14 April 2013

Tips ngabihkan BR1M

Ada yang kata BR1M ni rasuah kerajaan nak raih undi rakyat. Ada pulak yang kata dapat duit sendiri hasil bayor cukai. Tak kurang jugak yang bersangka baik BR1M ni rezeki dalam musim barang naik.
Syukur... Syukur... Tapi konsep syukur tak kena pada tempat kalau RM250 korang guna untuk borong novel fantasi cinta jer. Dah kalau start baca novel cintan masuk waktu solat pun dah tak perasan, mak panggil masak pun tak berapa nak dengar, kan?

Mana ada adik nak UPSR, PMR, SPM tu boleh la borong buku latih tubi bebanyak kasi diorang rajin sikit. Tak pun belikan buku rujukan yang terbaik. Time ni la korang nak raih title abang/kakak mithali!

Kalau takdak adik yang nak exam apa kata kalau korang beli buku yang beneficial untuk korang 1 family sampai ke anak cucu? Kalau nak pakai duit sendiri beli buku ilmiah memang berat je tangan nak keluarkan duit. Al-lumrah hidup memang begitu. Aku cadangkan buku cenggini ha. Kisah para anbiya dari Nabi Adam a.s sampai Rasul junjungan kita s.a.w yang dikupas satu-satu dari Al-Quran. Harga RM75.


Paling bagus sekali kalau korang dah tak tau nak guna RM250 tu macamana, buatlah investment yang menguntungkan even lepas kita meninggal nanti. Borong Al-Quran/Yassin banyak-banyak, wakafkan kat masjid ke, surau ke, tak pun sekolah-sekolah yang memerlukan. 
Ada jugak pekdahnya selain beli novel ye dak?

2 comments:

  1. wahhhh.. ilmiah2.. bgus2. ada satu dah lma nk bli xde rezeki lg.. ensiklopedia solat

    ReplyDelete
  2. Haaa, ensiklopedia solat pun masuk list nak beli jgk haritu tapi rambang mata sangat. So ayu pilih buku kisah nabi dulu. ada balance RM100 lagi ni BR1M. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...