24 March 2013

Tension ja, pegi air terjun

Argh! Esok dah start kerja~

Aku tak cerita lagi ladang ni ada air terjun. Tapi tak boleh buat kuak rama-rama sebab airnyer paras lutut ja. Aku panggil air terjun sebab air sungainyer memang berterjunan. Boleh kata mini air terjun. Jalan kaki je. Tension buat kerja, terjun. 
Kena marah dengan manager, terjun.
Boring-boring time weekend, terjuuuun.


Tadaa! Mini air terjun! Air paras lutut. Tapi syiok woo. Dah kata air terjun airnyer mesti la sejukkkk! Sumber air untuk ladang tenusu ni. FYI, lembu tenusu sangat-sangat memerlukan air yang bersih untuk produce susu yang berkualiti & berkuantiti. Free-free je guna air sungai. Tak payah bayar bil tapi ladangnyer macam biasa la. Jauh nun dalam hutan banat.


Aktiviti wajib: Basuh baju
Pam air kat rumah sekarang belum upgrade. Air memang tak syiok sangat la tambah-tambah nak basuh baju. Part nak bilas tu berjam baru siap sebab air halus. Bila baju bertimbun, memang ke sini la aku pergi. Sekali celup dah bersih.

1 lagi view cantik sungai ni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...