22 July 2013

#Ramadhan13: Kadang-kadang kena berkeras jugak dengan budak ni


Aku tak tau la adik bongsu aku ni ikhlas ke idak basuh pinggan tu lepas satu malam aku bebel tak sudah. Bukan bebel biasa, kalau aku ingat balik memang kejam habis ayat aku malam tadi. MUAHAHA. Kesian Aiman. tapi Aiman tak kesah kan? WAHAHA.

Tapi tu lah dia. Kadang-kadang kena berkeras dengan budah yang tengah membesar ni. Kalau dulu manja-manja, ni dah nak naik ke tingkatan 1 kena ajar sikit. Jangan manjakan sangat. 

Alhamdulillah harini sehari suntuk ringan je tangan dia tolong aku. Tak payah suruh macam sebelum ni. Aku puji la sikit bagi semangat kat dia. Bagi penghargaan. Bukan tak boleh tolong. Boleh je. Siap melawak lagi time buat kerja. Kan seronok tu. Cuba time mak ada jadi ringan tangan macam ni, takde la mak dok membebel tiap hari. 

Pesanan ikhlas dari kakak mithali buat adik-adik di luar sana. 
HEHEHE.

1 comment:

  1. ringgan sikit kan kalu ada yg membantu.. bila dipuji msti lps nih lg rajin adik iyou tlg... :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...