04 June 2013

UK Farm. Bukan United Kingdom, bukan jugak Ulu Klang. Tapi…

Dalam beberapa hari lagi aku nak habiskan tempoh praktikal dalam Hutan Lipur Panti ni, tuan ladang minta aku & the gang berurusan dengan Institut Haiwan Kluang untuk analyze makanan lembu. Bukan kami yang kena buat, hantar kat makmal je. Alhamdulillah urusan tak adalah sesusah mana yang disangka. Kepergian ke sini pun atas nasihat pensyarah. Dan yang penting, proses analyze makanannya FREE OF CHARGE. So, siapa yang teringin nak buat proximate analysis terutama untuk peladang-peladang sekalian, tak kira lah ration yang korang buat sendiri atau nak hantar bahan mentah pun boleh selagi tengah FOC ni.


Selesai urusan yang tak berapa nak lama tu, terdetik lah hati nak pegi UK Farm sambil-sambil melawat 2 orang sahabat kat situ. Kalau tanya tempat menarik kat Johor mesti orang cakap Air Terjun, Pantai kat Mersing nuh. Tapi aku nak ketengahkan sebuah LADANG sebagai tempat menarik kat Johor. Selang 2 langkah je daripada Institut Haiwan Kluang ni. Okey, yang 2 langkah tu aku tipu. Tapi yang pasti dekat la. Dari tepi jalan, ada banyak signboard UK Farm. So jangan risau, tak sesat punya walaupun korang tak pernah sampai ke Johor. Sesampai je korang kat pintu pak guard, maka bermulalah journey kitorang dalam UK Farm. Dah nama ladang, jangan nak expect jalan masuk ke ladang dibentang dengan karpet merah, okey?


Dah nampak mercu tanda ni kiranya dah masuk dalam kawasan jajahan UK Farm dah. Kereta tak sempat nak berhenti lagi 2 orang sahabat yang praktikal kat sini dah siap jemput kat tengah jalan. Semangatnya diorang bila kitorang datang melawat. Tempat pertama kami dibawa: Unit kambing. Comel-comel gila kambing kat sini. Maybe aku dah muak tengok lembu gedabak-gedabak. Anak lembu pun paling kecik 30kg. Bila tengok anak kambing terasa lagi comel pulak dari kucing. Nak-nak yang kaler putih.


Apa je yang korang boleh buat selain tengok-tengok je? Kalau ada yang berminat boleh je nak susukan anak kambing ni. RM3 untuk sebotol susu. Ha, korang sua la kat mulut diorang ni. Jangan menangis dah la sebab kambing-kambing ni gejoloh belaka tau. Lepas tu, kitorang dibawak pulak untuk menyaksikan aktiviti perah-memerah susu kambing. Tester susu kambing pun diberi kepada para pelancong tak kira korang pernah minum ke tak. Yang paling best, kat sini ada jual baaanyak benda-benda yang terhasil dari susu kambing. Ais krim, susu 3in1, syampu, sabun, lotion.


Disebabkan kesuntukan masa, kitorang dibawa terus ke perkampungan orang asli. Kalau pergi reramai dengan family lagi best. Bersukaria dalam kampung orang asli ni. Selain perkampungan orang asli, ada banyak lagi spot menarik dalam ladang ni. Korang boleh amek feel New Zealand dengan ratusan bebiri, layan keletah burung unta, ada dusun buah, restoran fresh dari ladang dan yang penting kalau korang datang dari jauh ladang ni menyediakan chalet. Chalet dalam ladang! Berapa RM 1 malam tu aku tak sure pulak. Tapi kalau nak menyinggah sahabat aku cakap per entry RM40. Mahal tapi berbaloi takpe tambah-tambah untuk orang yang memang teringin nak rasa feel dalam ladang. Masa aku datang ni ramai visitor dari Singapore.

Jom layan beberapa gambar sekitar UK Farm:

Spot best untuk posing berdua-duaan. HAHA

Kenangan kat teratak orang asli. Yang baju hitam tu Tok Batin. Okey aku tipu.

aktiviti sumpit menyumpit

Amek feel Bawang Putih Bawang Merah dengan putera raja. HAHA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...