14 October 2014

Mommy to be: Buku Merah Pertama :)

Syukur! tu je yang mampu aku describe sekarang. Rasa macam tak percaya dalam perut sekarang ada baby yang tengah membesar. Alhamdulillah. Percaya & yakin Dia Maha Mengetahui bila dan apa yang terbaik untuk kita. :)

First time in my life kan. Bila UPT (Urine Pregnancy Test) positive, kalut je aku & husband contact siapa-siapa yang berpengalaman. Nak tanya apa kena buat. Wahaha. Banyak la nasihat-nasihat yang aku dapat. Thanx u olls. Tau tak soalan wajib aku tanya? Nak buat buku merah kat klinik swasta ke kerajaan?

Lepas dengar komen-komen orang & sempat baca pengalaman dari blog2 mommy-to-be, aku decide untuk buat buku merah kat klinik kerajaan, Sri Kembangan. Berhadapan dengan South City Plaza. Maka bermulalah perjalanan aku dengan penuh debaran kat situ. Nasib baik husband ada tawww. Para suami, aku nasihatkan teman la wife tersayang korang tiap kali nak buat checkup. 

Sampai je kat klinik, aku terus pergi bahagian Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Perghhhh, ramai gilos ibu mengandung & ibu kendong baby. Plus bapak-bapak lagi. Memang crowded. Kami mencelah je pergi ke kaunter untuk ambik no giliran. Masa tu kat kaunter takde nurse. No giliran 2204, masa tu baruuuu 2107. Then kitorang decide brekfes dulu. Ada gerai comel kat tepi klinik. Nasi lemak dia boleh tahan sedap!

Lepas makan, tunggu la kitorang kat luar sebab kat dalam crowded sangat. Selang beberapa minit, husband jenguk tengok no. Haaa, ni la guna bawak suami pergi checkup. Heeeee. Bila dah lama sangat tunggu, husband pergi kat kaunter balik. Kalini ada nurse. Haaa, nurse tu cakap tak kira la no lambat lagi ke apa, yang penting kena isi buku merah dulu untuk pendaftaran baru untuk diorang key-in data. 


Masa aku hantar balik buku merah yang dah siap isi, baru aku perasan, diorang tak panggil ikut urutan ponnnn. Tak tau la kalau haritu memang berterabur. hahaha. Tapi aku rasa no dipanggil ikut kes kot. Dalam setengah jam jugak la menunggu lepas hantar buku merah, at last no aku di panggil.

Step 1: Ujian saringan antenatal
Nurse ambik sample darah untuk check hemoglobin, HIV test, dll. Sakit? Kalau yang dah biasa derma darah dah biasa dah kot. Takde la sakit sangat. Rasa macam kena cubit dengan cikgu Math sekolah rendah dulu je. hahaha

Step 2: Hantar sample ke makmal & ujian air kencing
Lepas ambik sample darah, aku kena jalan sendiri pergi makmal bawak sample darah. Letak buku, letak sample darah dalam bakul, ambil bekas untuk sample air kencing terus ke toilet. Masa tu nasib baik takde orang. Toilet pun kosong and cepat je result dapat. Kalau ramai orang, nurse cakap bekas sample air kencing kena tulis no pastu kena tunggu sampai result siap then, lapor diri ke bilik yang dah di beritau.

Step 3: Bilik khas
Haaa, ni part paling lama. Alhamdulillah aku dapat nurse yang baik, peramah, comel pulak tu. Macam member je sembang dengan dia. Kat sini kena ukur berat, tinggi & tekanan darah. Alhamdulillah tekanan darah aku normal 113/66. Nurse cakap tekanan darah normal antara 110/70 - 120/80. Lepas tu nurse tanya pasal history penyakit, suami merokok ke tak, kitaran haid and macam-macam lagi. Haaaa, part kitaran haid ni makesure kena ingat bila last period sebab nurse nak kira due date.

Dalam bilik ni lebih kurang macam kaunseling la. Nurse bagi nasihat & tips-tips. Haa, masa ni nak tanya apa, tanya je apa yang patut. First time mengandung kan. Hehehe. Dari bab makanan, senaman, supplement sampai la ajar aku practically macamana cara nak detect breast cancer. Aku dinasihatkan setiap bulan kena buat rutin check breast cancer. Disebabkan kandungan aku baru je 4minggu, nurse tak palpate/scan lagi sebab kecik.

Step 4: Farmasi
Lastly, ambil supplement kat farmasi.

Alhamdulillah, selesai la sudah first check-up dari pagi sampai la pukul 2pm. Next appointment bulan depan. Harap-harap aku dapat nurse yang sama! hehehe.

13 October 2014

Apps thorbaek - Period Tracker

Choi! Girlssss, ada yang tak suka tanda hari-hari special! Lepas baca entri ni sila muhasabah diri. Penting tau tak kita kenalpasti hari-hari istimewa sekali setiap bulan. Tambah-tambah siapa yang dah kahwin. Lagi laaaaa kena tau kitaran masing-masing.

Kalau dulu dalam purse mesti ada kad kalendar kecik untuk tanda period. Tapi tu la, tiap kali nak tanda teraba-raba satu rumah cari pen. Tapi sekarang dah tak payah risau dah sebab dah ada android apps paling best pernah aku guna setakat ni - Period Tracker!

Cepat-cepat install dalam smartphone korang!


12 October 2014

Nuffnang - Rezeki duit tabung


Alhamdulillah, sejak dua menjak ni murah rezeki masuk banyak iklan walaupun takde la kerap sangat hupdate. Azam dah berapa kali azam dah ye nak selalu hupdate. Tapi perlaksanaan hampeh je. Muahaha.

InsyaAllah akan keep huaiting! untuk kekalkan prestasi blog sambil share ilmu yang ada di dada & pengalaman yang tak seberapa. Boleh la buat beli duit pampers anak esok2. kikiki.

ARIGATONE, NUFNANGG!!!

11 October 2014

TAK PUAS HATI! Karpet JAKEL tak berkualiti!

Bukan selalu aku nak merepek sampai buat entri kat blog. Aku memang tak puas hati dengan kualiti karpet yang aku beli masa JAKEL buat promosi kat Bandar Baru Bangi raya puasa haritu. Siapa pernah shopping kat sana bulan puasa baru-baru ni???

SUMBER
Semangat pengantin baru tak habis lagi katakan. Masa jalan-jalan cari baju raya, terlintas area karpet. Broscience ni mengalahkan aku cerewetnya nak hias rumah. Huntong la ada laki yang rajin hias rumah. kihkihkih. Pilih punya pilih terkenan la dengan karpet merah bak delima ni dengan harga selepas sesi tawar menawar RM180.

Tapi tengok la. Tiap-tiap hari aku kena nyapu benang gugur dari karpet ni. Buka sekali. Dah sapu tak sampai 2 jam haaaa guguurrrr lagi. Semak mata mandang heyyy. 

Masa mak aku datang melawat haritu karpet ni la yang first sekali dikomennya. Cenggini baik beli karpet 10 hengget kat downtown! Kalau aku  ada anak kecik ni dah penuh agaknya perut dia menelan benang karpet! 


Infused water - Air rendaman buah

Nama melayunya aku tak sure nak sebut macam mana. Try translate kat Google seryes tak sedap bunyinyeeee. Air diselitkan??? Takpelah. Sebut je la ye infused water ye. Dah jadi trend dah sekarang infused water ni. Kalau Google bersepah dan semestinya buat mata korang tak berkelip nengok buah-buah yang terendam dalam air sejuk. Brrrrr!


Elok la buat infused water ni untuk siapa yang sekepala dengan aku yang susah nak minum air kosong. Memang terbukti konsep infused water ni banyak benefit kalau nak banding beli air tin ke, soda ke, air kotak ke. Jimat pon jimat. Just shopping buah yang nak pakai & air kosong je. Biar dalam fridge paling kurang 2-8 jam dah boleh minum. Tak payah gatai-gatai nak tambah gula pulak. 


Bukan cakap kosong. Aku menyahut konsep baru ni dengan buat first try. Aku pilih untuk mix lime + lemon + orange. Saja aku tambah sikit daun pudina untuk kesegaran baq hangggg. Dan untuk tambah lagi sedap mata memandang, buat la infused water ni dalam bekas kaca. Baru nampak freshhh gitu. Ceh! Nasib aku pakai kamera murah je ni. Hewhewhew.

Actually setiap resepi ada benefit yang tersendiri. Ni antara yang aku jumpa. Banyak lagi resepi yangkorang boleh try. Aku pun tak sabor nak ngabeh kan 1 jug ni then try mix buah-buah lain.

SUMBER

SUMBER
SELAMAT MENCUBA!!!


09 October 2014

Nilai strongman Challenge!!!

Assalamualaikum wbt...

HAHaha.. Gua kembali lagi dengan mood dan semangat baru!!!

Fez n foremost gua nk ucapkn terima kasih banyak2 kepada sume yg terlibat dlm melatih gua ntuk meningkatkan kekuatan dri sehari ke sehari.

Especially bni gua #iyou.. serta masta masta.. sifu sifu.. dan sewaktu dengannya,

Tuu diaa. event yg dinanti kan suda tibe.. Nilai strongman challenge 2014. My fez official competition. Alhamdulillah, rezeki Nya, mengizinkan gua yg kerdil ini mencuba kekuatan yg di kurniakn oleh Nya.

Dare to test your strength?? Ayuh. Kita uji kapasiti kita. Hehe InsyaAllah.


03 October 2014

memilih calon SUAMI?

Aku still tak habis lagi nak cerita bab kawin. Biasala, pompuan kan. Muahaha. Sukacita aku nak bagitau dari zaman sekolah menengah, aku memang target umur paling lambat kawin is 24. Alhamdulillah! Tercapai! So apa yang penting, istiqomah la berdoa sebab bab2 ni semua rahsia DIA.


Aku dah lama niat nak up entri ni sebab aku rasa babak chenta aku sumpah macam hindustan. Lagipun sekarang aku dah selamat jadi bini orang. So takde la yang nak eleh eleh dengan aku ye dak.

Menang ada banyak, tapi ni aku share pengalaman sendiri. Bukan copypaste tips dari majalah Remaja ye! Khasnya untuk kaum hawa: TANDA-TANDA KAU PATUT PILIH LELAKI LAIN!


  • Gaduh bab remeh temeh.

Lambat reply sms: gaduh sejam. Lambat jawab call: gaduh seminggu. Belum part kenapa tak like status facebook lagi tu! Esok-esok lepas kawin haru laaaa nak ngadap kes macam ni.


  • Asal sebut pasal kawen, dia marah2.

Memang betul orang cakap. Perempuan diuji bila lelaki tak punya apa-apa. Lelaki diuji bila lelaki punya segalanya. Saat dan ketika poket beliau padat, bila aku bukak pasal kawen je, beliau buat muka.

Paling tak best bila beliau cakap "ada banyak lagi benda lagi penting nak fikir selain kawen". Busy keje ye banggg. Time awal-awal ngorat dulu keje tak banyak pulak kan. So, bagi kata putus. Kalau betul nak,kotakan janji datang rumah jumpa mak abah. Kalau tak, jangan kacau. Sampai ke sudah beliau tak ada respon. Nasib aku tak tunggu lama. Sakit hati jangan tanya leeeeer. Kat sini je dah berapa tahun terbazir.


  • Mak ayah beliau tak suka.

Dugaan besar dalam hidup aku bila kena reject sebab penyakit yang Allah kurnia kat aku sejak 2010. Usaha dan terus usaha cuba macam-macam tips tapi makin dibenci. Siap kena perli baikkkkk punya. Sabaq ja la nooohhh. Sungguh, tak kenal maka tak cinta. Kenal pun tak nak.

So, aku tak tunggu lama sebab dah ada yang sudi ganti. Direct cakap dengan abah nak masuk minang. Kan sonang. Dan sekarang, dah pun selamaattttt. Alhamdulillah.


p/s: Bukan marah, nasihaaaaaaaaattt. muahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...