14 October 2014

Mommy to be: Buku Merah Pertama :)

Syukur! tu je yang mampu aku describe sekarang. Rasa macam tak percaya dalam perut sekarang ada baby yang tengah membesar. Alhamdulillah. Percaya & yakin Dia Maha Mengetahui bila dan apa yang terbaik untuk kita. :)

First time in my life kan. Bila UPT (Urine Pregnancy Test) positive, kalut je aku & husband contact siapa-siapa yang berpengalaman. Nak tanya apa kena buat. Wahaha. Banyak la nasihat-nasihat yang aku dapat. Thanx u olls. Tau tak soalan wajib aku tanya? Nak buat buku merah kat klinik swasta ke kerajaan?

Lepas dengar komen-komen orang & sempat baca pengalaman dari blog2 mommy-to-be, aku decide untuk buat buku merah kat klinik kerajaan, Sri Kembangan. Berhadapan dengan South City Plaza. Maka bermulalah perjalanan aku dengan penuh debaran kat situ. Nasib baik husband ada tawww. Para suami, aku nasihatkan teman la wife tersayang korang tiap kali nak buat checkup. 

Sampai je kat klinik, aku terus pergi bahagian Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Perghhhh, ramai gilos ibu mengandung & ibu kendong baby. Plus bapak-bapak lagi. Memang crowded. Kami mencelah je pergi ke kaunter untuk ambik no giliran. Masa tu kat kaunter takde nurse. No giliran 2204, masa tu baruuuu 2107. Then kitorang decide brekfes dulu. Ada gerai comel kat tepi klinik. Nasi lemak dia boleh tahan sedap!

Lepas makan, tunggu la kitorang kat luar sebab kat dalam crowded sangat. Selang beberapa minit, husband jenguk tengok no. Haaa, ni la guna bawak suami pergi checkup. Heeeee. Bila dah lama sangat tunggu, husband pergi kat kaunter balik. Kalini ada nurse. Haaa, nurse tu cakap tak kira la no lambat lagi ke apa, yang penting kena isi buku merah dulu untuk pendaftaran baru untuk diorang key-in data. 


Masa aku hantar balik buku merah yang dah siap isi, baru aku perasan, diorang tak panggil ikut urutan ponnnn. Tak tau la kalau haritu memang berterabur. hahaha. Tapi aku rasa no dipanggil ikut kes kot. Dalam setengah jam jugak la menunggu lepas hantar buku merah, at last no aku di panggil.

Step 1: Ujian saringan antenatal
Nurse ambik sample darah untuk check hemoglobin, HIV test, dll. Sakit? Kalau yang dah biasa derma darah dah biasa dah kot. Takde la sakit sangat. Rasa macam kena cubit dengan cikgu Math sekolah rendah dulu je. hahaha

Step 2: Hantar sample ke makmal & ujian air kencing
Lepas ambik sample darah, aku kena jalan sendiri pergi makmal bawak sample darah. Letak buku, letak sample darah dalam bakul, ambil bekas untuk sample air kencing terus ke toilet. Masa tu nasib baik takde orang. Toilet pun kosong and cepat je result dapat. Kalau ramai orang, nurse cakap bekas sample air kencing kena tulis no pastu kena tunggu sampai result siap then, lapor diri ke bilik yang dah di beritau.

Step 3: Bilik khas
Haaa, ni part paling lama. Alhamdulillah aku dapat nurse yang baik, peramah, comel pulak tu. Macam member je sembang dengan dia. Kat sini kena ukur berat, tinggi & tekanan darah. Alhamdulillah tekanan darah aku normal 113/66. Nurse cakap tekanan darah normal antara 110/70 - 120/80. Lepas tu nurse tanya pasal history penyakit, suami merokok ke tak, kitaran haid and macam-macam lagi. Haaaa, part kitaran haid ni makesure kena ingat bila last period sebab nurse nak kira due date.

Dalam bilik ni lebih kurang macam kaunseling la. Nurse bagi nasihat & tips-tips. Haa, masa ni nak tanya apa, tanya je apa yang patut. First time mengandung kan. Hehehe. Dari bab makanan, senaman, supplement sampai la ajar aku practically macamana cara nak detect breast cancer. Aku dinasihatkan setiap bulan kena buat rutin check breast cancer. Disebabkan kandungan aku baru je 4minggu, nurse tak palpate/scan lagi sebab kecik.

Step 4: Farmasi
Lastly, ambil supplement kat farmasi.

Alhamdulillah, selesai la sudah first check-up dari pagi sampai la pukul 2pm. Next appointment bulan depan. Harap-harap aku dapat nurse yang sama! hehehe.

2 comments:

Jazz Lover said...

Saya tag sis : http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/liebster-blog-award-by-parihh.html

MAT NOR said...

Wife pun baru buat buku merah semalam kat klinik desa. Walaupun luar kawasan klinik desa tetap terima. Atas dasar tumpang check up. Jururawat sana still advice Wife buat buku merah kat KKM yg sepatutnya di lingkungan tempat tinggal. Sebabnya jururawat klinik desa takkan datang melawat apabila bersalin. ‪‪