01 January 2013

appertizer 2013

Seumur hidup aku seryesly aku tak pernah jejak mana-mana tempat untuk kira 3,2,1 pastu tengok bunga api sempena tahun baru... Bersaksikan langit suram malam terakhir tahun 2012 without any plan aku dengan roomate merempit ke Shah Alam...

Setahu aku ada 3 program ambang tahun baru kat Shah Alam... Tak tau nak pegi yang mana satu sebab aku dah lama tak pegi Shah Alam... Ingat-ingat lupa jalannyer tambah pulak merempit malam-malam... so aku refer signboard jer... Mana hala signboard bawak, ke situ la aku sampai...

Wave biru melelong ke kiri kanan bila roomate aku teruja nampak signboard i-city... Sesaat aku bukak helmet, telinga aku dah dijamah dengan lagu yang aku tak faham... Terasa macam duduk dekat Bombay pulak time tuh... Aku tengok ramai yang dok melepak jer... kecik-besar-tua-muda semua ada dok melepak,... Jam baru pukul 9.30pm...

"semua ni duduk melepak macam ni jer ke sampai pukul 12?"

"haah, ni semua tunggu bunga api..."

"ler, bosan gileeee..."

sumber

Disebabkan kebosanan terlampau dengan awek tak cukup kain, lelaki yang tak sedar diri dia adalah lelaki, semburan air liur sebegitu lebat daripada ahli politik dan 'tikus jantan' yang tak sabar nak mengawan aku dan roomate beralih arah ke Dataran Merdeka Shah Alam...


Macam tadi jugak lepas sesaat aku bukak helmet... eh! suara Ustaz Azhar Idrus! Semangat je aku jalan cari tempat nak duduk... Lepas slot khas bersama ulama terkemuka dari Syria, aku dah tak senang duduk... Rasa sayang nak tinggalkan dataran tapi dah pukul 11.15pm... Lewat-lewat kang takut pulak nak merempit balik...

sumber

On the way balik UPM sempat la aku berenti jap tengah-tengah jalan tengok bunga api... Teruja jugak la tapi agak-agak berapa ribu agaknya habis diorang bakar untuk bunga api tu... Time ni hati aku menyanyi:


"awat la dok kalut megah condong ke barat? mai kita pakat tarik ramai-ramai biar ke timur condongnya" - kurik kundi Siti Nurhaliza

Konklusinya? Opkos la aku lagi suka sambutan kat dataran compare kt i-city tuh... Kalau aku datang dengan family nescaya aku tunggu program tu sampai habis...

p/s: malas nak upload gambar dari phone. phone tengah cas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...