25 January 2014

Hantu myvi ungu yang loser

Tempat kejadian: Lebuhraya utara-selatan

Aku tengah potong lori yang bertanda "awas! Kenderaan panjang!!" dengan kelajuan 120km/j. Plap! Plap! Dari jauh aku nampak myvi ungu angkat lampu. Oho, ada orang nak berak! Aku pun tekan la lagi pedal minyak.

Lepas je lepas lori, aku terus masuk lane kenderaan berat untuk bagi laluan kt myvi ungu. Masa myvi ungu potong ni la aku nampak 6 lembaga hitam. Lepas je myvi potong aku, dia terus cilok masuk depan aku pastu brek mengejut. Pastu jalan balik dengan kelajuan 40km/j. Pastu brek lagi. Aih, ni kes mengacau dah ni.

Disebabkan kesabaran masih lagi menebal, aku follow je myvi ungu. Ada la dalam 2km gitu.

Tetiba myvi ungu bagi signal ke kiri dan salah satu lembaga hitam dalam myvi ungu keluarkan tangan bagi isyarat suruh potong. Aku pun terus change gear then masuk lane memotong. Bila dah beririgan, myvi ungu memecut pulak. Mak aku kat sebelah dah pegang seat sambil mengucap barangkali.

Ok2 fine. taknak bagi potong pulak kan. Aku pun slow down nak masum lane balik. Pun tak bagi jugak. Myvi ungu dok berterusan acah. At last aku mengucap 3x terus pecut kaw2 then cilok belakang exora.

Bila dah tak boleh usik, baru la myvi ungu tadi blah sambil melambai dengan jari tengah beliau.

Loserrrrrrr~



posted from Bloggeroid

09 January 2014

throwback: bukan semua orang dapat rasa...

...kena sepak dengan lembu.

Banyak kali aku kena sepak. Kat bahu, kat kaki, kat dahi. Tapi part kena 'ciom' ni paling aku tak boleh lupa. Ngeri dia lain sikit dari part lain kena tendang. Pecah mulut luar dalam. Nasib tak patah gigi.

Bila kena sepak semua orang tanya. Sakit tak?
Macam nak bagi jawapan dengan kaki je soalan ni.

But well, sakit kena sepak tak dapat nak imagine kan. Tu luka yang pada zahirnya boleh nampak.
Luka kat hati???


08 January 2014

Throwback: Hari Topi

28th Oct 13 - one of the precious chapter in non-fiction novel dimana Ayu, seorang gadis lincah lagi comel lagi tabah lagi suka perasan telah bergelar graduan yang bertauliah di majlis konvokesyen UPM kali ke 37.


Even letih driving all night dari N9-Kedah-Perak, boleh kata aku puas hati la dapat balik kampung kejap. Tapi kan, aku rasa pemilihan tarikh konvo ni lewat sangat la. Mostly ramai yang dah start keje. Kalau konvo selang sebulan habes sem takde la kalut nak mintak cuti keje ke hape kan. Keje ladang wehh, cuba la tanya sesapa yang keje ladang boleh cuti lama mana. Tambah yang handle animals. Raya pun tak dapat cuti. Kira aku dapat cuti konvo ni besar rahmat dah ni.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Takde yang tersungkur atas pentas ke hape. Cuma yang tak berapa nak best tak sempat nak shoot banyak-banyak dengan kengkawan. Dah semua kalut dengan family masing-masing. Aku pun sama. Mana sempat je la. Dalam bebanyak gambor, yang ni paling mahal sebab hampir semua orang ada:


Dah setel majlis yang berprotokol tu, aku bawak mak abah pegi Bukit Ekspo UPM. Macam biasa tiap2 tahun mesti ada pesta konvo kat sini. Abah borong anak pokok bukan main lagi haa. Tak silap abah beli pokok kelapa mataq, rambutan, jambu & pelam. 


Dah puas jalan-jalan, sempat laaa buat self-photoshoot kat situ. Nak buat gambar proper dalam studio tak sempat. Jubah dah dapat lama dah, tapi masa la takde. Nak buat lepas maklis, Q gila kot kat kedai. Lagipun nak rushing balik Perak lagi. Dapat sekeping dua kira ok laa.


Dan gambar wajib ada mesti la gambar baling topi. HEHEHE

This is not the end of learning. Learn. Learn. And relearn. 
That's how lifelike. When you stop learning, then you start dying.

Makin bertambah ilmu, moga makin bertambah iman. InsyaAllah.

03 January 2014

Penganggur..... again?

Nov & Dec. 2 bulan aku senyap dari belog. 2 bulan pertama, stabil. 2 bulan seterusnya makin kucar lana pulak life aku dengan title employee ni.

Dah seminggu sebenar-benarnya aku pakai balik title penganggur. 4 bulan aku bertahan dalam ladang tenusu ni. Ada banyak sebab kenapa aku dah tak terus berkhidmat kat situ. Kalau sebab penat, takkan la aku mampu bertahan jadi kadet wataniah 3 tahun dulu. Bukan sebab fizikal, tapi mental. Mental dah kritikal tahap masuk ICU. Baru 4 bulan keje, mental aku tak mampu dah. Seriouly tak mampu.

Imagine, seminggu kerja 6 hari. Timing kerja 4.30am - 11.30am - 3.30pm - 7pm. Lepas pukul 7pm, kena hantar daily report by email pulak. Paling awal pukul 9pm baru betul-betul aku free. Tu belum kira emergency cases. Lembu beranak ke, lembu sakit ke, meeting tergempar ke. Timing tidur aku paling banyak 4 jam je. Gaji 2k. Mana boleh tahan! Baik la aku pilih kerja lain timing 8am-5pm. Cuti Sabtu Ahad. Ada OT. Gaji 2k jugak.

Lepas 2 bulan aku kerja, banyak pulak rules yang wujud dan aku rasa tempat lain tak pernah buat pun rules macamni. Contohnya, sekali masuk lewat kerja, potong gaji RM50. Yang aku hangin, kerja lebih jam takde kira OT pulak. 

Masa interview, aku dimaklumkan gaji masuk tiap2 hujung bulan. Tapi realitinya, bulan 9 punya gaji, awal bulan 10 baru dapat. Bulan 10 punya gaji, awal bulan 11 baru dapat. Cuba bagitau aku siapa tak bengang. 

 FYI, Aku perempuan paling lama bertahan kat ladang ni. 4 bulan. 4 bulan punya seksaan Tuhan je yang tau. Sepanjang 4 bulan aku kerja, 3 orang keluar-masuk ladang ni. dan salah seorang dari 3 ni, lelaki! Semuanya sebab tak tahan. Aku bertahan pun sebab aku ingat bila ladang dah stabil, dah ada sistem shift, timing kerja jadi ringan. Tapi bila pekerja bertambah, kerja makin banyak pulak, daily report macam2 jenis pulak wujud. Gaji dok tang tu jugak. Hampeh.

Ohye. Raya Aji haritu aku tak cuti. Semua orang bekerja macam biasa. Part paling best, takde gaji pun jalan macam biasa. Takde double ke, triple ke. Takde. 

Ni baru separuh part kerja yang aku mampu cerita. Part dengki sesama insan belum cerita lagi. Argh, banyak sesangat benda jadi. Tak mampu nak cerita semua kat sini. 

4 bulan. Bagi aku cukup la pengalaman kat sini. Berapa kerat kat ladang tu aku tak sure berapa lama diorang boleh bertahan sebab diorang pun dah start mengeluh kecuali tukang-kaki-kipas-bos.

Cukupler.
Aku kena cari kerja lain. yang berbaloi. yang lebih berbaloi.
Babai, Linggi.

01 January 2014

Sayonara 2013. Ahlan wasahlan 2014

Tahun baru, wajah belog pun baru, dengan harapan aku dapat 'hidopkan' balik belog yang main cak kun cak dari tahun lepas. Herm, boleh masuk dalam list azam tahun 2014 ni. WAHAHA.

Sebelum merapu meraban macam biasa, moh kita sesama lafaz alhamdulillah, Allah bagi can kita celik mata dalam tahun baru. Nama pun manusia, iman naik turun. Tak boleh lari daripada dosa. So, jangan sia-siakan masa yang Allah kurnia untuk bertaubat. Pesanan ikhlas untuk semua espeshely orang yang dok menaip entri ni. *tamparpipibertalu-talu*


p/s: next punya next entri banyak throwback punya cerita. banyak sangat benda nak share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...