13 July 2013

#Ramadhan 4: Caca Marba punya rumah

Harini punya post takde gambar. Segan nak tunjuk rumah tengah caca marba kata orang. Dari dulu lagi rumah ni caca marba sebenarnya sebab barang kat rumah aku ni memang banyak. Barang turun temurun. Rumah ni dah berapa generasi dah duduk. Nak kemas memang tak terkemas sebab tak tau nak letak kat mana barang-barang dalam rumah ni.

Sekarang, abah dapat rezeki lebih sikit nak renovate rumah yang caca marba ni jadi kemas sikit. Elok lah bumbung rumah ni pun dah berkurun tak berganti. Tempias sana sini bila ribut datang. InsyaAllah raya ni dijangka siap bahagian atas je.

Em, Esok lah sambung cerita macamana abah punya plan nak renovate rumah. Boleh selit gambar sekali. Esok aku snap gambar proper sikit bagi senang paham keadaan rumah aku sekarang walaupun takde orang pun nak baca pasal rumah aku. WAHAHA.

Kenangan ni. Esok-esok ada anak boleh la bukak blog tunjuk.

"Nak, ni la rumah ummi sebelum renovate dulu" Kata ummi mithali kepada anaknya

Weeeeeeee. Berangan lebih!
Harini punya menu bukak puasa: Kari kepala ikan & pucuk gajus!

No comments: