot 6 bulan usaha la packing sikit-sikit. Encik somi balik, mintak tolong packing yang berat-berat pulak. Nasib laaaa barang belom banyak lagi. Tak jadi sewa lori. Muat semua barang dalam 4wd & saga.

Letih nak pindah ni sangat berbaloi! Sebab no more lif, no more dentum dentam lagu paria dari bengkel bawah apartmen, no more bau asap colok depan rumah. Alhamdulillah, kami dapat masuk rumah teres yang 90% orang Islam jiran. Corner lot lagi. Tapi tu la. rumah kali ni kami dah tak dapat pakai ABN service for internet sebab takde coverage. Unifi pon. Streamyx pulak full kuota katanya. Sebab tu laaaa dah susah nak update blog. Online pakai phone data je sampai sekarang tau.

Bila takdak internet, lagi banyak laaa kes TERtidur mak buyong ni. hehehe. Eh, manadaaaa. Kitew ni spesis mak buyong yang rajin taww. *mata hitam ke atas*. Pernah tengok mak buyong potong rumput tak? haaaa kan rajin tu. Terlebih-lebih rajinnya. :p


Bertambah bahagiaaaa hidup kat Rawang. Perumahan sini ala kampung sebab jauh sikit dari pekan. Mostly melayu pulak yang stay. Memang syiok. Pagi pukul 11 belum terasa lagi hangat matahari. Hmm, baru jadi surirumah beberapa bulan. Dah bosan tahap gaban duduk sorang-sorang kat rumah bila encik somi pegi keja. Punya tak boleh duduk diam, tangan ni gatai laaa terima offer keja kat HQ COWAY. So sapa-sapa nak order COWAY takyah jauh-jauh. Boleh terus pm kabel besar ni k. heeee.


Keja tak terok mana pon kat sini. Dok dalam ekon. Tak la bosan sangat stay kat rumah. Balik-balik encik somi pickup kat KTM Rawang terus singgah kedai dinner. Hari-hari makan sedap. Kalau kat rumah nak masak hebat-hebat memang dah tak mampu dah. Alasan je kan malas nak masak. Diet encik somi pon dah kelaut sekarang. Sama-sama memboyot. Heeee.

Haah. Iols pegi keja naik public transport. Gagah tak mak buyong ni? Dah ofis kat depan KLCC. Terpaksa gagahkan diri sebab choice yang ada adalah nak sakit kaki tekan pedal tempuh jem ke KL atau sakit kaki berjalan sikit ja sebab the rest dalam tren. Kalau encik somi one way ke site baru la dapat tumpang dia. 

So awal-awal pagi encik somi hantar ke KTM, 45minit sampai KL Sentral. Tukar naik LRT pulak turun stesen KLCC. Sampai je, kena jalan dalam 10minit nak sampai ofis seberang nun. Siapa pernah jalan dari stesen LRT KLCC nak ke aquaria? haaaa, tak sure lak berapa meter. Nanti rajin aku ukur eh jarak berjalan tu. Tapi tak la seletih bawak kereta hadap jem sebab dalam tren wajib ada tempat duduk untuk aku. Alhamdulillah, even kadang-kadang tu ada la orang yang lambat sikit datang kesedaran nak bagi seat. Haish, tak baik prasangka. tak baik. Bukan dia takdak kesedaran, maybe dia tak nampak kot aku memboyot. Ke buat buat tak nampak? Nak masuk 7 bulan dah kot. Obvious gila. Haih tengok. Prasangka lagi. *tampaq pipi kiri kanan*


Masuk bulan ke 7, dapat pegi honeymoon 5 hari kat Melaka. Honeymoon untuk aku je la sebab dapat makan sedap-sedap dekat Resort A famosa nun. Sebenarnya 5 hari kat Melaka ni sebab Encik somi ada kursus. Aku tumpang makan & tiduuuuur saja. Hmmmm, hajat nak update la sikit blog kat Melaka ni. Sekali bilik resort ni takdak wifi! tak best tak best. Kalau nak guna wifi kena tercangak kat lobby. Sudahnya aku kat bilik je laaaaa tengok tv. sob sob sob.

5 hari kat Melaka, ada la one day tu pusing jalan-jalan kat Melaka. Dapat makan pure baba nyonya punya masakan. Asam pedas nyonya perghhhhh. Ada jugak lauk pelik-pelik kat sini. Cendoi dia perghhhhh. 5 bintang! Takde gambar la pulak sebab tak sempat snap. Kejap je licin kena serbu sebab 1 rombongan kelaparan. Yang ada kenangan kat depan pintu masuk kedai makan je. "Restoran Cinta Sayang."


5 hari kat Melaka. Buffet kot. Hari-hari mentekedarah buah, kek, kuih. Tak kira lagi lauk-pauk yang ada. Jajan, roti-roti, western, eastern semua ada laaaa. Sekali sesi makan aku memang stay kat sana sampai habis masa sesi makan tu. Memang berbaloi laaa pegi untuk makan je. Malam grand dinner pulak dapat merasa chinese cuisine. Semua benda tak pernah aku makan sebelum ni and the most special is malam tu dapat rasa sup sirip ikan yu!


Balik dari Melaka, checkup berat naik 2kg. Hameeeek hang. Selang sehari kena monitor blood pressure sebab berat naik mendadak. Tapi alhamdulillah. Semuanya ok. Baby kuat makan macam mak dia. Heeee.

Alamak. Baby dah bangun. Kena sambung part 2. Haaaaa, kan dah kata. Berjela-jela sampai ada sambungan. Ok bai.

05 March 2015

Vitiligo: Update tahun ke 8

Hai.

Masuk tahun ke 8 hidup 'bersama' vitiligo. Dan masuk tahun ke 3 tak consume ubat or supplement untuk dapatkan balik warna pigment kulit asal.

Dulu kalau tak touch up muka jangan harap la nak langkah pintu keluar rumah. Tapi sekarang tak. Dah tak da rasa down or malu sangat appear kat public dengan vitiligo. Even ada rasa bangga bila aku dapat expain detail pada sapa-sapa yang tanya. Kalau dulu, bernanah jugak la dalam hati.

Ada good news!
Dah 6 bulan preggy, tompok putih area mata & hidung repigment balik ah. Area mata kanan & hidung paling ketara repigment. Alhamdulillah. Happy gila. Tiap kali ngadap cermin tersengih je tmacam tak percaya kaler kulit macam grow slowly back!

Boleh tunjuk gambar kat area muka je la. Actually tompok putih kat lutut & bahu paling banyak improved. Saiz tompok putih dah mengecik.


Wallahualam atas sebab apa pigment kulit reproduce. Sebab dah 2 tahun tak consume apa apa ubat or supplement. Mungkin long term effect ubat yang pernah pakai dulu. Mungkin cara makan lately ni berubah sebab preggy. Mungkin perubahan hormon sebab preggy. Mungkin.

Tapi buat masa sekarang niat memang tak nak ambik any supplement/ubat. Mohon Tuhan kuatkan semangat untuk aku kekalkan healthy lifestyle sekarang dengan bantuan my strongman. Healthy lah sangat. Kadang-kadang terbabas jugak. Kikiki.

Apa-apa pun, syukur ada tanda baik.
Dan sememangnya will update any news on my vitiligo. :')

02 March 2015

Mommy to be: Firstime minum air gula (MGTT)

Hai.

Dah masuk 6 bulan. Alhamdulillah. Muka pun dah tembun. Emmm sukala camera lenovo s920 ni. Sentiasa buat selfie I cantik. tak pakai camera 360 pun. Hahaha. Tetiba.


Masa awal-awal bulan haritu nurse dah cakap kena buat MGTT (Meal Glucose Tolerance Test) sebab ada kencing manis history dalam family. Dulu pun mak cerita dapat kencing manis masa pregnant. Tapi nurse tangguh sesi minum air gula ni sampai betul-betul hilang alahan. Kalau minum air gula awal-awal kang muntah sia-sia je. So kes aku, dah masuk 6 bulan baru kena minum.

Tapi ikut cerita kengkawan preggy yang lain, ramai kena minum air gula masa 1st trimester sebab berat naik mendadak. Haaa tu satu tanda tuh. Ce korang selak-selak area belakang buku pink tu ada suggestion untuk penambahan berat yang sihat & basic tips kena jaga sepanjang mengandung. Jangan ikot napsu makan sangat.

Sebenarnya mostly ibu-ibu mengandung memang tend untuk dapat kencing manis jenis Gestational Diabetes sebab perubahan hormon masa mengandung buat badan kita kurang sensitif dengan level gula dalam darah. Selalunya lepas mengandung GD ni hilang. Tapi jaga-jaga. Kena control jugak kalau tak jadi macam mak. Lekat ada kencing manis sampai sekarang.

Prosedurnya kena puasa malam sebelum minum air gula start 10pm. Datang ikut temujanji, ambik darah then minum air gula segelas. Aku imagine 75gm air gula dalam cawan kecik. Sekali tengok hampir full cawan besar kot!

Dah bila tengok teringat ingat citer orang dok cakap minum air gula ni kang muntah la, nak pitam la hape la. Sebab mindset nak balik cepat, bismillah... Minum!


Ibu-ibu sekalian, rasa dia tak lah seteruk yang dibayangkan. Memang tak nafi la rasa manis dia sampai sakit tekak, dengan air dia yang suam-suam kuku & takda perisa. Tapi believe me. Air tin stroberi F&N lagi manis!

Lepas minum memang rasa pening & mengantuk. Sugar crush. Ye la berapa jam puasa tetiba hadap benda over manis. Normal. Bertahan ye. Tak lama, lepas skroll2 facebook, instagram, main candy crush selama 2 jam, ambik darah sekali lagi then boleh la cover balik minum air masak banyak-banyak.

Sebenarnya antara benda yang orang takut-takutkan aku dulu adalah sesi minum air gula ni. Tapi mindset kena kuat. Tak nak repeat minum kan. So face it. Jangan takut sangat minum air gula. Selama ni togak air pepsi la coke la soda la boleh pulak kan. Tu lagi banyak gula. hahaha

28 February 2015

Potato fritters - mudah & sedap!

Mak buyong ni kalau datang mood rajin habis semua kerja rumah boleh setel sepagi. Tengah skrol-skrol termenjelmalah pulak potato fritters yang menggoda. Terus teringin nak try. Tengah rajin kan. Lagipon strongman cakap kena habiskan stok-stok makanan yang ada before pindah. Kang susah pulak nak hangkut.

Tapi tapi tapi stok kentang biasa tu dah habis. Yang ada sweet potato. Ahhh belasah je laaa. Kita try je. kentang jugak tuh.

Bahan - bahannya:
kentang
tepung jagung
tepung gandum
1 biji telur
1 tangkai cili merah
Lada hitam sikit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Mintak maaf ye ramuan-ramuan2 kat atas takda sukatan. Main campur sesedap rasa je macam nak buat cekodok. heehee. Hasilnya, tadaaaaaa!!!


Boleh tahan sedap buat guna sweet potato. Sebab manis-manis kentang tu dah ada, aku kurangkang gula sikit. Sedap makan panas-panas cicah sos sambil nonton sinetron. Kalau korang ada stok daun bawang or daun sup, haaa campur gaul skali. Meriah la sikit rupa potato fritters korang. 

Selamat merajinkan diri untuk mencoba!

17 February 2015

Ubat Vitiligo???

Hye.

First of ol nak tegaskan tak ada ubat spesifik yang bebetul mujarab untuk rawat vitiligo. Ingat tau! Setakat ni scientific findings memang tak dapat buktikan mana-mana ubat yang mampu merawat vitiligo. Jangan kecewa tau kalau ubat & supplement orang lain pakai ok, tapi kau pakai tak. Sebab kesannya depend pada respond immune masing-masing.

Still lagi ramai yang emel/komen tanya kat mana nak beli ubat-ubat yang aku pakai. Ok. Maafkan beta sebab lambat jawab. And buat pengetahuan korang, dah setahun lebih aku tak ambil apa-apa ubat/supplement untuk vitiligo ni sebab nak try natural & healthy way. Cewah.

So ni antara ubat yang pernah aku pakai.

1. Anti-vitiligo oil

Minyak dari TrueHerbals ni sebenarnya orang yang kasi free. Lepas habis guna 1 botol, aku try pi cari kat mana-mana farmasi memang tak jumpa. Boleh beli online je sebab ni imported brand. Disebabkan minyak ni based dia VCO (virgin coconut oil), makanya aku cari subtitute kepada minyak ni yang guna bahan asas yang sama.


2. Herba An-Nabaat

An-Nabaat. Bahasa Arab ni. Maksudnya tumbuh-tumbuhan. Ni la substitute untuk minyak yang tak dapat beli tadi. Brand ni muslim produk tau. Bukan vitiligo je, any sakit or masalah kulit yang lain boleh je refer kat doktor UPM ni. Lepas buat appointment, terus aku pegi rumah dia kat Bandar Baru Bangi. Sila la jenguk blog An-NabaatKalau ada apa-apa nak tanya boleh je direct contact DR. NURMAWATI SYAKRONITEL : 019-3917945.

3. Krim

Krim ni dari Klinik Pakar kulit KO. Memang femes emes klinik swasta ni. Cuba la search. Ubat ni aku nak bagitau harga aku pun tak tau sebab ubat ni pun insan yg menggelarkan dirinya as Aunty Rosni yang bagi kat aku. Lepas habis pakai 1 bekas ni, dah tak sambung. hehehehe.


Kat bawah ni pulak krim dari HKL. Kalau korang pegi hospital kerajaan, direfer ke bahagian pakar kulit, memang diorang akan bagi krim-krim ni.


Untuk siapa yang still tak tau, kat FB ada closed group vitiligo. Sekarang ni dalam group Vitiligo Bond Malaysia dah ramai. Semua sporting2. Boleh share/tanya apa je kat situ. Kat dalam group ni korang boleh jumpa macam-macam lagi ubat/supplement yang orang lain guna.

Siapa yang belum join lagi, jom la kita. Jangan malu-malu. Kita serupa. :)
Kisah-kisah pasal vitiligo yang lain korang boleh klik kat tab VITILIGO belah atas kiri kat blog ni.

15 February 2015

Hujung minggu di swimming Pool Presint 5, Putrajaya

Nak dating tengok wayang takde cerita best. Lagipun everey week mesti ada sesi exercise siket untuk mak buyong. Selalunya joging kat dalam Bukit Ekspo UPM, jalan-jalan dalam mall sambil cuci mata. Tapi dah bosan sangat dah semua tu. Sebab tu la semangat cari swimming suit aritu. Dah lama gila kot tak pegi pool sejak habis study!

Untuk perenang beginner macam aku ni, elok la asah lagi skill swimming kat pool. Selamat, takde ombak. Takde batu. Tapi mostly pool wajibkan swimming suit. Tu je la. Eh apa nak risau, swimming suit RM75 kan ada. Cepat pegi beli! kikiki.

Actually Putrajaya ada banyak pool. Sebab tak pernah pegi yang mana-mana, kami pilih yang paling dekat dulu, Pusat Marina Presint 5. Sebelah je dengan pullman resort. 

Bangunan Marina Putrajaya

Pool kat sini ada 4 session. Kalau tak nak ramai orang, sila pegi sesi awal. Pool indoor kot. Berbumbung. Entry RM5 dewasa. Kalau takut clash dengan swimming class ke, boleh la call 03-8888 0317 tanya pape yang patut. Strongman call sebab nak tanya cap & goggle wajib pakai ke tak. Katanya wajib tapi tengok suma yang terjun selamber je takde cap & goggle. 

First Session [09.00 am - 11.45 am]
Second Session [12.30 pm - 03.15 pm]
Third Session [04.00 pm - 06.45 pm]
Fourth Session [07.30 pm - 09.45 pm]

Sebab sampai awal, kitorang lepak kejap kat kafe. Iyeee, ada kafe. Tapi sebab dah makan before, tak order pape la. So takleh nak komen sedap ke idak. Tapi view kafe kat sini cantik sebab open air sebelah tasik. 


Kolam untuk dewasa. Tapi ramai je haaa bebudak terjun. 

Lepas tukar baju, apa lagi. terkuak-kuak la dalam tu. Pool kat sini ada 2 je. 1 untuk bebudak, 1 untuk dewasa ni haa. Dalam dia takat dada aku. Dia punya kedalaman tu sama je. Lantai pool ni tak descending makin lama makin dalam macam kat tempat lain. Not bad. Luas jugak. Yang bestnya air dia sejukkkk! Rasa macam mandi kat air terjun pulak sebab berbumbung. 

 Cak! Mak buyong dengan swimming suit baru. Jadi model tak berbayar pulak.

abah-to-be memerangkap coach renang I. 

Timing kitorang pegi memang syiok sebab tak ramai orang lagi. Bila dah sejam lebih berendam baru la orang start ramai. Bila dah ramai nak swimming pon dah tak best asyik eksiden je. Dah terketar-ketar rasa, perut pun rasa lapar balik, kami naik. Lepas tu haaa, rombongan cik kiah datang. Seriously kolam tu jadi padat. =_=

Rupanya kat sini bukan ada pool je. Pusat snooker, karaoke & sauna pun ada. 
Nextime boleh try ni. 

Toilet dia best. Aku suka. Siap ada hair dryer. Kesian strongman tunggu sampai setengah jam. hehehe. Sila salahkan hair dryer ye! and next weekend lepas raya cina cadangnya nak try pool kat presint lain pulak.

13 February 2015

Muslimah swimming suit RM75!

Niat nak pergi swimming lama dah. Tapi asyik dok tangguh je. Lagipun swimming suit elok je dok kat kampung. Lepas packing barang habis study dulu, mana pernah jenguk dah barang-barang dalam stor. Bila dah tersemangat nak swimming hujung minggu ni, my strongman dengan murah hatinya offer belikan swimming suit. Horeyy!

Lagipun perut dah besar. Confirm swimming suit lama dah tak boleh pakai. Bila google, mostly muslimah swimming suit paling murah RM170. Pastu sumanya tak boleh COD. Hmmm, mulanya nak pasrah je. Tetiba teringat pernah usha muslimah swimming suit kat Warta, Bandar Baru Bangi. FYI, kat warta ni tempat aku selalu cari jubah & tudung.

Round punya round, tak ada. Try pegi PKNS pulak. Yeyyyy! Jumpa! Tapiiiiii harga dia RM200! Tawar pun dapat kurang soploh hengget je. Hmmm, nak pasrah sekali lagi masa ni. My strongman pujuk takpela tak dapat swimming kat pool, kita pegi tempat yang tak wajib pakai swimming suit. Nak pegi mandi sungai, takut kes kencing tikus la, kes kepala air la. Pantai lak jauh. Nak pegi waterpark macam tak baloi pulak. Confirm banyak game aku tak boleh masuk sebab tengah pregnant.

Last-last balik dari Bangi aku gagah jugak google lagi sekali sebab tak puas hati strongman cakap pernah jumpa muslimah swimming suit bawah RM100. Last-last jumpa blog Pusat Borong Baju Murah. RM75 je uolss!!! Semua readystock. Yang bestnya even beli sehelai pun dapat harga borong. Boleh COD memandangkan owner ni kat Shah Alam je.


Pada aku, corak tak penting. Yang penting saiz & harga. Katanya swimming suit punya saiz ada sampai 6XL. Harga tetap sama. Phewww. Mana nak dapat? Not bad laaa corak dia. Ada dua tiga design aku berkenan. Lastly, aku pilih yang ni.


Sebenarnya aku paling tak suka kaler biru. Apa-apa barang, baju ke memang tak suka biru. Tapi sebab dalam banyak-banyak corak, rasanya yang ni paling cute & dapat cover kebulatan perut dengan keilusian coraknyeee. cewah.

Cop! Blog ni bukan jual swimming suit je. Banyak lagi kategori2 lain. Telekung, jubah, blouse, kids punya swimming suit. Haaaa, semua harga borong kot! Kakak ni tengah update lagi stock yang ada. So soon akan banyak lagi choice. 

Kalau berminat, pegi la usha-usha!

11 February 2015

Mommy to be: 5 bulan purnama

Chak!

Agak-agak dalam perut ni gegel ke boboi? Sebab degree kemalasan tu kalau ada instrument macam thermometer yang boleh ukur mesti bulb mercury tu dah pecah. Haritu buat buku merah baby baru 4weeks. Sekarang dah masuk minggu 21 dah baru nak jenguk-jenguk sini. Hehhh. T_T Maafkan beta.

Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya sampai sekarang. Just 'malas' tu kalau datang tak boleh nak buat apa la. Tahap sampai nak minum air masak pun merangkak pegi peti ais punya malas nak bangun. Eeee, teruknya! Nasib baik strongman manjakan ai tawww. teheeeheee.

Firstime scan minggu 8 haritu. Kesian strongman tak dapat tengok sebab patient ramai. biasa la klinik gomen. Sila bersyukur dapat tengok baby. Aaaaa, dalam gambar ni macam ada lampu tidoq  pulak kan teman baby dalam tuh.

Hi. umur saye baru 8 minggu

Sekarang dah 5 bulan. Perut dah mula nampak. Jalan shoping barang dapur kat giant dah cepat mengah. Makan lebih sikit dah pedih ulu hati. Tidoq dah tak syiok. Duduk sat nak baring. Dah baring rasa nak duduk. Hemm, macamana mak rasa mengandung 6 orang. Eh. Tetiba.

Belom kira bab moody lagi. Sejak jadi mak buyong ni cepat nor sensitip. Sikit-sikit berayaq mata. touching sikit dah tangkap leleh. Dulu bila belom mengandung lagi, rasa cepat-cepat nak dapat baby. Bila dah mengandung, rindu pulak zaman huha. Apa punya perasaan nih?

Baby dah 5 bulan. Teringin nak pakai baju nikah balik. Sian baby masa nikah haritu dia tak merasa pakai baju lelawa. :p

Minggu lepas masuk minggu 20 scan lagi sekali. Kali ni siap minta izin dokter nak bawak strongman masuk sekali. Kesian dia teringin nak tengok baby. Nasib baik dokter baik. Dapat gak tengok baby dah lengkap ada tangan, kaki, kepala nampak mata suma. Nak cari jantina tak clear sebab baby dok gerak-gerak. Lagipon dokter kata ramai mak buyong lain dok nunggu lama. Kesian. Kalau nak tengok detail lagi, boleh la layangkan duit pegi scan 4d. Kalini punya gambar baby dokter screenshot tak nampak babynya. Gelap je. Ape la dokter nih. Macam tak ikelasss je. T_T 

Tak sabarnya nak pergi scan 4d nanti. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...