11 October 2014

Infused water - Air rendaman buah

Nama melayunya aku tak sure nak sebut macam mana. Try translate kat Google seryes tak sedap bunyinyeeee. Air diselitkan??? Takpelah. Sebut je la ye infused water ye. Dah jadi trend dah sekarang infused water ni. Kalau Google bersepah dan semestinya buat mata korang tak berkelip nengok buah-buah yang terendam dalam air sejuk. Brrrrr!


Elok la buat infused water ni untuk siapa yang sekepala dengan aku yang susah nak minum air kosong. Memang terbukti konsep infused water ni banyak benefit kalau nak banding beli air tin ke, soda ke, air kotak ke. Jimat pon jimat. Just shopping buah yang nak pakai & air kosong je. Biar dalam fridge paling kurang 2-8 jam dah boleh minum. Tak payah gatai-gatai nak tambah gula pulak. 


Bukan cakap kosong. Aku menyahut konsep baru ni dengan buat first try. Aku pilih untuk mix lime + lemon + orange. Saja aku tambah sikit daun pudina untuk kesegaran baq hangggg. Dan untuk tambah lagi sedap mata memandang, buat la infused water ni dalam bekas kaca. Baru nampak freshhh gitu. Ceh! Nasib aku pakai kamera murah je ni. Hewhewhew.

Actually setiap resepi ada benefit yang tersendiri. Ni antara yang aku jumpa. Banyak lagi resepi yangkorang boleh try. Aku pun tak sabor nak ngabeh kan 1 jug ni then try mix buah-buah lain.

SUMBER

SUMBER
SELAMAT MENCUBA!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...