15 April 2013

Vitiligo: Ubat yang pernah aku guna

Vitiligo ambil masa yang sangat lama untuk improve dan korang kena istiqomah dengan ubat yang korang pakai. Pilih ubat yang sesuai dengan korang atas nasihat pakar, dan istiqomah! Sebelum korang baca dengan lebih lanjut, aku nak ingatkan JANGAN contohi perangai aku yang kerap bertukar ubat. Kesannya sekarang aku tak pasti ubat mana yang bagi positif effect pada aku. Apa yang pasti, ubat hanyalah asbab untuk penyembuhan walhal penyembuhan yang sebenar adalah dari Allah s.w.t. So, jangan pernah putus asa berusaha & berdoa k!

1. Ubat dari HKL
Kali pertama aku refer kat HKL dapat ubat sapuan. 3kali rasanya dalam tempoh setahun aku ulang alik dengan HKL. Tak selesa sikit pakai ubat ni sebab melekit gila pastu bahagian kulit muka macam inflame. Lepas setahun 'burn' macamtu je sebab setiap kali nak pegi appointment jatuh hari kuliah. So aku decide malas nak teruskan lagipun tak ada perubahan apa-apa pun.


2. Anti-vitiligo oil
Ubat ni special sebab ada orang kasi. Zaman awal-awal aku mula story pasal vitiligo kat blog, ada yang prihatin dan willing bagi free anti-vitiligo oil kat aku. Katanya dia dah guna lama tapi tak ada kesan, So dia suruh aku try manatau berkesan sebab lain orang, lain respond terhadap ubat. Setahun jugak aku pakai ubat ni and the good news is ada repigmentation sikit kat area hidung. Orang yang baik hati bagi anti-vitiligo oil ni ialah cikgu Mohd Nazri Daud (SMK Pandan, Kuantan). Lepas pakai habis, aku dah tak sambung sebab kena beli online ubat ni. Setakat ni aku tak jumpa web tempatan yang jual. Kalau search kena beli dengan duit dolar. Disebabkan anti-vitiligo oil ni berasaskan minyak kelapa dara, aku try cari alternatif yang lebih kurang dengan ubat ni.


3. Herba An-Nabaat
Cari punya cari, tak jauh rupanya. Pengasas Herba An-Nabaat adalah lecturer fakulti perubatan UPM yakni Dr. Nurmawati. Lepas konsultasi, beliau sarankan aku amalkan 2 jenis pil herba, minyak kelapa dara (minum) dengan minyak herba (sapuan). Ubat ni pun tak lama jugak aku pakai sebab time tu dah hujung sem, poket pun dah kering. Aku ingat tangguh sekejap at last sampai kesudah tertangguh nak pergi beli. HAHAHA. Teruk punya perangai!

sumber: Herba An-Nabaat
4. Ubat dari Klinik Ko
Ubat ni pun special sebab orang kasi lepas baca cerita aku dari blog ni. Beliau gelarkan diri as Aunty Rosni. Katanya sapu nipis-nipis then expose ke cahaya matahari. 3hari aku pakai, kulit inflame. Aku stop kejap2 pakainya. Sampai sekarang ada lagi ubat ni dengan aku tapi pakai jarang-jarang sebab terlupa, busy praktikal kan sekarang. Adeh. Memang teruk perangai aku ni. Tak pernah nak istiqomah dengan ubat.


Macam aku cakap tadi, aku tak sure ubat mana bagi positive effect sebab kerap sangat bertukar ubat. Lately bahagian muka banyak improvement, tapi bahagian lain macam tangan & kaki tak ada perubahan. Kalau tengok betul-betul dalam gambar, area mata & bawah hidung memang improve banyak dalam sebulan ni. Aku tak kata ubat yang aku pakai sekarang bagus, mungkin jugak faktor pemakanan aku terjaga dalam sebulan ni sebab aku praktikal dalam hutan banat. Hari-hari terpaksa makan sayur&ikan. Mana nak dapat junkfood bagai unless time aku outing. Itu pun 2minggu sekali.


p/s: Harap tak ada orang yang ambil kesempatan atas gambar-gambar yang aku post tak kira dalam entri ni atau mana-mana gambar dalam blog. Tujuan aku 1 jer: Kongsi ilmu & pengalaman yang beneficial untuk orang yang memerlukan. Tak ada niat nak promote diri sendiri, riak, angkuh apatah lagi nak aibkan orang lain. Sekian

No comments: