07 June 2013

D' Greato Momento

4 bulan kat sini syiok, sedih, marah, remuk dendam semua terpahat kat dalam taman ni. Maksud aku dalam hati.

"Dalam hati ada taman, dan dalam taman ada puterinya" - Lagu M Nasir.

HAHA. Merepek tak sudah. Tapi better aku merepek daripada aku maki hamun. Bila aku merepek tu tanda puteri dalam taman dalam hati ni tersangatlah gumbira. Bila aku maki hamun tu makna nasib kurang baik. Tapi aku akan meminima seboleh yang mungkin untuk tidak maki hamun dalam blog.

Aku nak cerita yang syiok-syiok je dalam entri ni. Benda yang boleh aku maki hamun tak payah la cita. Benda berkait dengan orang lain tak baik heboh-heboh. Jadi mengumpat kang. Berjuta orang baca, berjuta aku berdosa. Eceh, bajet juta-juta reader blog ni.

1. Banglo kat tengah-tengah ladang memang superb! Bangun pagi, bukak tingkap enfffffff~ udara segarrr. Sesekali angin pagi bawak bau tahik lembu. ahhh. Tak terkata tenangnya hidup. Tetiap pagi bangun dengan nak mula kerja cool je. Tapi jangan tegur time balik kerja, time tu sunset pun tak mampu menenangkan fikiran hoi.


2. Kalau dulu aku ngutuk kaki pancing. Apa jadah melangut lelama tunggu ikan. Tapi bila aku dah start pegang batang pancing walaupun seraut ranting pokok akasia, tiap-tiap weekend aku melangut tunggu ikan. Paling best bila nak sentap bapak ikan. Pergh! Nikmat hoi dapat tarik naik ke darat. Selalu ikan besar cam bawah ni kitorang bakar. slurrrp!

Amacam. Terliur takk???

3. Bagitau aku kerja kat ladang mana tak penat? Tak ada yang tak penat hoi. Kalau tak pandai cari 'hiburan' time kerja memang tak hidup aku kat sini 4 bulan. Nak nak kena 'gosok' dengan owner ladang. Lagi haru. Selalunya bila stok makanan lembu baru sampai, kitorang semua pegi geledah bahagian tongkol jagung dulu.  Berguni kot jagung yang elok. Takkan jagung nan sempurna ni nak bagi kat lembu? Lembu makan tongkol jagung sudah. HAHA. Cenggini la bila dapat jagung. Cari port makan baik punya. Kalau hujan lagi syiok makan jagung rebus. Lebih, bawak balik buat bubur jagung. om nom nom nom!


4. Firstly gambar bawah ni jangan tengok kat aku. Ce perhati dulu kat belakang. Cantik bersih je kan kandang lembu? Tersusun rapi. Ok sekarang baru tengok aku. Kerja dah tak ada pandai-pandai la buat 'ibadah senyap'. Maksud aku merehatkan mata. Ataupun dalam undang-undang menembak, tutup mata yang tidak digunakan. Sekarang ni dua-dua mata tak diguna. Apa salahnya tutup kejap? HAHA. Jangan tanya kenapa aku tidur sambil 'menulis'. Dari sekolah dulu memang cenggitu aku cover tidur dalam kelas. WAHAHA.


Ok lah. sampai sini dulu. Nak packing barang. 
Esok balik Perak hoi!

No comments: