24 July 2013

#Ramadhan 15: Menu paling senang nak buat

Harini bukannya malas, tapi teringin nak makan air asam. Dah lama takde sesi cicah-mencicah. Last masa praktikal dulu. Masa praktikal dulu selalu la buat air asam cicah dengan ikan tilapia steam. Lagi sedap sebab ikan tu pancing sendiri. Sekarang nak dapat ikan tilapia? RM14 sekilo woiii~

Todays special uolss: Daging rebus dicicah dengan air asam

Daging lembut ohsem lagi hensem

Tips lembutkan daging:
1. Selain teknik memotong daging yang hangpa sedia tau, aku sarankan potong daging nipis-nipis. Time makan pun senang je kunyah. Takdela macam makan coklat getah (chewing gum  ye anak2). Tapi agak-agak la nak potong, jangan la nipis sampai rabak daging tu.

2. Api masa nak rebus tu slow je seslow mana yang dapur hangpa boleh. Bila api kuat, memang daging jadi liat. Aku rebus ni average 45minit.

3. Kaler kuning dalam pinggan tu bukan ubi. Tu halia ye kawan2. Masa rebus boleh jugak letak halia. Halia akan membantu daging melembut. Nyahhh gittew. Orang tua-tua cakap boleh letak sudu. Pon bolehhhh. Tambah best aku letak sebatang serai dengan daun pandan. Bila daging dah masak, phewww~

Air asam yang dah tinggal separuh mangkuk. HEWHEWHEW
 
Air asam palin kacang nak buat. 
Perah air asam. Perang limau sikit. Gula, garam, cuka secukup rasa. Bakar belacan sikit. Then cincang bawang merah, cili besar, cili padi ngan tomato. Gaul sebati semua bahan. Dah siap! Ting~

Haa, air rebusan daging tadi jangan buang. Boleh buat sup kosong. Letak Sup bunjut, Ketuk bawang putih ngan halia sikit, kasi ubi kentang lembut, garam ngan perasa secukup rasa at last tabur daun sup, daun bawang ngan bawang goreng. 

Siap satu menu tanpa sayur! WAHAHA. 
Aku memang tak suka sayur. Sekian.

2 comments:

  1. cik lynn:
    bila dh pakar makanan ckp marbeles, mmg marbeles uolss. hahaha. selamat menjadi johorian na! :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...