28 April 2013

fun of sharing

Hobi yang baru menapak dihati tapi terpaksa bagi laluan untuk praktikal - Kniting & crochetting

Ni yang tak sabar nak habis praktikal. Dalam kepala banyak benda dah plan nak buat. Takut kang lama-lama terkubur pulak plan baik ni. Tapi bila cik waniey email, walawey! Tangan ni dah terketar-ketar cari jarum knit/crochet. HAHAHA. Rasa semangat gila nak habiskan praktikal ni. Eh, Kalau nak tau cik waniey ni penulis novel! Check her novel&cerpen blog!


Bytheway, tahniah cik waniey berjaya knit a kopiah! Seronok gila aku tengok gambar kopiah ni. Walaupun bukan aku yang buat, tapi seronok gila macam aku pulak yang buat. itu la kot orang cakap enjoy the fun of sharing!
kopiah cik waniey buat ^^

entri yang jadi rujukan: knitting again - kopiah untuk sahabat

27 April 2013

life is short

its only a few weeks to go and what can i say. Face all of 'em with smile.
Kengkadang rasa lama gila aku terseksa dalam hutan lipur Panti ni. Kengkadang rasa kejap pulak, daaahhh nak habis praktikal. Lagi sebulan je lagi. Well, sekarang musim pilihanraya bosan lah aku. Bukak fb semua post pasal pilihanraya. Blog lagi la. Macam-macam cerita keluar. So, entri kalini aku taknak bosankan korang dengan politik. Tapi nak tambahkan kebosanan korang dengan kemanusiaan. HAHAHA.

Aku pelik kenapa orang suka pandang senteng dengan pekerja dari Indon, Thai, Bangla, atau mana-mana negara la yang datang menapak kat bumi Malaysia kita yang terchenta ni. Aku admit sebelum ni aku pun tak suka dengan diorang. Paling teruk tiap-tiap jenayah macam kes ragut, rogol apa semua kita tuduh diorang buat walhal tak ada bukti sikit pun kita nak tuduh diorang. Infact, diorang manusia biasa yang travel jauh-jauh legally tinggal family semata-mata nak cari rezeki. Apa yang membezakan kita of course agama, warna kulit, bahasa & budaya. 

Penat buat kerja hilang dengan orang yang sentiasa ceria
Dan aku pelik sepanjang pemerhatian aku most of them dapat layanan yang tak setara dengan perkhidmatan yang diorang bagi. Pasal gaji aku tak nak sentuh sebab aku memang belum cukup mahir nak tetapkan gaji  seorang pekerja, not included academic certification. 

Tapi at least kita tak layan pekerja-pekerja kita macam hamba sahaya. Gaji dah la tak setimpal dengan kerja, cuti tak menentu, tempat tinggal commonly known as 'kongsi' tak macam rumah orang, kena marah lagi, kalau rugi itu ini diorang jugak dipersalahkan walhal kita tak turun padang tengok apa sebenarnya yang jadi. To put in the end, keuntungan yang kita kaut hasil kudrat empat kerat diorang kita label ''AKU BERJAYA DENGAN TITIK PELUH SENDIRI''. Langsung kita tak hargai pekerja-pekerja tadi. langsung tak ada! Seperti mana ayat aku di atas, diorang manusia biasa yang travel jauh-jauh legally tinggal family semata-mata nak cari rezeki. Penghargaan bukan dengan cara bagi bonus je. Kalau duit kita tak mampu nak bagi, ada banyak lagi cara yang tak perlu aku ajar macam mana nak hargai pekerja.

oh, kemon tokey-tokey besar kat luar sana. Kalau takdak pekerja-pekerja ni buat kerja, sesen pun korang takleh dapat!

Jangan tanya aku kenapa pekerja-pekerja dari negara seberang datang berduyun-duyun kerja dalam negara kita bila anak muda harapan negara sangat memilih kerja, tak sanggup mula dari bawah. Tak kira lagi mayat hidup bawah jambatan, ada yang malam-malam bangga remp sana sini then berlumba-lumba nak jadi artis kononnya kaya cepat. 

Pelik kenapa orang-orang Indon, Thai, Bangla atau mana-mana je lahyang datang negara ni tahan dengan life macam aku sebut kat atas? Jawapan diorang:

"Redho. sikit banyak tak perlu pandang sebab tu rezki dari Tuhan untuk anak bini kat sana"

19 April 2013

kemaruk 'Harvest Moon'

Tahap kritikal dah kemaruk aku ni. Facebook & blog pun dah ketepi. Tak cukup letih 'bertani' dalam real life aku tambah lagi dalam virtual life. Kalau dulu kemaruk dengan Farmville  tapi leceh sebab kena online. Game online memang leceh. Leceh. Leceh. Leceh. Sekarang dengan Harvest Moon, tak perlu risau lagi masalah leceh! *background music harvest moon*

petik dari google

Siapa kata main game tak bagus?

1. Bila main game, kita guna dua-dua tangan maka indirectly kedua-dua belah otak kita akan aktif. Tau kan kalau kita guna tangan kiri, otak kanan akan aktif dan sebaliknya. So kalau dah guna dua-dua tangan, otak makin cerdas!

2. Game macam harvest moon ni train kita untuk manage something. Even dalam dunia virtual, dunia kartun tapi kalau salah manage contohnya game ladang ni, you got nothing even will lose something!

Malas la pulak aku nak cerita panjang2 kelebihan main game sebab kemaruk aku dah datang balik ni. Tapi, kalau dah main game tu jangan sampai tak ingat solat. 
Nak main harvest moon! Bye!

15 April 2013

Vitiligo: Ubat yang pernah aku guna

Vitiligo ambil masa yang sangat lama untuk improve dan korang kena istiqomah dengan ubat yang korang pakai. Pilih ubat yang sesuai dengan korang atas nasihat pakar, dan istiqomah! Sebelum korang baca dengan lebih lanjut, aku nak ingatkan JANGAN contohi perangai aku yang kerap bertukar ubat. Kesannya sekarang aku tak pasti ubat mana yang bagi positif effect pada aku. Apa yang pasti, ubat hanyalah asbab untuk penyembuhan walhal penyembuhan yang sebenar adalah dari Allah s.w.t. So, jangan pernah putus asa berusaha & berdoa k!

1. Ubat dari HKL
Kali pertama aku refer kat HKL dapat ubat sapuan. 3kali rasanya dalam tempoh setahun aku ulang alik dengan HKL. Tak selesa sikit pakai ubat ni sebab melekit gila pastu bahagian kulit muka macam inflame. Lepas setahun 'burn' macamtu je sebab setiap kali nak pegi appointment jatuh hari kuliah. So aku decide malas nak teruskan lagipun tak ada perubahan apa-apa pun.


2. Anti-vitiligo oil
Ubat ni special sebab ada orang kasi. Zaman awal-awal aku mula story pasal vitiligo kat blog, ada yang prihatin dan willing bagi free anti-vitiligo oil kat aku. Katanya dia dah guna lama tapi tak ada kesan, So dia suruh aku try manatau berkesan sebab lain orang, lain respond terhadap ubat. Setahun jugak aku pakai ubat ni and the good news is ada repigmentation sikit kat area hidung. Orang yang baik hati bagi anti-vitiligo oil ni ialah cikgu Mohd Nazri Daud (SMK Pandan, Kuantan). Lepas pakai habis, aku dah tak sambung sebab kena beli online ubat ni. Setakat ni aku tak jumpa web tempatan yang jual. Kalau search kena beli dengan duit dolar. Disebabkan anti-vitiligo oil ni berasaskan minyak kelapa dara, aku try cari alternatif yang lebih kurang dengan ubat ni.


3. Herba An-Nabaat
Cari punya cari, tak jauh rupanya. Pengasas Herba An-Nabaat adalah lecturer fakulti perubatan UPM yakni Dr. Nurmawati. Lepas konsultasi, beliau sarankan aku amalkan 2 jenis pil herba, minyak kelapa dara (minum) dengan minyak herba (sapuan). Ubat ni pun tak lama jugak aku pakai sebab time tu dah hujung sem, poket pun dah kering. Aku ingat tangguh sekejap at last sampai kesudah tertangguh nak pergi beli. HAHAHA. Teruk punya perangai!

sumber: Herba An-Nabaat
4. Ubat dari Klinik Ko
Ubat ni pun special sebab orang kasi lepas baca cerita aku dari blog ni. Beliau gelarkan diri as Aunty Rosni. Katanya sapu nipis-nipis then expose ke cahaya matahari. 3hari aku pakai, kulit inflame. Aku stop kejap2 pakainya. Sampai sekarang ada lagi ubat ni dengan aku tapi pakai jarang-jarang sebab terlupa, busy praktikal kan sekarang. Adeh. Memang teruk perangai aku ni. Tak pernah nak istiqomah dengan ubat.


Macam aku cakap tadi, aku tak sure ubat mana bagi positive effect sebab kerap sangat bertukar ubat. Lately bahagian muka banyak improvement, tapi bahagian lain macam tangan & kaki tak ada perubahan. Kalau tengok betul-betul dalam gambar, area mata & bawah hidung memang improve banyak dalam sebulan ni. Aku tak kata ubat yang aku pakai sekarang bagus, mungkin jugak faktor pemakanan aku terjaga dalam sebulan ni sebab aku praktikal dalam hutan banat. Hari-hari terpaksa makan sayur&ikan. Mana nak dapat junkfood bagai unless time aku outing. Itu pun 2minggu sekali.


p/s: Harap tak ada orang yang ambil kesempatan atas gambar-gambar yang aku post tak kira dalam entri ni atau mana-mana gambar dalam blog. Tujuan aku 1 jer: Kongsi ilmu & pengalaman yang beneficial untuk orang yang memerlukan. Tak ada niat nak promote diri sendiri, riak, angkuh apatah lagi nak aibkan orang lain. Sekian

14 April 2013

MY CAREER PHOTO CONTEST


Dah lama tak join contest tetiba tertarik pulak dengan 'MY CAREER PHOTO CONTEST' ni. Actually belum boleh dikategorikan career sebab tengah praktikal sekarang. Tapi apa yang boleh aku gambarkan aku  punya kerja deal dengan haiwan ternakan. Kalau sekarang aku tengah praktikal di ladang tenusu, Kota Tinggi, Johor. So, gambar yang dipertaruhkan tanpa edit-mengedit:


TARIKH TUTUP: 17 APR 2013

Tips ngabihkan BR1M

Ada yang kata BR1M ni rasuah kerajaan nak raih undi rakyat. Ada pulak yang kata dapat duit sendiri hasil bayor cukai. Tak kurang jugak yang bersangka baik BR1M ni rezeki dalam musim barang naik.
Syukur... Syukur... Tapi konsep syukur tak kena pada tempat kalau RM250 korang guna untuk borong novel fantasi cinta jer. Dah kalau start baca novel cintan masuk waktu solat pun dah tak perasan, mak panggil masak pun tak berapa nak dengar, kan?

Mana ada adik nak UPSR, PMR, SPM tu boleh la borong buku latih tubi bebanyak kasi diorang rajin sikit. Tak pun belikan buku rujukan yang terbaik. Time ni la korang nak raih title abang/kakak mithali!

Kalau takdak adik yang nak exam apa kata kalau korang beli buku yang beneficial untuk korang 1 family sampai ke anak cucu? Kalau nak pakai duit sendiri beli buku ilmiah memang berat je tangan nak keluarkan duit. Al-lumrah hidup memang begitu. Aku cadangkan buku cenggini ha. Kisah para anbiya dari Nabi Adam a.s sampai Rasul junjungan kita s.a.w yang dikupas satu-satu dari Al-Quran. Harga RM75.


Paling bagus sekali kalau korang dah tak tau nak guna RM250 tu macamana, buatlah investment yang menguntungkan even lepas kita meninggal nanti. Borong Al-Quran/Yassin banyak-banyak, wakafkan kat masjid ke, surau ke, tak pun sekolah-sekolah yang memerlukan. 
Ada jugak pekdahnya selain beli novel ye dak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...