23 July 2013

#Ramadhan14: Kes makan dalam toilet. Len kali toksah dok gelabah tekan butang 'share' kat Facebook kalau tak tau cerita sebenar. Baik Ko share tazkirah ke hape lagi bagus

Dah. Panjang gila dah tajuk entri. WAHAHA. Aku pun sebelum ni terpacul jugak Whatderfish. Budak sampai kena makan dalam toilet nak hormat Ramadhan punya pasal. Tapi tu la, papepun chill ya! Dah ada penjelasan pasal kes tu.

Cerita dibawah dibawa oleh ‪#‎rusydeeartz‬
Sebelum kita nak jadi racist, islamist, kantinist, sekolahist, bilikpersalinanist, toileterist. Marilah kita beristighfar dulu.

"Astaghfirullahaladazim..."

*call pengetua*

kring kring kring..

Pengetua: "Hello ni sape?

Pentanya: "Hello ni pengetua ke?"

Pengetua: "Ya saya pengetua tapi muda lagi walaupun ada word tua situ. Ni tepon ni hajat ape ni?"

Pentanya: "Ni begini...betul ke budak2 sekolah pengetua yang tak pose dan tak boleh pose sama ada muslim atau tidak muslim makan di dalam bilik persalinan merangkap bilik air merangkap tandas merangkap jamban dalam bahasa kasarnya?"

Pengetua: "Ehh?"

Pentanya: "Apa ni pengetua ni. Racist betul la. Mana boleh buat macam tu. Management macam mana ni! Kalau iya pun kantin tengah renovate, takkan tak boleh suruh budak makan kat dalam kelas?"

Pengetua: "Ehhhh?"

Pentanya: "Budak2 bukan Islam disuruh makan dalam bilik persalinan yang bentuk dia ala-ala ada perhiasan jamban bagai. Ni penghinaan bagi kaum bukan Islam! Orang Islam dapat pahala berpuasa, orang bukan Islam ditindas begitu sahaja?! Pengetua apa macam ni!"

Pengetua: "Tapi tapi tapi!!"

Pentanya: "Tak payahlah nak deny lagi. Benda dah terang lagi bersuluh. Cuba kalau pengetua yang duduk makan situ mengadap lubang jamban. Berselera tak makan Char Kuey Tiau dan Aiskrim Cokelat?"

Pengetua: "Char Kuey Tiauu sedapnya...tapi!!"

Pentanya: "Ni kalau tuan pengetua tak ambil tindakan segera, kami nak lapor kepada media massa, suratkhabar, serta belog-belog gosip serta sebarkan di FB biar semua racist terhadap pengetua! Takut tak? Takut?!!"

Pengetua: "Tak takut. Sebab sekolah saya mana ada bilik persalinan bagai ni. Saya pengetua sekolah memandu."

Pentanya: "Eh, ye ke? Silap nombor la ni. Cilakak yang bagi nombor ni. Troll aku ya!"

Pengetua: "Cubalah apa-apa berita tu sila kaji selidik dulu betul-betul sebelum mengulas. Jangan sebab berita tu datang dari seorang orang perseorangan, terus percaya bulat-bulat dan buat spekulasi bukan-bukan. Cuba hang pergi sendiri ke sekolah tu dan cium bau bilik yang dikatakan tempat budak makan tu. Ada bau jamban ke tak. Kalau tak ada, bau harum. Selesa, ada perabot, ada suasana yang bagus kat dalam sampai boleh berguling-guling ke tak? Cuba pergi sendiri. Stoplah bergosip main isu agama."

Pentanya: "Ahh pengetua sekolah memandu ni nak nasihat kite plak dah."

Pengetua: "Islam suruh siasat. Bukan suruh memulakan dengan mengumpat dan marah-marah."

Pentanya: "Emm.."

Pengetua: "Baik. Cau dulu nak pergi beli Lai Ci Kang dan Char Kuey Tiauuuuuu.."

Pentanya: "Saya nak gak!"

Pengetua: "Kau diam boleh tak..diam..diam..boleh tak diam?"

No comments: