20 July 2013

#Ramadhan 11: REZEKI pun kat tangan Tuhan

Orang dok sebut ajal, maut, jodoh je kat tangan Tuhan. Kena ingat rezeki pun kat tangan Tuhan. Bior la orang nak kedengki macamanapun, chill ya! Kalau Allah Maha Pemurah tak izinkan, tak affect ke kita pun semua rencana (ecewah rencana uolss) kedengki beliau itu. Tengah bulan Ramadhan ni tak seronok nak gaduh nak-nak sesam sedara. Sabar je lah. Manusia memang tak suka tengok manusia lain bahagia. 

Yang dok menyampaikan berita pun satu. Kalau dah dengar dari pihak sana tak payoh la nak mengkhabarkan pada kita kat sini. Takde gaji pun nak bagi kat hangpa wei. Dengar-Diam. Tak pasal hangpa pun dapat dosa kering nanti. Dengar itik membebel belakang rumah lagi syiok dari dengar hangpa punya celoteh nak laga-lagakan kami di bulan mulia ini. cewah!


Kalau dulu telur itik tak laku. Sekarang siap tulis nama sekian-sekian tarikh booking telur itik. Dah kat sini je telur itik paling dekat. Pastu abah tolak jauh lagi murah dari tempat lain. 30sen je. Standard telur itik biasa 50sen. Kalau yang dah jadi telur asin tu 70sen. Tempat korang punya harga telur itik macam mana?

*krikk.. krikk.. krikkk*

Ok aku tau takde orang jawab. WAHAHA. Tapi ni lah dikatakan rezeki kat tangan Tuhan. Rezeki yang tak disangka-sangka. Sebelum ni saja abah bela suka-suka, balik kerja tension-tension pegi belakang rumah tengok gelagat itik. Tapi sekarang dah tak jadi suka-suka dah. Orang dok booking tiap-tiap hari. 

Hasil 'pembuangan' itik, 2 pokok jambu ni pun dah melebat. Dah berputik sebijik dua. Pokok baru nak belajar membuah. Kalau dulu daun pun takde, tinggal nak tebang. Sekarang bila itik dah ramai (ramai youuuu) seronok la pokok-pokok tersebut. Sikit tahun lagi berbuah la pokok ni. InsyaAllah. 

Terima kasih, Ya Rabb. Moga dengan limpah kurnia rezki dari-Mu mendekatkan lagi kami sekeluarga utnuk terus merintih mengharap kasih dan rahmat Mu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...