16 August 2014

070614 # I 'm taken

Kenapa dalam banyal-banyak bab, bab kawen paling ramai orang excited. Tanya diri sendiri. tak payah tepuk dada. Nanti orang sebelah ko tengok. Kalau tanya aku, aku suka update sebab esok-esok anak cucu boleh buat reference untuk buat buku skrap folio sejarah keluarga. hahaha.

Roughly planning bertunang Jun & walimah hujung tahun. Sekali kena harung tarikh bertunang asal, terus jadi tarikh nikah. Lagi 4 hari nak balik kampung baru kelam kabut carik cincin belah rotan. Sedara-sedara memang terkajut cipan sebab takde angin, takde hujan tetiba mak maklum hujung minggu ada rombongan nak datang. Bukan merisik, tunang terus!

Pagi tu jiran-jiran dah berkumpul kat dapur rumah siapkan makan-makan untuk rombongan. Sebabkan tunang main terjah, adat tukar hantaran malas nak buat sebab tak sempat. Tapi berbekalkan keazaman yang tinggi, aku berjaya buat apam polkadot untuk rombongan bawak balik as buah tangan.

Alhamdulillah, cincin dengan bahagianya tersemat di jari manis diiringi dengan selawat orang-orang kampung. Walaupun takde pelamin tunang,tak ada hantaran bersusun, aku pun just pakai jubah raya tahun lepas tapi aku & family rasa meriah sangat haritu. Terima kasih wahai orang-orang kampung! Walaupun takde orang kampung baca blog aku, moga-moga Allah berkati diorang.

Kalau ada yang terkejut tengok tangan aku, skrol ke atas pastu klik laju-laju "Aku & Vitiligo"

1 comment:

  1. Allhamdulillah... smg kekal ke akhir hayat yer dik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...