29 October 2013

Lalat drakula

Pernah tengok lalat drakula?

Aku pun firstime jumpa lalat hisap darah. Seriously hisap darah. Bukan darah lembu je, darah orang pun dia hisap jugak. Seriously sakit kena gigit dengan lalat ni. Lagi sakit dari kena gigit nyamuk. Tengok la perut lalat ni. Kembung dengan darah.


Tengok geram je dok melekat kat lembu. Bila lalat dah kenyang, diorang macam terbang lambat sikit. Agaknya tengah bawak perut yang memboyot kan. Time ni la sedap makan penampar aku. Takat dua tiga kali mampu la aku tampar. Dah tu larat ke nak menampar lalat untuk 170 ekor lembu?!




27 October 2013

overview tempat den koje

Bukan senang ghupenyer nak buat review. Buktinya post ni terperam berapa kurun entah. Hadoi laaa. Nak susun ayat supaya korang senang faham macam baca ABC. Takut nanti dok cerita pungpangpungpang satu habuk pun tak faham kan. Nak bawak datang melawat sesaja certain orang je boleh jelajah masuk with official letter. Family aku datang haritu pon boleh nengok dari atas office tu je. Sobs. 

As mentioned before, aku keja kat Linggi, N9. Ofcourse ladang ni kat Linggi ye dok. Tepi jalan utama, atas bukit. July13 lembu masuk. Aku start keja Ogos13. Baru sesangat ladang ni bukak. Dari tepi jalan kalau observe betul-betul boleh la nampak bayang 2 bangunan putih ni.Sebelah kiri rumah staff, Sebelah kanan office. Office tingkat atas. Yang kat bawah tu galeri. In future. Maybe 5 tahun lagi ladang ni dibukak untuk public. Sekarang ni galeri tu jadi padang balapan anak-anak staf. HAHA. 


Here we come! Kata bos ni la kandang lembu terrrrrpanjang kat Malaysia. Total lembu sekarang baru 170. InsyaAllah Jan14 ada batch baru masuk. Yes, lembu kat sini makan-tido je dalam kandang. Tak keluar meragut sebab ladang ni pon takde padang ragut. Makanan diorang 100% kitorang bancuh. And you know what, sekarang ni cuma ada 6 orang pekerja je including me! Yes, 6 orang je. Dan yang paling hebat aku sorang je kaum hawa di sini. Sobs lagi sekali.


Satu lagi part penting, milking parlour/tempat perah susu. Kat sini la aku bertapak dari pukul 4.30am. Kalau nak tau kenapa ayam belum berkokok pun dah kena perah, lain entri, k. Aku explain seringkas yang boleh without bio-terms. Perah susu semua pakai mesin. Boleh kata semi-auto. Kat sini semua 3in1 punya keja. Sambil perah kena check mana yang sakit, buat rawatan, inject hormon/vitamin sebab kat sini je la boleh detect lembu one by one. Kalau dah diorang lepas dalam kandang, meroyan kau nak cari.


2 gedabak kat bawah ni tangki susu. So far, hasil susu ladang ni tokey ladang aku praktikal dulu yang beli. Boleh cari product 'Farm Fresh' kat tesco/giant/aeon. Seminggu 2x susu akan dihantar ke kilang. 


Satu sudut dalam gudang makanan. Kat sini la sorang pembuat makanan berhempas pulas masak untuk lembu. Yup, sorang je yang bancuh makanan. Kalau nak compare ladang aku praktikal dulu pakai sampai 20 orang kot. Semuanya sebab teknologi.


Yang hijau gedabak ni mixer makanan. Campak semua bahan, tunggu dia gaul-gaul then tekan 1 butang kau jalan je sepanjang kandang, makanan akan terhidang. Nadi ladang mixer ni. Kalau buat spoil, spoil la satu ladang.



Kandang anak lembu yang tak berapa proper sebab menyusahkan aku nak bagi susu kat anak lembu. Time aku praktikal dulu anak lembu dalam individual cage, siap ada stand untuk botol susu. Tapi kat sini aku kena suap then tunggu sekor2 habis minum susu. Boleh bayang tak macamana aku kena serbu dengan 20 ekor anak lembu. Sobs.


Kat bawah nun, makmal. Tapi atas sebab tertentu, makmal ni jadi rumah bebudak bujang laki. Sebelahnya, kandang yang macam siap tak siap ni katanya untuk pejantan. Still dalam binaan.


Itu je la kot secara overall nya ladang tempat aku keje. Tak tau la berapa lama aku bertahan kat ladang ni. (nada tak ikhlas keje) HOHOHO.

24 October 2013

Im a cowgirl!

2 bulan aku menyepi hoihhhh. Kesian. Kesian.

Ni dia la orang kata your life change completely when you start working. Aku ni dikejutkan dengan budaya la ni. Haru semua aktiviti online aku sebelum ni. Facebook ja la mampu aku bukak seminit dua. Alhamdulillah, 2 bulan masuk alam pekerjaan, dah mula nak stabil life aku. Ni dah boleh update blog kira ok la kannnn. 

Ingat lagi aku interview kat Linggi, N9 haritu?
Dengan izin Yang Maha Pemurah, dah hampir 3 bulan dah pun aku bertahan kerja kat ladang tenusu ni. Yup! Im a cowboygirl! 

Kali kedua aku terjelupuk dalam bidang yang aku kata benci. Dulu kata masa nak praktikal takmau praktikal kat ladang tenusu at last tercampak kat Kota Tinggi, Johor. Pastu kata serik dah, dah decide nak jadi cikgu la konon tengok sekarang? Terpacak kat ladang tenusu jugakkkk. Kita mampu merancang, wallahu khairul makiriiiin.