08 January 2014

Throwback: Hari Topi

28th Oct 13 - one of the precious chapter in non-fiction novel dimana Ayu, seorang gadis lincah lagi comel lagi tabah lagi suka perasan telah bergelar graduan yang bertauliah di majlis konvokesyen UPM kali ke 37.


Even letih driving all night dari N9-Kedah-Perak, boleh kata aku puas hati la dapat balik kampung kejap. Tapi kan, aku rasa pemilihan tarikh konvo ni lewat sangat la. Mostly ramai yang dah start keje. Kalau konvo selang sebulan habes sem takde la kalut nak mintak cuti keje ke hape kan. Keje ladang wehh, cuba la tanya sesapa yang keje ladang boleh cuti lama mana. Tambah yang handle animals. Raya pun tak dapat cuti. Kira aku dapat cuti konvo ni besar rahmat dah ni.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Takde yang tersungkur atas pentas ke hape. Cuma yang tak berapa nak best tak sempat nak shoot banyak-banyak dengan kengkawan. Dah semua kalut dengan family masing-masing. Aku pun sama. Mana sempat je la. Dalam bebanyak gambor, yang ni paling mahal sebab hampir semua orang ada:


Dah setel majlis yang berprotokol tu, aku bawak mak abah pegi Bukit Ekspo UPM. Macam biasa tiap2 tahun mesti ada pesta konvo kat sini. Abah borong anak pokok bukan main lagi haa. Tak silap abah beli pokok kelapa mataq, rambutan, jambu & pelam. 


Dah puas jalan-jalan, sempat laaa buat self-photoshoot kat situ. Nak buat gambar proper dalam studio tak sempat. Jubah dah dapat lama dah, tapi masa la takde. Nak buat lepas maklis, Q gila kot kat kedai. Lagipun nak rushing balik Perak lagi. Dapat sekeping dua kira ok laa.


Dan gambar wajib ada mesti la gambar baling topi. HEHEHE

This is not the end of learning. Learn. Learn. And relearn. 
That's how lifelike. When you stop learning, then you start dying.

Makin bertambah ilmu, moga makin bertambah iman. InsyaAllah.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...