21 July 2013

#Ramadhan 12: Cabaran bersama 'little moster'

Harini aku kena hantar anak mak long ke Stesen Bas, Kulim Kedah. Tak jauh mana dari rumah, 30minit je dah Selama, Perak ni kan sempadan dengan Kedah dah. Hajat nak berjimba kat Kulim kejap lepas hantar tak kesampaian bila 'little monster' nak ikot. pfffft!

'little moster'. Nama sebenar Qasrina. Anak kepada sepupu aku. Kira 'little monster' ni panggil aku mak ngah laa. Hoi, tua hoi! Dah jadi mak-mak dah ngko!

Hailaaa. Kalau sebelum ni 'little moster' ni tak nak rapat dengan aku. Sekarang bukan main. Nampak start keta/moto siap. Mengekor la dia. Aku panggil 'little monster' bukan sebab huduh ke hape. Tapi si kechek ni ganas tak bertempat.  Hang tengok dengan body dia yang tough tu, sekali dia langgor terbalik aku wey. Sehari mesti nyonyot 5 botol susu yang gedabak. Dah macam solat 5 waktu dah ha. Umur dah 2 tahun lebih.

Saat genting bila dah sampai hantar cousin aku tu naik bas. Maknanya aku berdua je dengan 'little monster' ni nak mengharung jalan 30 minit. Dok doa dari tadi mengharap dia tido. Kot naya aku bawak keta dia pegi korek sana sini kacau aku drive.

Mula jalan je keta, aku start pasang nasyid 'Anak Soleh', rendahkan kerusi sebelah aku. Kasi dia pegang botol susu dia. Nahhh, Takdan 10minit aman aku bawak keta sorang-sorang. Senang jaga anak macam ni. WAHAHA.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...