25 July 2013

[4] Novel 'Anehnya Cinta'

Tuah ayam nampak dikaki, tuah aku jarang-jarang nak nampak kat mana bila join contest. Dalam ratus-ratus join contes/giveaway, baru 4 kali ada tuah. ngahaha. Alhamdulillah, dah sampai dah hadiah tempat kedua MY CAREER PHOTO CONTEST.


Dah lama ni tak baca novel cintan. Asyik layan RAM je. HEHE. Anyway, thanx FIK!

24 July 2013

#Ramadhan 15: Menu paling senang nak buat

Harini bukannya malas, tapi teringin nak makan air asam. Dah lama takde sesi cicah-mencicah. Last masa praktikal dulu. Masa praktikal dulu selalu la buat air asam cicah dengan ikan tilapia steam. Lagi sedap sebab ikan tu pancing sendiri. Sekarang nak dapat ikan tilapia? RM14 sekilo woiii~

Todays special uolss: Daging rebus dicicah dengan air asam

Daging lembut ohsem lagi hensem

Tips lembutkan daging:
1. Selain teknik memotong daging yang hangpa sedia tau, aku sarankan potong daging nipis-nipis. Time makan pun senang je kunyah. Takdela macam makan coklat getah (chewing gum  ye anak2). Tapi agak-agak la nak potong, jangan la nipis sampai rabak daging tu.

2. Api masa nak rebus tu slow je seslow mana yang dapur hangpa boleh. Bila api kuat, memang daging jadi liat. Aku rebus ni average 45minit.

3. Kaler kuning dalam pinggan tu bukan ubi. Tu halia ye kawan2. Masa rebus boleh jugak letak halia. Halia akan membantu daging melembut. Nyahhh gittew. Orang tua-tua cakap boleh letak sudu. Pon bolehhhh. Tambah best aku letak sebatang serai dengan daun pandan. Bila daging dah masak, phewww~

Air asam yang dah tinggal separuh mangkuk. HEWHEWHEW
 
Air asam palin kacang nak buat. 
Perah air asam. Perang limau sikit. Gula, garam, cuka secukup rasa. Bakar belacan sikit. Then cincang bawang merah, cili besar, cili padi ngan tomato. Gaul sebati semua bahan. Dah siap! Ting~

Haa, air rebusan daging tadi jangan buang. Boleh buat sup kosong. Letak Sup bunjut, Ketuk bawang putih ngan halia sikit, kasi ubi kentang lembut, garam ngan perasa secukup rasa at last tabur daun sup, daun bawang ngan bawang goreng. 

Siap satu menu tanpa sayur! WAHAHA. 
Aku memang tak suka sayur. Sekian.

23 July 2013

#Ramadhan14: Kes makan dalam toilet. Len kali toksah dok gelabah tekan butang 'share' kat Facebook kalau tak tau cerita sebenar. Baik Ko share tazkirah ke hape lagi bagus

Dah. Panjang gila dah tajuk entri. WAHAHA. Aku pun sebelum ni terpacul jugak Whatderfish. Budak sampai kena makan dalam toilet nak hormat Ramadhan punya pasal. Tapi tu la, papepun chill ya! Dah ada penjelasan pasal kes tu.

Cerita dibawah dibawa oleh ‪#‎rusydeeartz‬
Sebelum kita nak jadi racist, islamist, kantinist, sekolahist, bilikpersalinanist, toileterist. Marilah kita beristighfar dulu.

"Astaghfirullahaladazim..."

*call pengetua*

kring kring kring..

Pengetua: "Hello ni sape?

Pentanya: "Hello ni pengetua ke?"

Pengetua: "Ya saya pengetua tapi muda lagi walaupun ada word tua situ. Ni tepon ni hajat ape ni?"

Pentanya: "Ni begini...betul ke budak2 sekolah pengetua yang tak pose dan tak boleh pose sama ada muslim atau tidak muslim makan di dalam bilik persalinan merangkap bilik air merangkap tandas merangkap jamban dalam bahasa kasarnya?"

Pengetua: "Ehh?"

Pentanya: "Apa ni pengetua ni. Racist betul la. Mana boleh buat macam tu. Management macam mana ni! Kalau iya pun kantin tengah renovate, takkan tak boleh suruh budak makan kat dalam kelas?"

Pengetua: "Ehhhh?"

Pentanya: "Budak2 bukan Islam disuruh makan dalam bilik persalinan yang bentuk dia ala-ala ada perhiasan jamban bagai. Ni penghinaan bagi kaum bukan Islam! Orang Islam dapat pahala berpuasa, orang bukan Islam ditindas begitu sahaja?! Pengetua apa macam ni!"

Pengetua: "Tapi tapi tapi!!"

Pentanya: "Tak payahlah nak deny lagi. Benda dah terang lagi bersuluh. Cuba kalau pengetua yang duduk makan situ mengadap lubang jamban. Berselera tak makan Char Kuey Tiau dan Aiskrim Cokelat?"

Pengetua: "Char Kuey Tiauu sedapnya...tapi!!"

Pentanya: "Ni kalau tuan pengetua tak ambil tindakan segera, kami nak lapor kepada media massa, suratkhabar, serta belog-belog gosip serta sebarkan di FB biar semua racist terhadap pengetua! Takut tak? Takut?!!"

Pengetua: "Tak takut. Sebab sekolah saya mana ada bilik persalinan bagai ni. Saya pengetua sekolah memandu."

Pentanya: "Eh, ye ke? Silap nombor la ni. Cilakak yang bagi nombor ni. Troll aku ya!"

Pengetua: "Cubalah apa-apa berita tu sila kaji selidik dulu betul-betul sebelum mengulas. Jangan sebab berita tu datang dari seorang orang perseorangan, terus percaya bulat-bulat dan buat spekulasi bukan-bukan. Cuba hang pergi sendiri ke sekolah tu dan cium bau bilik yang dikatakan tempat budak makan tu. Ada bau jamban ke tak. Kalau tak ada, bau harum. Selesa, ada perabot, ada suasana yang bagus kat dalam sampai boleh berguling-guling ke tak? Cuba pergi sendiri. Stoplah bergosip main isu agama."

Pentanya: "Ahh pengetua sekolah memandu ni nak nasihat kite plak dah."

Pengetua: "Islam suruh siasat. Bukan suruh memulakan dengan mengumpat dan marah-marah."

Pentanya: "Emm.."

Pengetua: "Baik. Cau dulu nak pergi beli Lai Ci Kang dan Char Kuey Tiauuuuuu.."

Pentanya: "Saya nak gak!"

Pengetua: "Kau diam boleh tak..diam..diam..boleh tak diam?"

22 July 2013

#Ramadhan13: Kadang-kadang kena berkeras jugak dengan budak ni


Aku tak tau la adik bongsu aku ni ikhlas ke idak basuh pinggan tu lepas satu malam aku bebel tak sudah. Bukan bebel biasa, kalau aku ingat balik memang kejam habis ayat aku malam tadi. MUAHAHA. Kesian Aiman. tapi Aiman tak kesah kan? WAHAHA.

Tapi tu lah dia. Kadang-kadang kena berkeras dengan budah yang tengah membesar ni. Kalau dulu manja-manja, ni dah nak naik ke tingkatan 1 kena ajar sikit. Jangan manjakan sangat. 

Alhamdulillah harini sehari suntuk ringan je tangan dia tolong aku. Tak payah suruh macam sebelum ni. Aku puji la sikit bagi semangat kat dia. Bagi penghargaan. Bukan tak boleh tolong. Boleh je. Siap melawak lagi time buat kerja. Kan seronok tu. Cuba time mak ada jadi ringan tangan macam ni, takde la mak dok membebel tiap hari. 

Pesanan ikhlas dari kakak mithali buat adik-adik di luar sana. 
HEHEHE.

21 July 2013

#Ramadhan 12: Cabaran bersama 'little moster'

Harini aku kena hantar anak mak long ke Stesen Bas, Kulim Kedah. Tak jauh mana dari rumah, 30minit je dah Selama, Perak ni kan sempadan dengan Kedah dah. Hajat nak berjimba kat Kulim kejap lepas hantar tak kesampaian bila 'little monster' nak ikot. pfffft!

'little moster'. Nama sebenar Qasrina. Anak kepada sepupu aku. Kira 'little monster' ni panggil aku mak ngah laa. Hoi, tua hoi! Dah jadi mak-mak dah ngko!

Hailaaa. Kalau sebelum ni 'little moster' ni tak nak rapat dengan aku. Sekarang bukan main. Nampak start keta/moto siap. Mengekor la dia. Aku panggil 'little monster' bukan sebab huduh ke hape. Tapi si kechek ni ganas tak bertempat.  Hang tengok dengan body dia yang tough tu, sekali dia langgor terbalik aku wey. Sehari mesti nyonyot 5 botol susu yang gedabak. Dah macam solat 5 waktu dah ha. Umur dah 2 tahun lebih.

Saat genting bila dah sampai hantar cousin aku tu naik bas. Maknanya aku berdua je dengan 'little monster' ni nak mengharung jalan 30 minit. Dok doa dari tadi mengharap dia tido. Kot naya aku bawak keta dia pegi korek sana sini kacau aku drive.

Mula jalan je keta, aku start pasang nasyid 'Anak Soleh', rendahkan kerusi sebelah aku. Kasi dia pegang botol susu dia. Nahhh, Takdan 10minit aman aku bawak keta sorang-sorang. Senang jaga anak macam ni. WAHAHA.



20 July 2013

#Ramadhan 11: REZEKI pun kat tangan Tuhan

Orang dok sebut ajal, maut, jodoh je kat tangan Tuhan. Kena ingat rezeki pun kat tangan Tuhan. Bior la orang nak kedengki macamanapun, chill ya! Kalau Allah Maha Pemurah tak izinkan, tak affect ke kita pun semua rencana (ecewah rencana uolss) kedengki beliau itu. Tengah bulan Ramadhan ni tak seronok nak gaduh nak-nak sesam sedara. Sabar je lah. Manusia memang tak suka tengok manusia lain bahagia. 

Yang dok menyampaikan berita pun satu. Kalau dah dengar dari pihak sana tak payoh la nak mengkhabarkan pada kita kat sini. Takde gaji pun nak bagi kat hangpa wei. Dengar-Diam. Tak pasal hangpa pun dapat dosa kering nanti. Dengar itik membebel belakang rumah lagi syiok dari dengar hangpa punya celoteh nak laga-lagakan kami di bulan mulia ini. cewah!


Kalau dulu telur itik tak laku. Sekarang siap tulis nama sekian-sekian tarikh booking telur itik. Dah kat sini je telur itik paling dekat. Pastu abah tolak jauh lagi murah dari tempat lain. 30sen je. Standard telur itik biasa 50sen. Kalau yang dah jadi telur asin tu 70sen. Tempat korang punya harga telur itik macam mana?

*krikk.. krikk.. krikkk*

Ok aku tau takde orang jawab. WAHAHA. Tapi ni lah dikatakan rezeki kat tangan Tuhan. Rezeki yang tak disangka-sangka. Sebelum ni saja abah bela suka-suka, balik kerja tension-tension pegi belakang rumah tengok gelagat itik. Tapi sekarang dah tak jadi suka-suka dah. Orang dok booking tiap-tiap hari. 

Hasil 'pembuangan' itik, 2 pokok jambu ni pun dah melebat. Dah berputik sebijik dua. Pokok baru nak belajar membuah. Kalau dulu daun pun takde, tinggal nak tebang. Sekarang bila itik dah ramai (ramai youuuu) seronok la pokok-pokok tersebut. Sikit tahun lagi berbuah la pokok ni. InsyaAllah. 

Terima kasih, Ya Rabb. Moga dengan limpah kurnia rezki dari-Mu mendekatkan lagi kami sekeluarga utnuk terus merintih mengharap kasih dan rahmat Mu. 

Vitiligo: Still ramai orang tak dapat terima KAMI

Sungguh terubat hati bila kita dapat kongsi masalah dengan orang yang ada masalah sama macam kita. Bukan nak kata orang lain takde yang faham tapi susah la nak jumpa 'gu' ore klate cakap. Tak sangka, still ramai lagi orang tak dapat terima KAMI - pesakit vitiligo.


Siapa yang tak nak hidup bahagia dengan orang yang kita sayang?
Tak dinafikan jodoh ketentuan Allah, tapi bila KAMI mengorak langkah ke arah membina masjid pihak ketiga pulak tak menerima. 

KAMI tak layak untuk kawen ke hape? 
atau korang rasa korang akan sihat walafiat selama-lamanya?
KAMI tak mintak dapat penyakit ni. Allah je tau macamana KAMI go through our life with vitiligo. Sabar kat mulut tak tergambar dek hati. 

Setakat ni aku tak jumpa lagi la yang celupar depan-depan aku. Yang tanya guna orang tengah ada la. Tak salah tanya pasal penyakit ni. Aku suka nak cerita dari A sampai Z. Tapi soalan biarlah sopan sikit. Boleh je nak tanya penyakit ni boleh berjangkit ke tak. Tapi kita boleh notice kot soalan bernada sindir. Kesian kat sorang kawan aku ni kena sindir depan-depan. Kalau aku dapat orang macam tu, aku terus peluk dia kuat-kuat then cakap: "Observe any changes. vitiligo act anytime, anywhere." WAHAHA.

Even KAMI tak pernah kenal, tapi KAMI support each other. 
Jom sesiapa yang berkaitan join KAMI kat Vitiligo Bond Malaysia!

19 July 2013

#Ramadhan 10: *krikkk. krikkk. krikkk*

Alhamdulillah kita still dikurniakan kekuatan berpuasa sampai harini. Hari kesepuluh.

Bapak bosan aku harini. Selain ngemas rumah, kerja aku harini scroll news feed fb je. Bila bosan blogwalking pulak. Tak produktif langsung harini. Haih.

Apa-apa pun, malam ni mak & abah balik Selama.
Yeyyyy! Besok punya bukak puasa mak yang masak! WAHAHA

18 July 2013

#Ramadhan 9: Check kereta memasing yerrr


Harini takde benda yang special. Cumanya time aku keluar tadi ke Taiping, bandar yang paling sibuk terjumpa kereta kat atas ni. Korang tak tengok belah depan lagi. Dah tak nampak ghupe iswara dah kereta ni. Bahagian belakang siap ada sayap dengan duri durian lagi. 

***TAPI***

Hampehnya lampu brek dia seketul je tinggal nyahhh. Kesian betul. Ada sayap takleh terbang takde guna jugak kan. Bukan tak boleh nak hias kereta tapi servis la benda-benda penting dulu.

Aku tak salahkan tuan kereta ni sebab kita selalu tak perasan kan lampu brek dah tak nyala. Yang perasan orang kat belakang kita. So sesapa yang ternampak kereta macam ni, ikhtiar la cari jalan nak bagitau kat tuan punya kereta yang brek dah tak nyala. Bahaya wui. Ni nak dekat cuti raya ni. Servis la kereta memasing ye!

17 July 2013

#Ramadhan 7&8: Gerak kerja renovate rumah bermula

Kelmarin kata mak nak naik train je balik Bidor, tapi tiket takde pulak. Nak bagi mak naik bas tak sanggup. Kesian. Tambah takut pulak dengan bas laju-laju. Atlast aku hantar mak balik Bidor, lepas bukak puasa aku pederaih balik Selama sengsorang. Alhamdulillah, walaupun letih teramat tapi sahur dapat jugak bangun. Lepas subuh aku sambung rehat (amalan yang sangat tak baik ye).

Tak sampai sejam keletung keletang bunyi. Ya ampun panas hati time tu memang tak ter'measure' nyah. Bangun la jugak nak tengok apa jadi dah sengsorang kat rumah. Big bro pegi kerja, adik pergi sekolah. Rupanya wak indon dah start buat kerja dah. Entah bila pakcik bawak indon masuk tak sedar pun. Bahaya betul. Naik atas tengok bilik lama aku jadi macam ni dah:

Wooo, nampak rumah jiran. Dinding, bumbung semua dah hilang

Ditakdirkan semalam hujan. Makkkk~
Nak menangis rasanya hai. Rumah tengah takde bumbung, lenjun satu rumah. Orang tua kata sediakan payung sebelum hujan. Ni la padahnya. Tengah hujan lebat baru nak pegi beli plastik nak cover barang-barang. Lagi caca marba la rumah aku.

 Lenjuuuun

Bagus la wak indon ni. Cepat je kejenya. Tak banyak songeh kata orang sini. Sehari buat keje dah kosong dah bahagian atas. Katanya dalam 3 hari insyaAllah siap la bahagian bumbung. Moga Allah redha.

Buffet Ramadhan di MAEPS Bistro

Buffet Ramadhan di MAEPS Bistro. 
Jom2! Apa istimewanya Selera Barakah kat sini?


PAKEJ BUFET RAMADHAN
13 JULAI – 4 OGOS 2013 ( 6-00 PTG-10.00 MLM)

Dewasa =RM42.90 nett
Kanak Kanak= RM 25.00 nett (6-12thn)

Pakej Keluarga 10 org keatas diskaun 10%
Percuma Kanak – Kanak bawah 5 tahun

Untuk tempahan sila hubungi : 
014- 733 3214 (Aisyah) / 
016- 390 2410 (Alya) / 
012- 232 3886 (Azhar)

MENU UNTUK BULAN PUASA
  • Steamboat
  • Kambing Panggang
  • BBQ ayam dan Sosej
  • Satay Ayam & Daging
  • Char kueh tiaw & Mee Goreng 
  • Rojak Buah
  • Aneka Bubur
  • ABC 
  • Roti Canai & Murtabak
  • Roti Jala
  • Aneka Pencuci Mulut
  • Aneka buah Campuran
  • Tahu Bakar
  • Nasi Campur
  • Nasi Tomato* 
  • Nasi Ayam*
  • Spagetti*
  • Mee Kari*
  • Laksa*
  • Bihun sup*
*pilihan salah satu mengikut hari

MASAKAN MELAYU
  • Ayam Masak Lemak Cili Api
  • Kari Ayam Kentang
  • Ayam Cili Ketuk
  • Masak Lemak Daging Salai
  • Daging Dendeng
  • Kari Daging & Kentang
  • Asam Pedas Ikan Kembong or Tenggiri
  • Ikan Keli Berlada
  • Kari Ikan Tenggiri & bendi
  • Talapia masak Sambal
  • Tempoyak Ikan
  • Udang Sambal Petai
  • Masak Lemak Ketam
  • Lala Cili Api
  • Sotong Goreng Kunyit
  • Masak Lemak Nangka 
  • Masak Lemak Pucuk Manis
  • Masak Lemak Kobis
  • Masak Lemak Labu 
  • Kailan Ikan Masin
  • Masak Lemak Nenas Ikan Masin
  • Sayur Campur
  • Tauge Tahu
  • Sambal Belcan
  • Budu
  • Tempoyak
  • Ulam Ulam
  • Ikan Masin
  • Telor Masin

15 July 2013

#Ramadhan 6: Sayuuuu, hati ini makin sayuuuu~

sobs. sobs. sobs.

Tak seronok sebenarnya nak sedih-sedih dalam bulan barakah ni tapi nak buat macam mana. Memang sedih. Sedih yang teramat. Dalam kita dok seronok raikan bulan ibadah ni ada pulak benda tak best datang. Sepatutnya benda in progress bawak berita gembira tapi ada jugak yang tak kena pada mata dia. Bukan orang lain. Huhhh. Allahurabbi.

Kalau ikutkan hati macam-macam benda jahat dah terlintas dalam kepala. Nasib lah ada penyejuk jiwa dalam family. Abah pun cool je.

Katanya dalam linangan air mata dek kesedihan yang tertahan:

"Nak tunggu semua orang suka kat kita macam tunggu kucing tumbuh tanduk. Even kita cakap betul pun orang still cakap kita tipu. Rasulullah s.a.w yang tak pernah menipu hatta diorang sendiri gelar baginda Al-Amin pun disumpah pendusta la, ahli shir la. Kita ni jauh sekali kalau nak compare ujian dengan baginda. Sabar je la. Allah tau apa kita buat. Jahat jangan sesekali dibalas jahat. Nabi tak ajar kita macam tu."


14 July 2013

#Ramadhan 5: gotong-royong session

Dah puasa ke 5 kan? Alhamdulillah..

semalam janji nak kasi tengok gambar rumah last tak terambil pun gambar sebab sibuk mengemas lepas subuh. Petang nya buat air liur basi. Ya ampuuuun!

insyaAllah ada rezki masa lapang akan aku usahakan.

By the way, todays special:

 Serawa nangka

Nasi ulam

Tanya iyou: Ubat Vitiligo

Makin hari makin banyak soalan aku dapat pasal vitiligo dalam blog dan tak kurang jugak yang drop soalan kat inbox email aku. Jadi untuk menjawab dengan lebih terperinci, aku wujudkan satu segmen dalam blog aku sendiri yakni ''tanya iyou''. Kelas kau jahhh ada segmen dalam blog. WAHAHA.

Soalan pertama untuk segmen ni:

Jawapan:

Salam, wahai saudara Syfq Rzli :)

Kalau nak tau pasal penggunaan ubat vitiligo yang aku pernah guna semuanya aku dah cerita kat SINI. Seperti yang aku nyatakan dalam entri tu, aku sendiri tak sure ubat mana yang paling berkesan sebab aku banyak bertukar ubat. Jangan contohi sikap aku ni yer! Doktor pakar kulit pun dah pesan jangan kerap bertukar ubat. For your information, currently dah hampir setahun aku decide tak nak pakai apa-apa ubat. Ok tak?

Kalau saudara nak korek pasal ubat vitiligo, join kitorang kat dalam Vitiligo Bond Malaysia. Dalam Fb group ni kami banyak share masalah, pendapat dan termasuklah ubat apa yang kami pernah guna. Overall, apa yang aku boleh summary, tak semua orang boleh dapat kesan positive dengan ubat yang sama. Rata-rata mengakui certain ubat sesuai pada certain orang. Depend pada badan sendiri react dengan ubat yang kita consume tu. Faham tak?

Nak tanya ke apa, jom la klik join dalam group ni, ok? :)

Pasal Vitiligo Organics. Aku pun pernah nak cuba ubat ni. Tapi setakat ni aku tak jumpa mana-mana farmasi/kedai yang jual Vitiligo Orbanics unless kita kena purchase online. Betul tak? Harga bagi aku agak mahal.


So, pendapat aku, Vitiligo Organics punya main ingredient dia VCO (Virgin Coconut Oil/Minyak Kelapa Dara). Kita boleh cari alternatif lain yang guna ingredient yang sama. Contoh yang aku pernah guna produk Herba An-Nabaat. Pengasasnya pensyarah Fakulti Perubatan UPM. Lokasi area Bangi, dan ubat dia jauh lagi murah dari Vitiligo Organics. Tak salah kalau nak ikhtiar, kan?

Aku rasa banyak lagi produk bumiputra yang berasaskn VCO. Rajin-rajin la search. Mesti jumpa punya. Tapi selidik lah dulu sebelum beli yer.

Aku rasa takat ni lah dulu segmen kali ni. Dah panjang bebenor dah ni aku taip.
Selamat bersahur!

13 July 2013

#Ramadhan 4: Caca Marba punya rumah

Harini punya post takde gambar. Segan nak tunjuk rumah tengah caca marba kata orang. Dari dulu lagi rumah ni caca marba sebenarnya sebab barang kat rumah aku ni memang banyak. Barang turun temurun. Rumah ni dah berapa generasi dah duduk. Nak kemas memang tak terkemas sebab tak tau nak letak kat mana barang-barang dalam rumah ni.

Sekarang, abah dapat rezeki lebih sikit nak renovate rumah yang caca marba ni jadi kemas sikit. Elok lah bumbung rumah ni pun dah berkurun tak berganti. Tempias sana sini bila ribut datang. InsyaAllah raya ni dijangka siap bahagian atas je.

Em, Esok lah sambung cerita macamana abah punya plan nak renovate rumah. Boleh selit gambar sekali. Esok aku snap gambar proper sikit bagi senang paham keadaan rumah aku sekarang walaupun takde orang pun nak baca pasal rumah aku. WAHAHA.

Kenangan ni. Esok-esok ada anak boleh la bukak blog tunjuk.

"Nak, ni la rumah ummi sebelum renovate dulu" Kata ummi mithali kepada anaknya

Weeeeeeee. Berangan lebih!
Harini punya menu bukak puasa: Kari kepala ikan & pucuk gajus!

12 July 2013

#Ramadhan 3: tak cukup sorang lagi.

Malam tadi lepas bukak puasa aku gerak balik Selama. Alhamdulillah, smooth je perjalanan diiringi dengan dengkuran abah & big bro. Aku sengsorang je hidup malam tadi. Nasib baik Era.fm teman.

Harini menu berbuka nasi ayam. Nyum. Nyum. Nyum. Dah lama tak rasa nasi ayam air tangan mak. Kali ni punya sos nasi ayam, aku take cover. Sebelum ni sos nasi ayam campur cili & sos botol je kan. Harini punya sos nasi ayam aku blend: cili besar, bawang putih, cuka, gula dan garam secukup rasa. Walllaaa~ Kembang kejap kena puji. WAHAHA.

Nasi ayam in the making! Ni nasi nyer, ayamnyer tengah goreng.

Tapi harini punya berbuka still tak penuh kuota lagi. Yang kat hostel semua pakat balik, ada sorang lagi tersangkut kat Arau, Perlis. Kesian adik aku no.3 tu. Tak syiok katanya bukak puasa makan nasik bungkus. Takpe la Akim, adat jadi student. Ada rezki insyaAllah nanti kita bukak puasa sama-sama yer!

Acara bukak puasa ramai-ramai. Ni gambar 20120. 
Harap-harap tahun ni ada laa rezeki nak bukak puasa ramai-ramai macam ni.

11 July 2013

#Ramadhan 2: Sesat cari UM sampai ke Muzium Negara

Bajet nak bertolak lepas subuh, tapi aku & big bro terlajak rehat. Rehat lah sangat kannn kalau dah dua-dua berselimut baik punya. krohhh3. at last bertolak pukul 8am. Rasa-rasa dalam 2 jam sampai lah kot destinasinya sebab guna GPS hp baru, tapi hampeh punya GPS. Entah kemana dia bawak kitorang tak jumpa UM pun. 

Lepas pusing-pusing jumpa pintu pagar tulis UM & OUM. Pak guard speaking omputih hokey. Lepas sign in apa yang patut kitorang masuk. Kok sunyi sepi dong. Berapa kali entah kitorang turun naik lif cari pejabat tapi kosong je semua. Tambah aku konfius bangunan macam nak kena lelong je dengan kerusi meja tunggang terbalik. At last kami jumpa jugak manusia kat kaunter postgraduate faculty (economy). Katanya main campus kat Bangsar. Haih~ 

Redah punya redah at last jumpa jugak UMnya. Nak dipendekkan cerita, lepas zohor urusan big bro dah settle kat sini. 

Babai. UM. Ada rezki kita jumpa lagik.

On the way nak balik, sebelum masuk tol Jalan Duta ternampak Muzium Negara. Aku nak buat pengakuan ni, sepanjang hayat aku yang nak masuk 23 tahun aku tak pernah jejak kaki ke Muzium Negara. Big bro aku pun tak pernah pegi! Weehuu! Elok lah sangat kan dua beradik ni. Alang-alang dah sampai kan, singgah je la. 

Parking RM3, masuk dalam RM2. Parking lagi mahal dari tiket masuk. HAHA. standard la kan parking kat Key-El walaupun takde istimewanya parkingnya. Still kereta berjemur kat tengah panas. Ada bumbung tahan la sikit kannn. 

Overall, memang banyak benda menarik dapat tengok. Sedikit sebanyak aku & big bro recall sejarah. Ada jugak teringat soalan SPM time merayau dalam muzium ni. WAHAHA. Tapi ada 1 zon kami tak dapat masuk. Zon Malaysia Kini sebab tengah renovate. 


*gambar selebihnya kurang jelas disebabkan pencahayaan di dalam muzium. sekian.*

Big bro tengah tilik syiling zaman Kesultanan Melayu Melaka

Aku sedang menyaksikan keislaman sultan Melaka. Meremang bulu roma dengar suara narrator bila dia sebut 'Lailahaillallah. Muhammadurrasulullah'

Salah satu kitab lama. Big bro tengah baca & try nak translate. Hoho

Keluar je dari muzium, tengok jalan sesak dnegan kereta. Damn! Lupa harini hari bekerja. Memang jem la jalan sebab orang tengah berlumba nak balik. 

Tapi apa pun, aku & big bro selamat sampai kat Bidor sebelum waktu berbuka. Sampai rumah abah dah siap beli nasi kerabu. RM3. Wah, Sama harga dengan parking Muzium Negara. WAHAHA.

10 July 2013

#Ramadhan 1: Mak kat Selama, Abah kat Bidor

First day Ramdhan tahun ni tak semeriah sebelum ni sebab terpisah lebih kurang 180km Selama-Bidor. Mak kat Selama, Abah kat Bidor. Adik-adik semua kat hostel. sobs. sobs. sobs.

Kejap lagi lepas zohor aku & big bro nak ke Bidor, teman abah berbuka. Esoknya nak ke UM, pastu barulah sesama balik ke Selama dengan abah sekali.

Apa-apa pun,


Jom sama-sama kita jadikan puasa tahun ni lebih baik dari puasa tahun lepas! Apa pun target korang puasa tahun ni, at least kita upgrade diri kita setapak, hokey!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...