21 June 2013

Kalau dah lidah belacan, memang dah takda tempat untuk cheese

Dengan selesainya pembentangan laporan praktikal aku pagi tadi maka selesailah jugak sesi pengajian ijazah aku kat UPM ni selama 4 tahun. Alhamdulillah. Allah still hidupkan diri yang penuh dosa ni dan dikurniakan jugak tubuh badan yang sihat. Sekarang boleh la fikir pasal kawen! WAHAHA!

Kawen. Hoih, word ni dah start 'panaih' dah sekarang. Lagi-lagi bila dah habis belajar ni, ada je la yang menyinggah tanya pasai kawen. Alkesah, pagi tadi aku sembang pasal cita-cita jangka masa panjang pun boleh pusing pasai kawen jugak. Alangkah bahgianya aku kalau aku boleh jawab soalan-soalan cepumas tu.



Okey kita lupakan sat pasal kawen tu.
Aku rasa ramai ja yang ada masalah macam aku. Omputih dimulut (speaking) tak sekencang omputih ditangan (tulisan). Sepatutnya last presentation pagi tadi boleh jadi presentation yang paling baik tapi vice verse pulak jadinya sebab gelabah  tahap cipan jumpa manusia. Gelabah tu macam alasan je, hakikatnya aku memang tak boleh speaking lancar macam orang lain. Paling kurang mesti ada tersasul. 

Aku ingat lagi kat sekolah menengah dulu ada program 'public speaking' tiap-tiap kali perhimpunan untuk memperkasakan lagi bahasa omputih. Bukan A1 dalam SPM je, tapi lisan pun nak A jugak. Caranya tiap-tiap pagi nama orang bertuah akan dicabut. So hari-hari kena ready la untuk jadi orang bertuah. Tapi sampai kesudah aku tak pernah jadi orang bertuah. WAHAHA! 

Zaman kat matrikulasi pulak tak tekankan sangat pun dalam bab komunikasi. Kalau ada pun buat presentation dalam kelas tutorial. Itu pun jarang. Jarang sangat. Kat matrikulasi memang jadi ulat buku je. Last-last, time MUET hancur. Aku skor part exam bertulis je. Part dengar & speaking macam nak nangis aku tengok. Tapi keputusan MUET tu sampai sekarang takda guna pun. Bila isi borang SPM je yang ditanya. Lega la sikit, SPM aku bahasa omputih A1. Nampak tak. Lidah memang tak boleh nak tolerate dengan baik kalau nak dibandingkan dengan tangan aku. 

Bila masuk U baru lah aku nak merangkak lancarkan speaking aku. Kadang-kadang ada timing jugak aku punya lidah ni. Kena pada tempat smooth je speakingnya. Kalau takat nak present dalam kelas depan member tak kisah. Ni presentation aku yang hancur-hancur semua kena present dalam dewan depan semua lecturer, junior, lab assistant hatta kerani jabatan pun datang tengok jugak. Mana tak gelabah. Pengalaman 2 kali present dalam dewan besar aku rasa present praktikal pagi tadi lagi teruk kalau nak compare masa aku present FYP dulu.

Aku tak salahkan sesiapa. Banyak faktor kenapa sampai sekarang susah nak speaking. Memang la orang kata tak mati pun tak leh cakap omputih tapi zaman sekarang ni bahasa omputih paling penting. Apa-apapun, untuk sedapkan hati sendiri, aku selalu tepuk dada sambil cakap:

"Tak terer bahasa omputih pun takpa. At least terer bahasa arab. (terer la sgt kn). Bahasa arab bahasa syurga woi. Bahasa omputih tu duniawi jaa. WAHAHA

1 comment:

  1. salam saya nak tanya tentang penggunaan ubat vertiligo saudari. ubat yang manakah paling berkesan. apa pandangan saudari terhadap ubat Vitiligo Organics. tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...