25 January 2014

Hantu myvi ungu yang loser

Tempat kejadian: Lebuhraya utara-selatan

Aku tengah potong lori yang bertanda "awas! Kenderaan panjang!!" dengan kelajuan 120km/j. Plap! Plap! Dari jauh aku nampak myvi ungu angkat lampu. Oho, ada orang nak berak! Aku pun tekan la lagi pedal minyak.

Lepas je lepas lori, aku terus masuk lane kenderaan berat untuk bagi laluan kt myvi ungu. Masa myvi ungu potong ni la aku nampak 6 lembaga hitam. Lepas je myvi potong aku, dia terus cilok masuk depan aku pastu brek mengejut. Pastu jalan balik dengan kelajuan 40km/j. Pastu brek lagi. Aih, ni kes mengacau dah ni.

Disebabkan kesabaran masih lagi menebal, aku follow je myvi ungu. Ada la dalam 2km gitu.

Tetiba myvi ungu bagi signal ke kiri dan salah satu lembaga hitam dalam myvi ungu keluarkan tangan bagi isyarat suruh potong. Aku pun terus change gear then masuk lane memotong. Bila dah beririgan, myvi ungu memecut pulak. Mak aku kat sebelah dah pegang seat sambil mengucap barangkali.

Ok2 fine. taknak bagi potong pulak kan. Aku pun slow down nak masum lane balik. Pun tak bagi jugak. Myvi ungu dok berterusan acah. At last aku mengucap 3x terus pecut kaw2 then cilok belakang exora.

Bila dah tak boleh usik, baru la myvi ungu tadi blah sambil melambai dengan jari tengah beliau.

Loserrrrrrr~



posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. apa la sikap pemandu yang macam tu..ingat jalan raya tempat main-main dia agaknye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...