01 January 2013

6 tahun bersama vitiligo

Rasanya aku tak pernah lagi cerita sejak bila aku dapat vitiligo... Sempena tahun baru 2013, aku review dengan gambar biar jelas sket perjalanan vitiligo selama 6 tahun...

awal tahun 2007

Eh, jangan silap... Awek tudung putih tu cik iylia... Aku bertudung hitam okeyyy.. korang boleh julingkan mata tengok muka & tangan aku time ni tak nampak pun lagi tompok putih kat mana-mana bahagian kan? Actually setitik tompok putih dah wujud time ni kat ibu jari kanan aku tapi aku ingat parut luka... Aku buat tak tau je laa kat tmpok putih tuh...

2009 - first year in UPM

2 tahun berlalu at last aku baru perasan tompok putih kat ibu jari kanan aku makin membesar... Time ni la aku gelabah cari jawapan kenapa, bagaimana dan bila tompok putih ni wujud... Seryes aku tak sedar bila tompok putih ni membesar... 

awal 2010

Ok dalam gambar atas ni korang boleh perasan tompok putih dah mula nak menyemak kat mata kiri, hidung ngan antara hidung & mulut... Time ni memang aku risau gila sebab tompok putih dah melarat ke muka... Tapi gambar tetap nak cover cun... tak nampak macam risau pun kan? wahahaha...

hujung 2010

Time ni kira saat-saat genting la untuk aku terima kehadiran vitiligo... Down gila aku time ni sebab tompok putih makin obvious kat bawah hidung, kiri-kanan mata ngan bibir... Nak tau keadaan down aku time ni sampai aku tak nak keluar bilik g kuliah sebab aku segan kalau orang tengok... Masa ni la member-member aku tolong carikan make-up untuk cover tompok putih kat muka aku...

tompok putih kat tangan yang makin membesar - hujung 2011

Dalam 2009-2012 time ni tompok putih merebak dengan ganasnyer... Dermatologist cakap mungkin disebabkan stress...Aku akui, fasa hidup aku kat UPM ni memang stress... Stress dengan study, orang sekeliling, masalah antara 2 darjat lagi... kah kah kah

gambar terlatest - 1 jan 2013

Lastly yang ni aku baru jer snap sat-sat tadi... Kalau tengok kat muka, area mata tompok putih membesar tapi area bawah hidung ada improvement... Lagi satu tompok putih cinonet atas hidung dah tak ada sekarang... Kat bibir, aku tengok macam tak ada perubahan... Sama jugak dengan tangan, ada tompok yang membesar, ada tompok yang dah mengecil...

Ramai jugak yang pm tanya sekarang guna ubat apa, makan supplement ke tak... Citer pasal ubat & supplement aku cerita kat entri lain... Sebab cerita pasal menatang ni pun panjang jugak...

Kalau tanya depress ke tak dengan vitiligo ni bohong la kalau aku kata tak... Still ada lagi certain people yang tak berapa nak faham pasal penyakit ni dan still ada certain people yang tak berapa nak pandai jaga hati orang macam aku dengan kata-kata yang tak menyenangkan... Tapi, tak pa.. aku ada ramai member lain dan tak lupa jugak family yang sentiasa bagi semangat bila aku down... 

Siapa-siapa yang senasib, jangan risau dan jangan sedih... Sebagai penawar hati duka nan lara, renunglah ayat-ayat cinta Ilahi & bait kasih Rasulullah s.a.w kat bawah ni...
 " Tiada satu bencana pun yang menimpa bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri"
[Al-Hadid: 22-23]

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
[HR. Bukhari dan Muslim]

11 comments:

  1. stay strong ayu. Allah bagi dugaan ni utk Dia gantikan sesuatu yg lebih baik utk ko. have faith. =)

    ReplyDelete
  2. xpa..masih tetap cun :)be strong k...awt nmpk jari hg mkin jd jejari rncing?? mkin krus ka?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. selamat3 ayu. terus teguh kepercayaan kepadaNya.. maybe tu kafarah dosa-2 kite yang lalu. all the best! life must go on. maybe ade hikmah di sebalik itu.[maybe Allah xnk kite blogger duk pamer wajah yg dkurniakan ni sewenang-wenangnye? :) semua rahsia Allah Ya 'Alim] take care :) assalamualaikum.

    ReplyDelete
  4. nak mintak email ayu boleh..? ada sesuatu yg nak bgitau ayu..

    ReplyDelete
  5. @FaraSyeera thanx.. doakan Dia gantikan dgn suami soleh boleh XD

    ReplyDelete
  6. @::CIK LYNN:: thanx dear... jejari runcing? ilusi tuh.. kurus apa sejak aku tinggalkan PALAPES, berat makin bertambah ada la... XD

    ReplyDelete
  7. @qanaah
    waalaikumussalam ^^

    betul3.. insyaAllah, doakan ayu ea ^^

    ReplyDelete
  8. As-Salam. Bro HH ada gak kawan yang kena benda ni, tapi ok je kehidupan dia, malah dia charming dan disukai lemak berkrim ...mungkin sbb personaliti dia yang sebegitu, ramai orang senang dengannya di sebalik 'kelainan' yang ada pada dirinya.

    ReplyDelete
  9. semoga awak lebih tabah..insyaAllah ada hikmah disebalik semua tue :)

    ReplyDelete
  10. Assalam, be strong ayu.. Allah always with us. Sy pun ada vitiligo ni, dah hampir 22 taun. Sy faham apa ayu rs sbb sy pun lalui benda yg sama. Skrang ni sy dah 97% putih, tinggal sikit je lagi kat muka nak turn semua putih. Ayu kuatkan semangat tempuhi dugaan ni.

    Kalau ade fb, nanti join la group vitiligo bond Malaysia, leh share masalah kat sana. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...