04 August 2013

#Ramadhan 26: Bubur lambuk Sungai Dendang

Tudiaaaa, punya la lama tinggal blog. Maafkan sayer.
Plan konon nak buat full log untuk bulan puasa ni tapi tu la dia "wamakaru wamakarallah. wallahu khairul makirin" Dan Allah jualah sebaik-baik perancang. 

Kami satu family sibuk mengemas rumah. Bumbung rumah alhamdulillah fully siap. Lepas raya ni pulak sambung renovate bahagian dalam rumah. Sebab tu la tak terhupdate blog. Buat keje dalam bulan puasa penat lain sikit. Nak menaip pun jadi malas. Malam pulak lepas terawih terus off. Sekali lagi maafkan sayer.

So, harini cerita bubur lambuk.
Seingat aku memang tak pernah lagi ada gotong royong buat bubur lambuk kat kampung ni. Tapi abah cakap ada dulu pernah buat, tak ingat. Tapi memang dah lama tak buat. Tahun ni, semua sepakat nak buat bubur lambuk tiap-tiap hari Ahad sempena Ramadhan. 

Alhamdulillah, minggu ni minggu terakhir buat bubur lambuk. Awal-awal haritu ramai jugak yang turun. Bila dah last-last ni biasala ramai yang ada komitmen lain. Nak beli baju raya anak la apa la kan. Tak kisah, janji aktiviti tetap jalannn.

Kacau bang, jangan tak kacau!

 Sementara tunggu bubur siap, bersihkan apa yang patut. Moga Allah redha.

Tu rumah bumbung merah tu rumah sapa tak tau. HAHAHA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...