03 January 2014

Penganggur..... again?

Nov & Dec. 2 bulan aku senyap dari belog. 2 bulan pertama, stabil. 2 bulan seterusnya makin kucar lana pulak life aku dengan title employee ni.

Dah seminggu sebenar-benarnya aku pakai balik title penganggur. 4 bulan aku bertahan dalam ladang tenusu ni. Ada banyak sebab kenapa aku dah tak terus berkhidmat kat situ. Kalau sebab penat, takkan la aku mampu bertahan jadi kadet wataniah 3 tahun dulu. Bukan sebab fizikal, tapi mental. Mental dah kritikal tahap masuk ICU. Baru 4 bulan keje, mental aku tak mampu dah. Seriouly tak mampu.

Imagine, seminggu kerja 6 hari. Timing kerja 4.30am - 11.30am - 3.30pm - 7pm. Lepas pukul 7pm, kena hantar daily report by email pulak. Paling awal pukul 9pm baru betul-betul aku free. Tu belum kira emergency cases. Lembu beranak ke, lembu sakit ke, meeting tergempar ke. Timing tidur aku paling banyak 4 jam je. Gaji 2k. Mana boleh tahan! Baik la aku pilih kerja lain timing 8am-5pm. Cuti Sabtu Ahad. Ada OT. Gaji 2k jugak.

Lepas 2 bulan aku kerja, banyak pulak rules yang wujud dan aku rasa tempat lain tak pernah buat pun rules macamni. Contohnya, sekali masuk lewat kerja, potong gaji RM50. Yang aku hangin, kerja lebih jam takde kira OT pulak. 

Masa interview, aku dimaklumkan gaji masuk tiap2 hujung bulan. Tapi realitinya, bulan 9 punya gaji, awal bulan 10 baru dapat. Bulan 10 punya gaji, awal bulan 11 baru dapat. Cuba bagitau aku siapa tak bengang. 

 FYI, Aku perempuan paling lama bertahan kat ladang ni. 4 bulan. 4 bulan punya seksaan Tuhan je yang tau. Sepanjang 4 bulan aku kerja, 3 orang keluar-masuk ladang ni. dan salah seorang dari 3 ni, lelaki! Semuanya sebab tak tahan. Aku bertahan pun sebab aku ingat bila ladang dah stabil, dah ada sistem shift, timing kerja jadi ringan. Tapi bila pekerja bertambah, kerja makin banyak pulak, daily report macam2 jenis pulak wujud. Gaji dok tang tu jugak. Hampeh.

Ohye. Raya Aji haritu aku tak cuti. Semua orang bekerja macam biasa. Part paling best, takde gaji pun jalan macam biasa. Takde double ke, triple ke. Takde. 

Ni baru separuh part kerja yang aku mampu cerita. Part dengki sesama insan belum cerita lagi. Argh, banyak sesangat benda jadi. Tak mampu nak cerita semua kat sini. 

4 bulan. Bagi aku cukup la pengalaman kat sini. Berapa kerat kat ladang tu aku tak sure berapa lama diorang boleh bertahan sebab diorang pun dah start mengeluh kecuali tukang-kaki-kipas-bos.

Cukupler.
Aku kena cari kerja lain. yang berbaloi. yang lebih berbaloi.
Babai, Linggi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...