03 October 2014

memilih calon SUAMI?

Aku still tak habis lagi nak cerita bab kawin. Biasala, pompuan kan. Muahaha. Sukacita aku nak bagitau dari zaman sekolah menengah, aku memang target umur paling lambat kawin is 24. Alhamdulillah! Tercapai! So apa yang penting, istiqomah la berdoa sebab bab2 ni semua rahsia DIA.


Aku dah lama niat nak up entri ni sebab aku rasa babak chenta aku sumpah macam hindustan. Lagipun sekarang aku dah selamat jadi bini orang. So takde la yang nak eleh eleh dengan aku ye dak.

Menang ada banyak, tapi ni aku share pengalaman sendiri. Bukan copypaste tips dari majalah Remaja ye! Khasnya untuk kaum hawa: TANDA-TANDA KAU PATUT PILIH LELAKI LAIN!


  • Gaduh bab remeh temeh.

Lambat reply sms: gaduh sejam. Lambat jawab call: gaduh seminggu. Belum part kenapa tak like status facebook lagi tu! Esok-esok lepas kawin haru laaaa nak ngadap kes macam ni.


  • Asal sebut pasal kawen, dia marah2.

Memang betul orang cakap. Perempuan diuji bila lelaki tak punya apa-apa. Lelaki diuji bila lelaki punya segalanya. Saat dan ketika poket beliau padat, bila aku bukak pasal kawen je, beliau buat muka.

Paling tak best bila beliau cakap "ada banyak lagi benda lagi penting nak fikir selain kawen". Busy keje ye banggg. Time awal-awal ngorat dulu keje tak banyak pulak kan. So, bagi kata putus. Kalau betul nak,kotakan janji datang rumah jumpa mak abah. Kalau tak, jangan kacau. Sampai ke sudah beliau tak ada respon. Nasib aku tak tunggu lama. Sakit hati jangan tanya leeeeer. Kat sini je dah berapa tahun terbazir.


  • Mak ayah beliau tak suka.

Dugaan besar dalam hidup aku bila kena reject sebab penyakit yang Allah kurnia kat aku sejak 2010. Usaha dan terus usaha cuba macam-macam tips tapi makin dibenci. Siap kena perli baikkkkk punya. Sabaq ja la nooohhh. Sungguh, tak kenal maka tak cinta. Kenal pun tak nak.

So, aku tak tunggu lama sebab dah ada yang sudi ganti. Direct cakap dengan abah nak masuk minang. Kan sonang. Dan sekarang, dah pun selamaattttt. Alhamdulillah.


p/s: Bukan marah, nasihaaaaaaaaattt. muahaha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...