15 July 2013

#Ramadhan 6: Sayuuuu, hati ini makin sayuuuu~

sobs. sobs. sobs.

Tak seronok sebenarnya nak sedih-sedih dalam bulan barakah ni tapi nak buat macam mana. Memang sedih. Sedih yang teramat. Dalam kita dok seronok raikan bulan ibadah ni ada pulak benda tak best datang. Sepatutnya benda in progress bawak berita gembira tapi ada jugak yang tak kena pada mata dia. Bukan orang lain. Huhhh. Allahurabbi.

Kalau ikutkan hati macam-macam benda jahat dah terlintas dalam kepala. Nasib lah ada penyejuk jiwa dalam family. Abah pun cool je.

Katanya dalam linangan air mata dek kesedihan yang tertahan:

"Nak tunggu semua orang suka kat kita macam tunggu kucing tumbuh tanduk. Even kita cakap betul pun orang still cakap kita tipu. Rasulullah s.a.w yang tak pernah menipu hatta diorang sendiri gelar baginda Al-Amin pun disumpah pendusta la, ahli shir la. Kita ni jauh sekali kalau nak compare ujian dengan baginda. Sabar je la. Allah tau apa kita buat. Jahat jangan sesekali dibalas jahat. Nabi tak ajar kita macam tu."


No comments: