13 September 2014

Pengantin tak cukur kening, tak pakai bulu mata palsu.


Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.


Choiiii! mata kau dah cukup cantik. Tak payah crop sana sini!

Walimah sebelah perempuan make-up tak ada masalah. Sebab sepupu yang make-up kan. So dari masa aku lantik beliau as mak andam aku dah pesan apa yang aku tak nak. Setel! Tapiiiii, walimah sebelah lelaki aku tak dapat nak kawtim awal-awal dengan butik andaman. 

Sekarang zaman semua dah tau cukur kening & pakai bulu mata tak boleh. Aku memang rasa tak best masa nak tolak cukur kening & pakai bulu mata. Nasib baik masa tu bff aku tolong panggilkan broscience. Broscience cakap nak garang siket terus tak jadi nak cukur kening & pakai bulu mata. Sepanjang sesi make-up broscience dok tunggu makcik ni mengandam. tu tak boleh. ni tak boleh. Wahaha. 


Sepatutnya veil ungu yang aku pakai tu adelah tudung dari butik. Memanglah besar. Jarang nak mampos! Tudung grey adelah tudung sendiri yang aku bawak. Lagipun aku memang bukan peminat shawl.Tudung petak tetap dihati. Pakai je. Mak andam tak boleh cakap ape. Kau punya majlis.

Lagi satu. Ada ke pesen letak rantai luar tudung. Mak andam sempat letak 10saat je. Pastu aku mintak bukak. Dah la berat. Tak selesa. dan yang paling penting, TAK SESUAI LANGSUNG okey pakai rantai luar tudung.

Tips nak tolak cukur kening & pakai bulu mata:

1. SUAMI! yes! Para suami! 
Firstly make sure mak andam bini kau adalah 'MAK' andam. bukan celup2. Sanggup keeee laki lain sentuh2 pipi, bibir mulus bini kauuuuuu. Walaupun gerak lentok gaya semua kalah perempuan sejati, tapi beliau tetap LELAKI! 

2. SUAMI! Yes! Para suami again! 
Musti tegas. Bagitau siap-siap kat mak andam apa yang kau tak nak, apa yang kau nak. Nak request color pun boleh. Apa nak risau. Kita bayar upah kan??? Lagipun, kau ada kuasa veto untuk cakap 'tak boleh'.

3. SUAMI! Yes! Panggilan akhir untuk suami!
Teman la bini kau disolek dari awal sampai habes. :)

4. Pilihan di tangan awak, pengantin. Bukan di tangan mak andam.
Sekian.

2 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

tapi paling rare wife ustaz don masa hari kawen. make up dia memang nipis sangat2.. Ustaz don dah tetap syarat tak boleh make up tebal. memang natural macam tak make up jer. lebih senang org ckp macam calit bedak skit.. lipstik yg sgt2 pudar jer camtu. Alhamdulillah skrg ni byk info yg kita blh dapat berbanding dulu.. org jahil skit. bila nak kawen jer asah gigi la cukur muka kening bagai.. tinggal lagi nak ikut ke tak je kan

iyou said...

betul Suria Lekatlekitgurl!!! mekap wife ustaz don paling nipis masa wedding dia haritu.

sekarang ni suma dah memang tau. just nak ikut or tak je.