12 July 2013

#Ramadhan 3: tak cukup sorang lagi.

Malam tadi lepas bukak puasa aku gerak balik Selama. Alhamdulillah, smooth je perjalanan diiringi dengan dengkuran abah & big bro. Aku sengsorang je hidup malam tadi. Nasib baik Era.fm teman.

Harini menu berbuka nasi ayam. Nyum. Nyum. Nyum. Dah lama tak rasa nasi ayam air tangan mak. Kali ni punya sos nasi ayam, aku take cover. Sebelum ni sos nasi ayam campur cili & sos botol je kan. Harini punya sos nasi ayam aku blend: cili besar, bawang putih, cuka, gula dan garam secukup rasa. Walllaaa~ Kembang kejap kena puji. WAHAHA.

Nasi ayam in the making! Ni nasi nyer, ayamnyer tengah goreng.

Tapi harini punya berbuka still tak penuh kuota lagi. Yang kat hostel semua pakat balik, ada sorang lagi tersangkut kat Arau, Perlis. Kesian adik aku no.3 tu. Tak syiok katanya bukak puasa makan nasik bungkus. Takpe la Akim, adat jadi student. Ada rezki insyaAllah nanti kita bukak puasa sama-sama yer!

Acara bukak puasa ramai-ramai. Ni gambar 20120. 
Harap-harap tahun ni ada laa rezeki nak bukak puasa ramai-ramai macam ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...