25 January 2013

mimpi indah hanya tinggal mimpi

Hyyyeee-chooom!

Akhirnya setan-setan kat hujung jari aku nih berjaya dihalau...

Habis final exam haritu aku macam bebudak U lain jugak... Semangat berkobar-kobar nak balik kampung bercuti... Kekobaran semangat aku memang melampau... Baru lepas 1 paper dah kalut kemas beg baju... Semangat aku pelik tak macam orang lain sebab cuti sem kali ni merupakan cuti sem pertama aku selama bergelar mahasiswi.. 3 tahun sebelum ni asal cuti sem je aku kena sarung uniform loreng...

Sekarang zaman as kadet PALAPES dah pun berlalu...
Setahun yang ngeri bersama makhluk bernama FYP pun dah berakhir...
Assignment? Report? Presentation? Test? Dah tak payah fikir...
Paling best lepas ni dah tak payah bermalasan lagi nak merempit pegi kuliah hari-hari!
Yey! Tinggal last task as degree student: praktikal Feb-July...

Sangkaku mimpi indah menanti di rumahku syurgaku hanya tinggal mimpi... Cuti semester aku tak sehebat cuti semester student lain... Apa yang korang harapkan tiap kali balik kampung? Yes! Masakan air tangan mak! Tapi aku tak dapat merasa wey... Cuti apakah iniiiii~

Mak kat Bidor, Perak since September 2012 Abah kena posting... 2 orang adik perempuan kat hostel... So kat rumah Selama, Perak ni aku je la perempuan tinggal dengan 3 teruna...

Korang boleh bayang tak macam mana keadaan rumah yang hanya didiami oleh anak teruna jer sebelum ni? Aku jejak je kaki kat rumah.... subhanallah! speechless! Rumah anak dara pun ada sepahnya inikan pulak rumah anak teruna??? Memang laa tak sampai tahap tongkang pecah tapi serabut kepala jugak la nak kemas... Siapa pernah stay kat rumah aku dia faham laaa compartment-compartment rumah aku macam mana since rumah-kedai-kampung-2tingkat-buat-sendiri...

Rutin kat rumah pagi-petang:
- Kemas rumah
- Sidai-angkat-lipat baju
- Cukup time, masak

Walaupun nampak rutin harian ni simple je tapi seriously aku macam orang gila setelkan semua ni sengsorang hari-hari... First week aku boleh survive lagi buat kerja, masuk second week aku dah blank takde idea nak masak lauk apa... Tambah tension bila terlajak tidor then semua kerja dah tak betul masanya... Bukan ini je kerja aku, tiap kali balik kampung tak sah laa kalau aku tak jadi driver untuk sedara-mara... Nasib kurang baik bila kucing 'membuang' tak kena tempat... Walaupun aku ni pencinta haiwan tapi tengah-tengah letih kucing buat hal mana boleh tahan sabar... FYI, recently kat rumah aku ada 13 ekor kucing! Nanti aku introduce sekor-sekor kat entri lain...

Plan nak meronggeng dengan kengkawan lama semua keparit... Contact diorang pun tak sebab aku tengah serabut... Sampai ke harini aku tak pernah berkesempatan keluar jenjalan rehatkan kepala hotak... Masa rehat aku tengok TV-tidor... Nak online pun aku takde hati...

Tau tak harini aku tergerak nak hupdate blog sebab apa?
Tak sabar tunggu mak abah sampai! weekend ni mak abah balik Selama, Perak!

3 comments:

ZaNaUs said...

sabaq la no..latih jadi surirumah. tu blom ada anak2 snirik lagi wei..hahaha =D lagi poning nanti =P

Anonymous said...

Anep huha: pffffff! phailed!

BlueiceButterfly said...

praktis untuk masa depan..hehe sabar2