15 March 2013

tangan kanan buat spoil

Harini dapat la aku cuti sehari untuk rehatkan tangan atas nasihat doktor. Tangan aku dah 2 minggu kebas-kebas lenguh. Buat kerja sikit cramp. Paling terasa kat ibu jari. Mulanya aku ingat cramp biasa. Kot a salah tidor. Tapi dah 2 minggu tak hilang, makin sakit sampai ke bahu. Risau kencing manis je. Teringat mak selalu kebas kaki-tangan. Orang kencing manis memang camtu.

Aku taktau ucapan 'Alhamdulillah' terpacul kat mulut untuk apa. Untuk sakit yang menggugurkan dosa tangan jahat ni ataupun sebab sakit tak serious. Tangan aku maybe terkejut buat kerja berat. Doktor cakap kalau seminggu tak hilang lagi, kena pegi x-ray. Dapat la 2 ketul plastik ubat diberi nama 'saraf & bisa'.


Pelik bin ajaibnya 3 tahun aku buat aktiviti berat dalam PALAPES takdak pulak kebas-kebas tangan nih. Gali kubu 1meter, bawak backpack yang nak sama berat dengan aku, hold M16 berjam-jam masa kawad. Steady jer. Memang banyak kerja berat kena buat kat ladang ni tapi baru sebulan kot tangan aku dah spoil. Serious pelik. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...