17 February 2014

1stime menyewa rumah

Tajuk noobs gileee. Kesian takkk.

Almost 24years living, this is my 1stime need to spare my money for renting a house! Rasa macam dah dewasa angattt. HAHAHA. Sile lempang berganda.

Selama ni aku membesar kt hostel je. Berapa tahun? Dari darjah 5, sambung tingkatan 1 sampai 5, sambung lagi matrik setahun, pastu 4 tahun kat UPM plak. And now dapat la merasa ada rumah sewa time keje.


Letak gambo ni sebab nak tunjuk ada mesin basuh je.

lain2 part rumah kena tunjuk nanti. Sebab tengah `merumahkan` rumah lagi sekarang ni. Baru seminggu masuk ni haaa. Banyak lagi nak topap dari masa ke semasa.


Paling best, dah ngankut tibi dari Perak. Baru betul2 rumahhh. Kalau tak rasa cam hostel.

02 February 2014

Barakallah, Laili!


Alhamdulillah, diberi kesempatan masa & ruang pegi walimah Laili. Sorang lagi Igopian sampai seru. Macam biasa, benda yang paling excited kalau ada walimah adalah jumpa balik member2 lama. Dari Perlis & Johor pun sanggup turun beb!


Dari kanan, Linda yang dah koje kat Johor sanggup naik ke Perak. Sebelahnye pulak Iylia, orang dari negeri Kayangan sanggup turun mencemar duli kat Perak. Si kecik molek Aina ni pulak dari Nilai. Aku dengan Paen tak yah tanya. Terpisah dek sempadan Tapah-Bidor je. HAHAHA.

Barakallahu lakuma, Laili & pasangan. 
Moga cinta sampai syurga.
Moga tabah & sabar mengharungi liku-liku hidup berumah tangga. cewah!

01 February 2014

Partime job? Temporary job?

Cak! dah masuk bulan 2. Cepat betul, kan?

Aku rasa baru je berenti keje kat Linggi haritu. Rupanya almost dah 2 bulan aku menganggur. Kalau sebut menganggur, dalam kepala mesti terbayang poket ada habuk je. Sobs3.

Thatsit!
Nak remove habuk2 dalam poket berganti dengan duit, kena la banyak usaha. Usaha. Usaha dan Usaha diiringi dengan doa. Rezeki kat tangan DIA. So jangan takut. Yang penting, be yourself dan jangan takut untuk mencuba.

Alhamdulillah hasil mengekalkan link dari zaman student kat UPM dulu, bos panggil aku kerja balik sementara aku tak dapat panggilan mana2 lagi. Kira temporary je la kot ni. Sambil-sambil tu, aku dok usha jugak celah keje mana aku boleh pegi.

Yang pasti aku takkan masuk dah dalam dairy industry. Takkan!

Ohye.
Mai le beramai2 ke BistroMAEPS!