02 January 2013

'Menangis' di hari perkahwinan

Musim kahwin hujung & awal tahun kan? Menumpahkan air mata di hari perkahwinan satu kebiasaan...  Bukan pengantinjer yang menangis, mak ayah pengantin pun menangis... Hatta ada suami yang lembut hati boleh menangis untuk hari bersejarah ni...

Tapi wajar ke kita menangis kegembiraan untuk:

1. Baju pengantin tak mengikut kehendak syarak. Trend tudung masuk ke dalam baju, dada tertonjol, cutting kasi baikk punya. Untuk majlis resepsi pula, tudung entah ke mana.

2. Acara-acara seperti membatalkan air sembahyang yang juga bukan dari syarak misalnya cium pipi, hidung, mulut depan orang ramai dan diambil gambar ciuman tu.

3. Sesi fotografi yang merakamkan gambar isteri dan suami di tempat tidur, baring dan sebagainya yang tidak menepati syarak. Pakai dah tak pakai syarak, semua orang menontonnya secara percuma.

4. Gambar dan video yang menonjolkan watak isteri  dan suaminya yang mendedahkan aurat, diupload di fb dan youtube utk tontonan umum. Sebarkan lagi benda tak syarie.

5. Isteri buat salah di hari perkahwinan, tapi suaminya diam membisu tak tegur pun. Suami tak berguna? Hari pertama: FAILED jadi suami!

6. Duit yang banyak mungkin telah dibazirkan dengan hantaran yang mahal-mahal dan mahar yang menyusahkan pihak suami.

7. Bersanding sampai terbabas waktu solat. Bersanding dengan penuh tabarruj.


Harapnya 2013 menjadi pemula untuk 'dunia pengantin' Malaysia maju setapak ke arah pengantin mesra alam Islam... Allah Maha Pengampun & Maha Penyayang... Bertaubatlah seandainya kita terrrbuat... Yang masih belum, anda punya masa untuk ubah...

BIASAKAN APA YANG BETUL, BETULKAN APA YANG BIASA

1 comment:

  1. mudah-mudahan kita x tergolong dlm golongan yg sedemikian..nauzubillah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...