26 February 2013

review rumah lagik~


Seminggu dah aku kat tengah hutan belantara Panti Johor ni. Rumah pun dah sempurna. Suma benda dah diinstall, diupgrade dan ditambahserikan. Haritu aku dah tunjuk rumah kitorang tak ada pintu kan? Balik je kerja ternganga mulut! Bukan sebarang pintu towkey nih pasang.

pintu kaca walawey! Nih dah macam pintu admin kat fakulti pertanian UPM je. HAHA

Ruang tamu pun dah berseri. Ada set sofa. Honestly sofa ni indah rupa je. Sekali henyak bengkak bontot 2 hari. Keras! Tak sedap! Towkey punya duit. Sukahati dia la nak beli sofa cemana. Banyak bunyik plak. Tv tang tu buat perhiasan je. Seriously! Boleh on, tapi ... Yang ni pun aku konpius. Dah tau tak dapat siaran kat tengah hutan ni buatapa dia bawak sejibik tv datang rumah ni. Tu tu set CD Player pun sama. Takde function sebab wire sambung ke tv takde, CD pun kitorang takde, nak cari siaran radio lagi la takde. 
Hiasan paham. Hiasan.


Ahaa. Part dapur memang aku puas hati. Peti ais, Coffee mixer, dapur gas, rice cooker, microwave, toaster semua lengkap. Kabinet atas bawah pun baru je install. Semangat den masak kat rumah ni walaupun aku ni pemalaih orangnye. Tapi. Tapi. Hari-hari kena make sure dapur berkilat. Berkilat hokey, bukan bersih. Haritu dah kena sound dah dapur messy katanya. Aku tak paham kat mana messy kat mata dia. So sebelum pegi kerja kena kilatkan dapur dulu. Rumah orang, kena la jaga hoi. Kita hidup menompang.


Last, toilet pun nak tunjuk jugak. HAHA. Toilet lawa, memang la nak tunjuk. Taraf hotel toilet ni katanya. Yang aku tak berapa berkenan pintunya ha. Pintu pelastik berlipat-lipat tuh. Renyah tau dak. Renyah. Lagi satu water flow tak se-smooth macam kat rumah. Air kitorang pam dari belakang rumah je. Letrik pun pakai generator. Pukul 12malam kena off. Jimatkan minyak kata towkey. Bergelap la kitorang kat rumah ni sampai subuh.


Ni ler takungan air kat belakang rumah. Air bukit nih. Malam-malam lepas dinner duduk kat luar tepi kolam ngadap langit usha bintang. Syahdu je teringat kat mak. Sobs. Sobs. Sobs.


Sekian saja review rumah dari saya Ayu untuk Blog i.y.o.u. Kota Tinggi, Johor. 

25 February 2013

Bloat

'Bloat' atau bahasa pasarnya kembung perut commonly jadi pada lembu atau kambing atau khasnya haiwan yang diklasifikasikan as ruminant.

Perut ruminant menghasilkan gas hasil daripada pencernaan makanan dan normally gas ni keluar sendiri bila diorang belahak. Maksud aku sendawa. Jangan tanya aku macamana lembu sendawa. HAHA. Tapi disebabkan masalah-masalah tertentu, gas ni tak boleh dikeluarkan dan mengakibatkan kembung perut atau 'bloat'. Faham kan?

Lembu yang tengah kembung perut. Nampak tak sebelah kiri perut dia kembung? Kembung sebelah yakni pada kedudukan 'rumen'. Kembung dia memang pelik. Memang senang nak detect.

So macamana nak setelkan masalah ni? kita kena keluarkan angin tu kalau tak lembu/kambing kita boleh mati. Theoretically, 1 cara hebat yang buat anda feel seorang doktor adalah dengan menggunakan sejenis jarum special macam dalam gambar kat bawah ni.

sumber: Google

Tapi aku dapat belajar 1 cara sempoi kat ladang ni. Tak menyakitkan lembu dan tak memerlukan kos yang tinggi untuk beli jarum special tu. Just guna batang paip then jolok ikut mulut through trachea direct ke rumen. Then tekan perut lembu sampai keluar angin. Tapi jangan main jolok je. Silap jolok masuk esophagus innalillah lembu korang.

Nampak tak? Maap kalau tak clear. Aku tengah berlari masa snap gambor ni. HEHE

23 February 2013

Keajaiban berlaku!

Aku dah cakap kat SINI jangan tanya macam mana aku nak berfacebook & berblogging kalau dah dalam hutan banat ni tak ada coverage. Rupanya kat banggelo ni coverage memang power sebab duduk kat puncak bukit. Tempat lain yang kedudukannya dibawah paras air laut banggelo, coverage boleh diibaratkan hidup segan mati tak mau.

Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rezeki dariNya memang datang tak disangka-sangka even diri ini hamba penuh dosa noda. sobs.sobs.sobs. Walaupun aku stay nun jauh ke selatan tanah air, tapi aku dapat offer PJJ (Pekerjaan Jarak Jauh). PJJ ni memerlukan khidmat 'tanpa wayar' so dapat la aku sejibik broadband.


Apa koje aku kena buat dengan PJJ? Ni bukan MLM. Aku dah serender dah dengan MLM. Once again alhamdulillah sebab dapat offer PJJ yang kojenye memang aku minat dengan menggunakan skill yang perlu diasah lagi. Nak tau korang kena support la hasil kerja aku kat sini:

22 February 2013

Hari-hari menyusukan anak lembu

Hari kedua aku kat dalam banggelo yang sangaaat selesa kat hutan Panti, Johor. Senang je bangun. Awal gile kot. Biasanya macam tu la aku kalau kat tempat baru. Waktu subuh pun tak sempat masuk aku dah tercelik. Aku bet tak payah tunggu lelama. Lepas 3 hari kompem tebiat susah bangun tidoq melekat balik.

Penentuan kerja.
Lepas meeting dengan mr.loi, kitorang dipecahkan ikut unit masing-masing. So nanti tiap-tiap bulan kitorang rotate unit la. Kerja aku kena settlekan unit paling diminati ramai yakni menjaga kebajikan baby yang baru lahir sampai lah dia cerai susu dan membesar jadi lembu dara (heifer). So dari bab makan, minum, kesihatan suma lah kena jaga. Paling berat sebenarnya mr.loi tugaskan kitorang untuk study diorang punya mix ration & mix milk samada kena alter atau memang the best sebab diorang pakai guna resepi tersendiri. Kenapa paling berat? Yo lah, sumo bondo den keno recall. Cuti lama-lama otak berkarat.


Overall hari kedua, aku and the gang stil bersenang lenang. Naik hilux pusing ladang, tengok overall progress pastu ada la ice breaking dengan vet dari Thai. Comel je orangnya. Tapi sampai sekarang aku tak mampu nak snap pic dia. Firstime dengar vet Thai ni cakap memang aku tak paham apekebenda pun. Lidah Thai keraih piang orang utagha cakap. Workers kat sini 99.9% Indon. Ada sorang je Melayu, Hairul. Sekali pandang macam sombong je.

Haih, anak muda Malaysia. 
Korang tau tak seronok sebenarnya kerja dalam bidang pertanian ni tambah-tambah bahagian ternakan sebab korang handle haiwan. Jangan ingat pertanian kerja untuk orang tua, sebenarnya pertanian kerja untuk orang muda yang ada kudrat tulang 4 kerat yang kuat. 

Jangan marah bila warga asing menyemak kat negara kita sendiri sebab diorang memang rajin bekerja. Tak banyak songeh bila bagi kerja. Sanggup kerja sampai malam, macam doktor plak oncall semata jadi bidan untuk lembu.  Anak muda Malaysia? Gah dengan gejala negatif tak sudah-sudah. Tak pun, berangan nak koje dalam ekon je.

21 February 2013

Kota Tinggi - Here we come~

Disebabkan aku ada banyak benda nak share, so aku rasa macam nak buat flashback. Maknanya tarikh post ni 21 Feb walhal sekarang dah 7 Mac. HEHE. Maybe badan ni manja sangat. Dah lama tak buat kerja berat2 tetiba praktikal kat ladang tenusu yang famous dengan 24/7 koje, baru pukul 9.30pm dah laloq nak tidoq.

By the way, mengikut tarikh post ni, harini hari pertama dengan rasminya mulakan hari praktikal aku untuk 4 bulan. Sepatutnya kena lapor diri 18 Feb tapi tuan ladang mintak hold 3 hari sebab rumah yang untuk kitorang stay belum siap. Apakah postpone 3 hari? kenapa tak seminggu je? Kalau tak merasa la aku jadi pengapit untuk kezen. Sampai je pintu pagar ladang, aku dah tak sabar nak landing-landing. Penat wey dari utara ke selatan! Tapi sampai je depan rumahnye.....


Cenggini ha! Tapi aku teruja sebenarnya. Aku ingat rumah biasa sebab dalam hutan banat kan. tapi nah sejibik banggelo tuan ladang kasi. Thanx mr.loi! ohye, mr.loi ni tuan punya ladang tenusu. amoi dalam gambar atas ni bukan anak jauh lagi bini mr.loi. Itu praktikal-mate aku.


Rumah ni kira 90% dah siap. Tinggal pasang pintu besar then touch up kasi berkilat je. Kira ok la. Eh, ni dah extravaganza ok dah sebenarnya. Tak payah bayar sewa pun. 


Hari pertama praktikal: hari bergotong royong! Besar tak besar ada 6 bilik rumah ni. Dalam gambar ni kira suku daripada rumah la kira. Tu bilik kitorang. Yang kiri bilik aku dengan amoi tadi, yang kanan bilik cowok ganteng dengan supervisor. Bukan kitorang je, ada 3 vet dari Thai yang akan menyemak dalam rumah ni. Yup! kitorang kongsi rumah, kongsi toilet, kongsi dapur. Bilik je tak kongsi. HEHE. 


Petangnya, segala perabot baru masuk. Almari, Katil, Tilam. Semua lengkap beb. Aku nampak tilam tu terus ngantuk. mr.loi cakap kalau malam ni bermalam kat rumah tak ada pintu besar ok ke? katanya kalau tak nak boleh ikut overnight kat rumah dia dulu. Aku dah tak berapa selesa dah kat situ. Bukan sebab dia non-muslim tapi sebab baru first time jumpa. So kitorang decide stay je kat rumah yang takberpintu ni. Janji bilik tidor tip top.


Ting! tip top tak? HAHA. Cadar tuh mr.loi yang belikan. Dari angle ni tak nampak almari baju. Tapi memang puas hati. Lena gila tidor tiap malam. Takde nyamuk pun. Sebenarnya ada banyak part rumah aku nak review. Tapi nanti melarat plak entri nih. Takpe, banyak masa lagi insyaAllah. Sekarang mata dah berat even baru pukul 10pm. Babai.

17 February 2013

Jom melantak kat BistroMAEPS

Dulunya famous dengan nama 'Steamboat MAEPS'.. Tapi sekarang dah berwajah baru tempatnya dan dinamakan 'Bistro MAEPS'.. Wajah je baru? Taklah, mesti la semua benda baru.. Kalau korang pernah singgah steamboat MAEPS ni dulu, cuba korang curi masa untuk pegi lagi sekali.. Confirm lain 120%! Yang tak pernah pergi, lagi laa.. Cepat grab masa lapang korang untuk singgah Bistro MAEPS ni..

Kalau dulu bukak dari dari petang ke malam je, sekarang dari pagi beb! Bukan takat pakej istimewa steamboat, pakej breakfast & lunch pun ada sekarang.. 



Amacam? Korang boleh datang terus/walk-in ke Bistro MAEPS ni, jangan risau.. korang nak booking tempat, call je no.phone dalam banner kat atas ni sebab customer memang tak dapat jangka tambah-tambah weekend.. Kalau nak book untuk event pun boleh.. Dah ramai dah orang book untuk event macam wedding & majlis reunion..

Facebook Bistro:

Blog Bistro:

p.s: aku pernah melantak kat sini ke tak? Bukan takat melantak, cuci pinggan mangkuk kat sini pun aku pernah.. 

13 February 2013

Jus & Jeruk Kedondong

Kedondong ni kira nama skema... Kalau orang utara panggil buah kedondong ni buah ambra...

Setakat ni tak pernah berhenti pokok kedondong belakang rumah berbuah.. Alhamdulillah, rezeki Allah kasi... Kalau kata nak makan memang tak mampu nak ngabihkan semua buah, tapi takpe... Buahnya tak terbazir macam tu je, ada jer burung-burung yang selalu singgah pagi-petang... Petang-petang sambil melayan ayam & itik selalunya petik makan gitu je... Agaknya sebab tu kot pokoknya tak berhenti berbuah, ada je yang 'menabur baja'... hehehe.. Eh, jangan terkejut ye tahik ayam merupakan baja terbaik! Cuaca dah mula panas sekarang... Kalau pekena jus kedondong memang ummph laa... Kacang je, pejam mata pun boleh buat...


Lepas kupas kulit buahnya, bersihkan pastu blend... Sebelum blend potong dulu bagi kecik, mak cakap boleh rosak blender sejibik-sejibik lagu tuh jer... Lepas blend, Tapis la jusnya ke dalam jug/bekas air... Kalau tak nak tapis pun takpe, tak pati pun...  Cumanya korang minum skali dengan seradak-seradaknya la...


Tadaaa! Mengancam tak? Kalau suka macam aku, boleh tambah asam putih 20sen dalam jus ni... Pergh! Nikmat minum tengah matahari terpacak beb... Buah selebihnya, boleh buat jeruk... Jeruk ni renyah la sikit nak buat sebab kena peram... Eh, tau ke renyah tu aper? Renyah tu alaaaa korang nih, maksudnya complicated la sikit... Renyah pun tak tau... Haih!

Cara nak buat jeruk kedondong:
1. Kupas then basuh buah kedondong 
2. Rendam buah kedondong dalam air garam untuk 1 malam.
3. Bilas buah kedondong dan tuskan.
4. Masak gula pasir, gula kabung dan garam halus dalam air yang secukupnya
5. Kalau nak, masukkan cili padi. Jeruknya akan rasa pedas2 la sket
6. Bila air gula dah sejuk, campurkan dengan buah kedondong.
7. Simpan dalam peti sejuk paling kejap 2 hari boleh la try makan!

12 February 2013

5 days to go - Kota Tinggi, Johor

Homaigad, Seriously aku tak ready lagi nak pegi praktikal kat selatan tanah air ni... Bukan tak puas duduk kat rumah tapi gabra sebab tak tau apa akan jadi, apa keja kena buat dan yang paling penting boleh ke aku hadap ladang tenusu kat Kota Tinggi tu untuk 4 bulan???


Dari pekan Kota Tinggi, dalam setengah jam lebih kurang untuk sampai kat simpang ladang nih... Baru sampai simpang yer tuan-tuan, puan-puan... Dari main road tadi, aku kena tempuh jalan merah macam ni sejauh 20km! Serious scary nak mati lalu hutan banat ni... Walaupun aku orang kampung, ex-askar tapi rasa takut lalu tempat macam ni still wujud jugak... HUIHUI... Scary tak scary hutan ni masa aku pegi survey haritu boleh pulak terserempak dengan pasangan babi hutan! Sayangnya aku tak sempat nak snap pic sebab kaget... Semua ternganga tak tau nak buat apa... Bayangkanla kalau siang-siang buta dah jumpa babi hutan, malam entah binatang apa pulak keluar... Tapi Alhamdulillah 2 ekor makhluk tu berlalu begitu sajer...


Lepas lintas anak sungai (aku rasa ada air terjun area ladang ni), jumpa kawasan berpasir macam dalam gambar atas nih... Aku dah pelik dah, ada ke orang buat ladang dalam tempat macam ni?


Tak sampai 10min lalu area tanah gersang berpasir, aku teruja gila... Nun jauh disana dah nampak bukit indah nan kehijauan... Terkejut beb! Dari kedudukan gambar atas nih, macam ada 1 sempadan antara tanah gersang dengan area ladang yang cantik ni... Aku buat line dalam gambar kot korang tak faham apa yang aku cuba sampaikan... Aku ni memang jenis cakap macam keling sikit...


Ting! Aku suka gambar ni... Cantik sangat! Nampak tak rumah cinonet tuh? haaa, kat situ la rumah yang diorang bagi untuk aku and the geng duduk untuk 4 bulan... Sadisnya, network coverage main aci nyorok... Kena gantung handphone agaknya... Macam mana aku nak berfacebook n blogging jangan tanya laaa... Melainkan keajaiban berlaku... HAHA...

Semoga aku tabah...

11 February 2013

Fizz Delight Cafe yang Ohsem!

 Comel kan? Tak sampai hati nak makan... sobs3...
 
Akhirnya dapat jugak aku lepaskan kebulur makan kek senior sekolah aku ni... Sebelum ni terliur je aku usha gambar-gambar kek dia yang slalu muncul kat newsfeed tuh...


Kabinet haritu bersidang sebulat suara menetapkan 'peace' adalah gaya orang dewasa untuk pose kalau tak ada lesung pipit comel macam Kak Fairuz... Ini la dia tuan punya Fizz Delight Cafe...

Bukan kek je yang Fizz Delight Cafe jamu kat tetamu... Setiap hari ada menu special yang disediakan untuk customer... Time aku menyinggah ni menunya Mee Rebus, Mee Kari ngan Laksa... Disebabkan body aku 'manja' sekarang, tak boleh makan itu makan ini, Mee Kari la paling selamat... Walaupun abah paksa makan nasi sebelum pegi, tapi aku mampu melicinkan semangkuk Mee Kari...

Actually bukan soal kemampuan, tapi Mee Kari tu yang teramat sedap... Perut kata taknak, mulut kata nak - kata hikmah untuk harini... Hebat tak hebat Fizz Delight Cafe yang still freshie ni dah dapat customer yang qhoool! (sebut cool)...

Abang Shahir & Kak Maria!
tak payah nak abang-abang sangat la ayu oi...

Lokasi Fizz Delight Cafe: Sebelah kedai tayar Silverstone... Nearby Tesco Kampar, Perak
Landmark: Hotel Siswa, Tupperware & al-ikhsan

Kalau rasa nak tempah kek/kuih-muih untuk apa-apa event, jenguk ler facebook page Fizz Delight Cafe!!! (Aku dah banyak kali bagi link dah... Kalau tanya soalan mcmana nak contact, sila lempang diri anda sendiri)

02 February 2013

Wave + Unser = Wa Punya Suker

taip-delete-taip-delete-taip-delete... Apa aku buat nih???

cak! maafkan sayer *nada detective conan*... sayer memang tak dapat janji untuk hupdate blog hari-hari... Tambah-tambah emosi tengah kacau bilau... Taknak la orang datang blog ni asyik baca entri emo jer...


HAHAHA... Gila tak gila aku terpaksa buat muka toya bawak balik motor dengan cara ni... Tak larat aku nak bilang berapa ramai yang hon aku sepanjang highway... Say ''babai UPM'', motor... Hampir 4 tahun berjasa, bagai pipit pulang ke sarang begitu jugak dengan Wave biru aku ni pulang ke kampung halaman...

Sebenarnya bukan semata-mata nak datang UPM pick motor ni je... Ada misi yang perlu diselesaikan... *background music James Bond*

Pernah tak rasa gelisah bila ada benda yang tak kena? Tapi apa yang tak kena tu korang tak sure pun sebenarnya... Kesannya, korang tak tau apa yang patut korang buat... (aku tak tau apa aku merepek ni)

Macam tu la hati aku ni bergejolak semacam bila markah Final Year Project keluar... yela, makhluk FYP ni dah banyak menyusahkan aku setahun lepas... Aku rasa tak berbaloi apa yang aku dah usaha dengan markah yang aku dapat... Tambah pulak bila aku survey member-member punya result semua cantik-cantik...

Bukan soal tak bersyukur dengan result tu, tapi aku rasa semacam... Tak pernah aku rasa macam ni bila result keluar... Walaupun CGPA naik, tapi aku tetap tak puas dengan markah FYP... Lepas big bro bagi tazkirah pasal konsep syukur, terus aku decide shoot ke UPM sengsorang...

Aku pegi bukan nak mintak markah free, tapi aku cuma nak tau apa sebenarnya yang kurang sampai aku dapat gred yang tak memuaskan... Lepas Ketua Jabatan memerangkap penyelaras FYP check, baru lah dia perasan yang markah thesis report aku memang 'pelik' dari student lain untuk part second reader... Tersentap aku bila Prof cakap dengan markah macam ni sepatutnya aku kena repeat buat projek... What the??!! Seryes I tak sanggup uolls!

Semua orang dah sedia maklum siapa lecturer untuk second reader aku dan masing-masing pun dah tau perangai dia macam mana... Tapi yang peliknya aku je yang kena... AKU JER!

Prof pun rasa ada yang tak kena... Hasil professionalism Prof Loh, thesis report aku dapat peluang untuk dinilai oleh third reader yakni lecturer lain...daaannn, Alhamdulillah! Gred A dalam genggaman! Berbaloi aku datang jauh-jauh-sorang-sorang time orang lain tengah syok bercuti...

Aku tak faham, Prof pun tak dapat cari jawapan kenapa second reader thesis evaluate thesis aku macam tu... Padahal aku tak pernah ada masalah pun dengan dia... Mungkin dia punya tahap evaluate lebih tinggi dari lecturer lain tapi, apesal aku je yang kena???

Aku bukan nak doa yang buruk-buruk tapi Allah tu Maha Adil... Bila kita bekerja, tolong la be professional... Jangan sebab nafsu marah, dendam kesumat pada orang lain, yang tak ada kena mengena terkesan sekali... Haih, jenuh dah aku bersangka baik...

Ibnu Umar r.a., berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barangsiapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti. Dan barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada Hari Kiamat." (HR Muslim)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...