22 August 2013

Sahut 3R: Reduce-Reuse-RECYCLE

Bila dah punggah satu rumah, haruslah banyaaaaak gila barang-barang yang menyemakkan rumah sebelum ni. FYI, sebelum ni kertas & buku terpakai aku kena kumpul-sumbat-dalamketa then bawak pegi jual kat Pusat Kitar Semula, Taiping dekat-dekat dengan stesen keretapi Taiping nun. Setakat ni aku tanya memang semua cakap SELAMA PERAK TAKDE PUSAT KITAR SEMULA.

Lagi satu, area kampung aku memang takde lori majlis perbandaran nak masuk ambek sampah. Semua pakat bakar je sampah harian. Memang amalan yang tak bagus. Bila aku tanya mak cakap dah orang kampung yang taknak bayar. Nak lori sampah tu masuk kena la bayar tiap-tiap tahun. Dah cenggitu pulakkk. Aku faham la kan, orang kampung. So, menteri yang kaya kat luar sana dari membazir duit bercuti sana sini demi bini boleh la sedekah part ni demi menjaga alam sekitar. Perli habes ni. HAHA.

Tapi kali ni nasiblah ada orang bagi contact ada orang boleh beli barang-barang yang nak recycle. Call, dia datang dengan lori comel, dia beli semua. Kertas, Besi, Plastik semua dia ambek. Hasil kutipan pertama dari rumah aku. Minggu depan kena datang lagi sebab ada lagi barang dalam rumah tak punggah. Hoiii, letih!

Nampak kan contact number kat situ. Sapa-sapa area Selama, Perak boleh la call.

Part nak jual barang terpakai ni mak la paling bising.
"uihh, ni elok lagi ni. boleh pakai lagi ni."
Minta maaf mak sebab terpaksa bolayan. Kalau layankan jugak macam sebelum ni alamatnya bersepah lagi la rumah dengan barang yang tak terpakai. Kata je boleh pakai tapi bila nak paki semedang nak yang baru. Kan, mak? HAHA.


Nampak tak rangka buai baby kat situ. Tu zaman 90an punya. Mak kata sayang ni jual. Esok-esok cucu aku ada tak payah beli dah. Tapi aku tolak jugak. Tengok la besi dia pun dah kena patri sana sini. Nak sayang apa lagi. Takpe, anak aku besok aku taknak ajar naik buai. HAHAHA.

20 August 2013

Sambung renovate rumah

Ingat lagi aku post dalam bulan posa haritu pasal renovate rumah? Masa posa haritu pecahkan tingkat atas yang berpapan then bumbungkan je. Seminggu lepas raya, dah start sambung renovate rumah balik. Semua kena pecah habis. Alhamdulillah, tak ada masalah. Plan awal tunjuk kat abang-abang indon gagah perkasa ni semua dia setuju. Generally macam ni la lebih kurang plan yang nak buat.


Rajin tak I uolls siap buat plan lagi. Alkesah rumah ni takde tambah pape. Cuma pecah & perintah je. Ruang tamu 1 asalnya kedai runcit. Kedai runcit dipindahkan ke sebelah yakni tapak kedai getah sebelum ni. Memang dah lama dah tak beli dah getah dari orang kampung. Ruang tamu 2 memang dari dulu ada. Cumanya nak tampal mozek kasi cantik. Bilik tidur 3-6 asalnya ruang tamu lama. Bilik tidur 1&2 memang dah ada cuma dikemaskan je. Bilik air & tandas pun semua still tak berubah cuma cantikkan dengan mozek jugak. Dapur asalnya ada tembok pemisah, tapi dah dipecahkan. Cenggitu la rupanya nanti. Panjang-panjang aku menaip ni, paham ke idakk? 

Ruang tamu asal yang akan jadi bilik.

Ruang dapur yang kena pecah tembok. Sebelahnya ruang tandas yang banyak-banyak tu.

Asalanya kedai runcit, sekarang tukar jadi ruang tamu.

Ruang kedai runcit sekarang yang dah siap. Tinggal nak tampak syiling je.

Memang cepat buat kerja. 6 orang je yang buat kerja. But masing-masing buat part masing-masing. Puas hati. Lantai rumah diorang buat memang kemas. Serabut sikit la sebab ruang nak tidur, lepak, makan dah takde. Yang ada ruang kecik ni je. Sini la makan, sini la tidur, sini la tengok tv dan hupdate blog.


Mana part yang siap dapat la alih barang sikit-sikit. But still ruang ni je yang paling elok nak dibuat tidur. Tempat lain still bersepak dengan bata ngan simen. Kadar serabut mencanak naik sekarang ni sebab 24hb dah nak lapor kerja kat negeri 9! Imagine acane aku nak ngemas cari barang kejadah semua untuk packing dah macam ni keadaannya?!!

17 August 2013

Hotel Sri Senawang, Senawang, Negeri 9

Interview yang tak terduga jadi rezeki tak terduga kepada Hotel Sri Senawang. Lepas call invite Paen as co-pilot, terus dia search any available hotel. Bagus giler ah, Paen. Pengapit pun dia, PA pun dia. HAHA. Nak cari hotel ni, cari Taman Senawang Indah. Memang dalam taman ni hotelnya. Kami firstime datang tak sesat pun cari.


Oh ye, Gambar-gambar kat bawah ni credit to Sri Senawang Hotel official page. Ada je gambar dari phone tapi sebab aku sampai pun malam. Gambar tak berapa nak cun. 

Masuk-masuk je dah teruja. Comel & kemas gila decoration ruang legar. Lepas panjat tangga, kami lintas satu part cun. But berpagar. Sebab malam kan. Tapi memang cun habes. Sayangnya kami tak sempat nak posing kat sini.


Kami pilih Superior Twin Bed Room. RM70. Pintu bilik pakai scan system. Memang secure habes. Sekarang apa lagi, Jom terjah bilik!!!


Weyyy! Bilik dia tersangat la comel! Simple decoration but awesome. Paling tak leh blah dalam 1 bilik ada 3 jenis & bentuk lampu bilik. Rambang mata nak guna yang mana satu! Wifi, Astro suma ada la macam biasa. 7Eleven pun dekat. Sederet dengan hotel. Just diorang punya tilam tak best sangat. Terasa besi spring katil. Tapi tidur lena jugak!!! HAHA. Dalam page hotel tak tunjuk toilet. Macam biasa, aku suka check toilet dulu. Terbaikkkk! Aku suka toilet dia. Luas pun luas. 


Anyway, ada hot story malam tu.


Bapak terkejut gila babun masa kena terjah! Tak pasal kena sound sebab lambat bukak pintu. Yela, takkan nak main bukak je tak sarung apa yang patut. Even tak buat salah tapi ketaq lutut dibuatnya. Paen dah diam seribu bahasa. Kaget. Aku tak tau la malam tu ada ke tak couple kena cekup. Huh. Pengalaman nih. Overall, hotel bajet kalini memang terbaikk! 

TERIMA KASIH HOTEL SRI SENAWANG
"your affordable hotel"
Model hotel pun dia jugakkk. HAHAHA

16 August 2013

Interview in Linggi, Negeri 9

Hp yang aku gantung kat tingkap menyanyi. Well, kampung kan. Coverage sangat 'cantik'. Aku on loudspeaker. Gila babun punya terkejut bila cik puan kat seberang sana yang wakilkan diri for Redagri sdn bhd suruh aku attend interview kat Linggi petang ni jugak! Lagi aku macam gila babun!!! Masa aku dapat call dah nak masuk lunch hour. Aku kat sempadan Kedah ni, nak pegi nun ke Linggi. Mana sempat. At last lepas nego dengan big boss, aku dapat postpone interview keesokan paginya.

Mana tak kelam kabut. Dengan rumah yang tunggang langgang kau nak cari baju pegi interview. Malam ni jugak aku nak ke Linggi, n9 dari Selama, Perak. Nak stay mana malam karang tak tau lagi. Mak dah offer nak teman tapi aku kesian kat mak. Bukan taknak bawak, tapi kang kalut-kalut kesian kat mak nak tergesa-gesa. Probability nak naik angin sangat tinggi. So untuk elak benda-benda yang tak syiok jadi kat mak, Paen jugak jadi mangsa teman aku ke Linggi. hehe.

Lintas sempadan Negeri 9 aku dapat call lagi yang interview postpone lagi pukul 3ptg. Alhamdulillah. Aku risau gila. File certificate bagai berterabur. Ready apa pun tak lagi ni. Dapat basic info sudah la. Baju suma tak iron lagi. Jalan nak ke tempat interview tu pun aku tak tau. Dan yang paling risau aku terrrrsangat letih drive dari Perak ke N9. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Check out hotel pukul 12suku. Nasib tak kena extra charge. Ada masa 3 jam untuk cari jalan dengan lunch. Pergh, paling tak tahan hampir 2 jam aku sesat ke sana ke mari. Refer jalan dengan calling. Call tiga pat kali still tak jumpa tempat. Tanya orang sana sini. Siap singgah balai polis lagi tanya jalan bagi clear. Naik muntah ulang alik jalan yang sama. Ya Rabbi masa tu aku rasa macam nak balik Perak terus. Lepas Lunch, sambung balik. At lasssst, jumpa jugak ladangnya. Ya ampun, dah lalu awal-awal dah jalan ni tapi sebab bangunan atas bukit, harusla tak perasan.


Rupanya ada lagi sorang budak interview skali dengan aku. Selang 10minit, aku pulak masuk. Turn aku dekat 2 jam interviewnya. Paen sampai tertido dalam kereta tunggu aku. Kalau dah 2 jam punya interview tak dapat kerja apa kes kan. Alhamdulillah, aku diterima kerja kat ladang tenusu milik RedAGRI sdn bhd. 2 jam sesi interview, part paling aku tak boleh lupa boss bagi 2 sebab kenapa dia pilih aku kerja dengan dia

1. Dapat recommendation dari tempat praktikal
2. sebab AKU ASKAR beb!

Tak sia-sia 3 tahun aku join PALAPES kan? Habis interview hati berbunga-bunga balik Perak dengan senyum sampai ke telinga! Tenkiu Paen sudi teman aku dan tenkiu jugak untuk coolblog ni! Seryes coool! 

11 August 2013

Wedding Idzan Sulhi

Aku mintak maaf banyak-banyak kalau korang yang tengah membaca adalah salah sorang yang memaki hamun kereta saga kelabu bersticker ‘driftjapan’ (bajet) dari Selama-Kulim-Baling raya ke3 semalam. Aku mintak maaf sebab aku terpaksa terbangkan kereta. Dah takde ‘drift’ dah. Idzan Sulhi nikah lepas zuhur. Tapi atas sebab teknikal pukul 12 aku & Paen baru nak naik highway BKE Kulim-Baling. Dalam keta Allah je tau kami berdua tak senang duduk macam mana.

Nasib Iylia dah sampai awal. Dok update status Idzan Sulhi kat Iylia je. Berharap sangat dapat sampai dengan selamat sebelum ijab qabul. Wallahu khairul makiriiin. Saat kereta dah jejak sempadan Baling, Iylia update dah selamat akad. Sempat aku doakan dari dalam kereta dengan linangan air mata. Syahdu, gembira, terkilan, seronok… All together made me speechless!

Dah cari masjid tak jumpa, terus je la ke rumah Idzan Sulhi. Pengantin belum balik lagi. Tak sampai 5 minit wajah berseri-seri muncul. Seriously, air mata je yang hidup masa ni. Barakallah sahabat! Rupanya upacara batal wudhu pengantin buat kat rumah. Hokey, terkilan tu hilang sket bila dah dapat tengok scene pengantin salam-sarungcincingelang-ikatjam.


Settle semua, masa untuk rehatkan badan sebelum walimah besok. Aiseh, sibuk macam kami plak yang nikah yer. Sibuk tak sibuk sampai 2pagi jugak la buntangkan mata bersama pengantin siapkan benda yang berbaki. Nasib ada AJK Keceriaan dulu, kini dan selamanya.


Hari walimahnya, Paen kena jadi pengapit bidan terjun pulak dah. Dah jadi partime job Paen dah pengapit ni. HAHA. Paling syiok bila jumpa schoolmates! Bila masing-masin dah tercampak sana sini, kenduri kawen la jadi top venue untuk mini reunion. Walimah yang simple but still meriah. Aku suka! Sekarang dah kena start plan walimah supaya tak membazir even takde plan bila nak kawen. HEHE. Apa lagi, Jom layan gambaaaar!

Barisan tetamu kehormat ex-IGOP

Pengantin tunggu pengantin.

Pengantin berarak tak sampai 5 minit. Untung ada adek pandai main kompang.

Gambar paling aku sayang. LISA (Linda|Iylia|Sulhi|Ayu) + Aus. Who next???

With love for you, Idzan Sulhi:
Selamat menjadi bini orang. Dah pegi kursus kawen + subjek Syariah time SPM kira hang dah khatam la kan tugas-tugas dan ciri-ciri isteri solehah. Doa aku dari jauh moga hang & abam tersayam sentiasa dirahmati dan diberkati. Sabar & toleransi hangpa berdua yang dah tercipta dari dulu, harapnya maintain kini & selamanya. Bila kata maintain, haruslah ada pasang surutnyer kan. Moga-moga bertambah generasi Al-Quran yang pastinya soleh & solehah  ke dunia ni dari hangpa berdua, insyaAllah. Haih, aku rasa kena benti takat ni dulu. Ni ayaq mata dah bertakung ni. Satgi takleh berenti teghiyak pulak aku. Selamat berbahagia, sahabat!

...and they live happily ever after...

10 August 2013

Bayu Hotel, Baling, Kedah

Alkesah dari wedding Idzan Sulhi, kami 3 gadis serangkai ni menginap kat Bayu Hotel, Baling, Kedah. Dari Taman Maha Meru straight ke arah pekan Baling sampai simpang tiga. Dah tran tang tang dah Hotel Bayu gah kaler kuning tepi jalan. 


Masa checkin sempat la sembang-sembang dengan owner Hotel Bayu. Owner aku rasa. Suka suki je aku kan. Lantak situ. Katanya hotel tengah nak upgrade. Bangunan 5 tingkat baru nak tambah. Recently baru siap sampai tingkat 3. Kitorang dapat stay kat tingkat 2. 

Dari jauh dah boleh nampak tepi jalan betul-betul kat simpang 3

Bilik cantik. Toilet 5 star. Aku kalau checkin hotel tengok toilet dulu. Astro & wifi available. Prepare sejadah lagi tau dalam bilik. Siap pakej sarapan. indoor & outdoor cafe. Ada kedai kraft. Kami pilih standard RM138. Sepatutnya bilik standard ni untuk 2 orang. Tapi masa sarapan dia halalkan je makan bertiga. Baik, kan?

Model tangga hotel

Model kolam hotel pulak

THANK YOU, BAYU HOTEL!

07 August 2013

#Ramadhan 29: Rendang itik in the making

Tahun ni tahun ke-2 buat rendang itik. Tahun lepas try & error je buat rendang itik takut takde orang makan. Tengok-tengok tak sampai Zohor dah habis! So tahun ni abah pilih itik yang paling besar untuk dikorbankan jadi rendang! 


Tak terasa pulak puasa tahun ni. Allahurabbi. Cepatnya masa berlalu. Moga Allah redho & terima amalan-amalan kita dalam Ramadhan tahun ni dan sampaikan kita ke Ramadhan tahun-tahun yang akan datang. Adios! Banyak lagi koje tak siap ni. Tak dapat nak celoteh panjang. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

06 August 2013

#Ramadhan28: Perutusan Hari Lahir

Tahun ni aku punya tarikh lahir jatuh dalam bulan Ramadhan lagi ikut kalendar Masihi. Kalau refer kalendar Islam, my birthday is on 14th Muharram 1411. Nak check hari special korang dalam ikut kalendar Islam? KLIK SINI hokeyyyy!

Alhamdulillah, dah 23tahun. Mak kata umur 23tahun mak dah dapat anak sorang. Tapi aku bujang tran tang tang lagi. Saboooor je lah kan. Tahun ni punya raya kena ready dengan jawapan bernas sket. Biasa la dah umur cenggini. Kena ready dengan 2 soalan paling HOT:

1. Dah habis setadi. Bila nak koje?
2. Hah, bila lagi nak kenduri ni?

Ya Ampuuun! Banyak-banyak soalan kenapa soalan yang takde jawapan orang sibuk nak tanya? Kang bila dah kawen, soalan bila dapat anak pulak muncul. Soalan ni memang takkan putus selagi hayat dikandung badan. Apa kena buat? Sabooooor je lah kan.

Dikesempatan ini, di hari lahir ini, di dalam bulan mulia ini,
aku nak ucapkan terima kasih kepada mak & abah yang berpenat jerih besarkan aku yang ketegaq ni. Ampunkan anakandamu yang acapkali melukakan hatimu baik sedar dan tak sedar. Maafkan anakandamu yang secara tak langsung 'transfer' dosa sebab ikutkan hawa nafsu. Halalkan makan minum selama 23 tahun ni. Ya Allah, kasihani mak & abah sepertimana mereka mengasihaniku. Amiiiin.
(100 orang baca, 100 orang berdoa) Dari mak & abah, diorang dah doakan special untuk aku harini. Love both of you, mak! abah!

Hadiah yang tak disangka-sangka sampai on 5th Aug. Punya semangat tunggu lepas maghrib baru bukak hadiahnya. Baru betul namanya hadiah birthday, kan. Walaweyyy! Terharu banget tau ngakk! Aku sendiri dah lupa pasal purse ni. Dulu dah belek-belek dah purse ni sebab dah 5 tahun tak bertukar purse. Tapi masa tu ekonomi tengah meleset. Terpaksa lupakan purse yang tinggal 1 je ni. Tapi nak kata rezeki, dapat jugak purse kaler peberet nih! Terima kasih, awak!
(eceh, berawak-awak la pulak kan)


Aku dari dulu memang tak pernah nak sambut birthday. So takde rasa special sangat pun. Tapi sejak-sejak ada facebook ni, terasa berseri la sket bila tengok ucapan-ucapan kat facebook even ucapan dari orang yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. WAHAHA. Orang dah tak sudi, sila jangan terhegeh-hegeh! Orang di depan mata, jangan biarkan ayaq mata dia meleleh! 

Nak list orang-orang yang berjasa kat sini sampai ke sudah la tak habis. So, aku simpulkan je lah dalam 1 ucapan. Thanx uolls. Thanx a lot!

05 August 2013

#Ramadhan 27: Kuih 'Google'

Orang lain dah berbalang-balang buat kuih raya. Aku baru start buat malam ni. HAHAHA. Nak buat macamana, mengemas punya pasal, semalam baru nampak ghuper dapur. Before ni dapur huru-hara sebab bukak bumbung. Lagipun ni semua pakat dah balik dari hostel. Takdela jenuh menggentel sengsorang.

Malam ni buat kuih senang. Nak 'panaskan enjin' kononnya. Tak tau la brapa jenis kuih raya dapat buat last minit dah ni. Kuih bahulu, kuih sepit dan segala jenis kerepek dah kompem-kompem main tunjuk je macam tahun-tahun sudah. Ni buat kuih ni macam penyeri la. Baru syiok sikit. Setahun sekali je kan raya puasa. Bukan selalu dapat buat kuih dengan adik-adik.

Adik aku kasi nama kuih ni kuih 'Google Chrome' dah kaler cenggitu. HAHAHA. kreatif yer. Ikutkan resepi namanya 'Kuih Arab'. Kuih raya yang paling kacang nak buat.

Siap full tupperware besar 

Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Cara Penyediaan
1.Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2.Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
4.Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
5.Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6.Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit

Nak resepi kuih raya yang lain KLIK SINI

04 August 2013

#Ramadhan 26: Bubur lambuk Sungai Dendang

Tudiaaaa, punya la lama tinggal blog. Maafkan sayer.
Plan konon nak buat full log untuk bulan puasa ni tapi tu la dia "wamakaru wamakarallah. wallahu khairul makirin" Dan Allah jualah sebaik-baik perancang. 

Kami satu family sibuk mengemas rumah. Bumbung rumah alhamdulillah fully siap. Lepas raya ni pulak sambung renovate bahagian dalam rumah. Sebab tu la tak terhupdate blog. Buat keje dalam bulan puasa penat lain sikit. Nak menaip pun jadi malas. Malam pulak lepas terawih terus off. Sekali lagi maafkan sayer.

So, harini cerita bubur lambuk.
Seingat aku memang tak pernah lagi ada gotong royong buat bubur lambuk kat kampung ni. Tapi abah cakap ada dulu pernah buat, tak ingat. Tapi memang dah lama tak buat. Tahun ni, semua sepakat nak buat bubur lambuk tiap-tiap hari Ahad sempena Ramadhan. 

Alhamdulillah, minggu ni minggu terakhir buat bubur lambuk. Awal-awal haritu ramai jugak yang turun. Bila dah last-last ni biasala ramai yang ada komitmen lain. Nak beli baju raya anak la apa la kan. Tak kisah, janji aktiviti tetap jalannn.

Kacau bang, jangan tak kacau!

 Sementara tunggu bubur siap, bersihkan apa yang patut. Moga Allah redha.

Tu rumah bumbung merah tu rumah sapa tak tau. HAHAHA.