24 December 2012

Ekstrem | Jumud | Radikal | Teroris

Banyak lagi laa terma-terma lain yang 'menarik' depa bagi kat orang2 yang giat aktif dalam aktiviti dakwah & tarbiyah... Sebut ja perkataan 'dakwah';

"wuishh, berat nih... aku tak layak"

"nak betuikan orang? diri sendiri pun tak betoiii lagi!"

Tapi hatta 1cm pun tak berganjak tang nak betoiiikan diri tuh...

Kalau dulu orang sebut ja 'usrah' beraaaat ja nak join kan? Lately muncul terma bulatan gembira... haaaa, bunyi syiok sikit... Tapi elok-elok kawan tuh join, member-member kata poyo pulakkk dah... Langsung hilang semangat kawan tuh... Hat dok cakap poyo, ekstrem, jumud tahapekebenda lagi tu sebenarnya depa tak berapa faham konsep 'usrah' ataupun 'bulatan gembira' ni...

Sama ja konsep pergi kuliah kat universiti... Hang dah bayaq yuran dan dapat identity card as UPM student contohnya, tapi malas gila pi kuliah... Takdak orang marah hang pun kalau tak pi kuliah... Tapi yang ruginya hang la sebab tak dapat belajaq... Last-last nanti time final exam tak boleh ambek paper sebab tak cukup 80% kehadiran...

Lebih kurang macam tu la jugakkk dengan usrah/bulatan gembira ni... Bezanya hang tak payah bayaq yuran pun tapi dapat identity card yang tertempel perkataan 'ISLAM'... Takdak orang nak marah pun kalau hang tak join usrah tapi nanti yang ruginya hang la... Tak cukup ilmu ukhrawi last-last nanti hang nganga ja tengok orang masuk syurga... atleast boleh repeat exam kat dunia, tapi hat ni takde repeat-repeat dah tahu?
dapat tak konsepnya??? - perghh, hebat aku buat teori untuk usrah malam ni...

siapa bilang usrah hanya untuk geng tudung labuh???

"aku tak pegi usrah pun boleh ja dengaq ceramah kat surau"

"sekarang zaman IT, beb! Semua maklumat dihujung jari... Nak cari ilmu ukhrawi klik-klik jaa"

Bagus laaa kalau yang pegi duduk dengar kuliah kat surau kan... Tapi lebihnya join usrah korang boleh berkenal-kenalan dengan raaaamai orang yang korang tak terjangka akan kenal... Manatau boleh dapat adik ipaq/kakak ipaq? eh, mengarut! mencari suami soleh tak termasuk dalam matlamat join usrah okeyh! Tapi kalau dah jodoh tu okey la kan.. HAHAHA...

aku siap boleh buat jejak kasih, dengan usrah aku dapat jumpa kawan lama
(Muka yang terlampau girang terpaksa dicover)

Maklumat kat hujung jari tu confirm ke 'siratul mustaqim' yang membawa anda ke syurga? Itupun kalau teringat bukak... Selalunya eh! eh! terbukak facebook ja manjang, kan? Ingat, ramai orang sesat sebab tak berguru dengan orang yang sepatutnya... Sekurang-kurangnya bila join usrah kalau ada kemusykilan boleh tanya pendapat kat kakak naqibah/kengkawan yang lagi arif... 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu"

[Riwayat at-Tirmizi]

Kalau taman syurga pun tak mau singgah, macam mana hangpa boleh simpan hasrat nak masuk the real syurga???

so,
Ekstremkah orang yang mencari ilmu ukhrawi?
Jumudkah orang yang mendambakan cinta Ilahi?
Radikalkah orang yang mempersiapkan dirinya untuk bertemu kekasih abadi?  

kalau begitu, aku ekstrem dan aku pun hokeyhh!!! 
Dia ni pun ekstrem jugak  > angel pakai gucci cekidout, yo!

21 December 2012

Johor, im coming~

Even adapter laptop aku rosak, tapi aku tetap berusaha untuk online... terimalah kasihku, wahai roomate kerna pinjamkan adaptermu kepadaku...

Someone pernah cakap dengan aku, kita nih selalunya akan diuji dengan apa yang kita pernah cakap... tahun lepas dalam entri yang bertarikh 21 Dis aku menyatakan:

"..pengalaman 5 hari memerah susu lembu adalah pengalaman paling BEST & TAK TERNILAI yang pernah aku dapat.. memang tak akan dapat dah peluang macam ni unless kalau aku bekerja dalam dairy industry nanti.." - hargailah susu yang mahal itu
 
jawapan untuk permohonan latihan industri
 
Peluang yang aku cakap takkan dapat dah tu datang balik kat aku sekarang.... Hamek cow! Aku bakal berpraktikal kat sebuah ladang tenusu fofular di Kota Tinggi, Johor dari Feb-Jun 2013...

 

Hang tengok??? Belum apa-apa lagi dah dapat 'dairi' & segala macam borang untuk praktikal nanti... Siap supply CD sorang satu lagi untuk full report lepas 3 hari tamat praktikal... 3 hari beb! Department aku jer suruh hantar cecepat... Student department lain semua dapat can lepas seminggu praktikal baru hantar full report... Kan aku dah cakap, department aku ni pelik sket...

Hoi lembu-lembu Johor.....!!!! Tunggu aku datang Feb nanti, Inshaa Allah!!!

19 December 2012

Kabhi Alvida Naa Kehna :: Never say goodbye

Semangat giler nak cerita menda alah ni sampai buat teaser kannn... muahaha... Yang pasti bukan cerita pasal kawen, tunang dan yang sewaktu dengannya... Ini cerita pasal annual dinner kolej kediaman... I mean, my ex-kolej... gatai  jugok nak pegi sebab 3 tahun kan dok kat situ... So before blah dengan terhormat, tak salah cipta memori manis barang sedetik gitu...

yey! dapat memori sejibik!

Tajuk entri takde kena mengena dengan tema majlis... saje quotekan tajuk movie hindustan ni ''Kabhi Alvida Naa Kehna" yang bermaksud Never Say goodbye...

tema majlis 'red carpet' tapi kami hentam buat tema 'arabian night'

Walaupun termasuk dalam golongan yang dirai tapi makan tetap kena bayor yeop! Dah hujung-hujung sem ni almaklum lah duit kena spare untuk hal-hal emergency... Maka aku recycle jubah raya haritu jer... FYI, jubah ni my big bro belikan kat Mesir... thanx, Fadhil sebab seryes jubah dari sana sangat2 selesa... Siapa ada kengkawan or family yang study kat bumi anbiya tu boleh lerr tempah jubah sehelai dua... Seryes berbaloi...

kalau dah nama perempuan, mana ada yang 
tak pernah posing depan cermin toilet... 

Untuk majlis ni jugak aku pecah rekod sebab pakai shawl... Aku mana reti nak lilit-lilit tudung ni... Tapi demi majlis yang terakhir, kepingin jugakk aku... Banyak aku buat survey pasal shawl labuh (chiffon) ni... almost sellers jual pada harga RM25... Tak ingat lak include postage or not... Aku ni tak gemor shopping online sebab tak suka tunggu posmen & tak suka kena bank-in bagai... So aku tawakkal buat shawl sendiri... Pegi warta Bangi, tingkat atas sekali ada kedai jual kain ela... Korek-korek jumpa kain chiffon... Aku beli 2meter... Lepas tu pegi jahit tepi... Siap! Tak sampai RM25 wa cakap luuuu~

alah menang membeli, menang memakai

Oh ye, dinner memang best even ada sedikit kelemahan.. Biasala kan mana ada benda perfect... Persembahan semua mantap! Makan sedap! Tempat chantik! And the best thing is dapat kumpul dengan kengkawan yang susah nak jumpa even dalam 1 kampus... Lepas ni tak tau bila lagi nak jumpa kan??? 

Kabhi Alvida Naa Kehna

Tempat menyantap sebelum menjadi padang jarak padang tekukur

Ibarat ada lesung tanpa batunya

Hujung-hujung sem time duit sengkek ni laaaa adapater lappy nak meletop... Aku tau laaa dah 5 tahun kau berkhidmat untuk aku tapi sabor la kok yer pun nak meletop... Meletop masa aku amek skrol degree ker... 

Ada lappy tapi tak boleh on... Apa jadah???

macam mana aku nak berhibur dalam study week nanti???
macam mana aku nak stalk facebook orang???
macam mana aku nak dengar suria.fm online???
macam mana aku nak hupdate belog???

14 December 2012

Teaser: Kabhi Alvida Naa Kehna


12 December 2012

cleft lip cat - kucing sumbing

'Penduduk tetap' Kafe Kolej Serumpun, UPM... Member aku cakap dah lama dah dia wujud kat sini... Dari kecik lagi... Specialnya dia ni tak macam kucing-kucing normal yang lain... Bibir atas dia cacat, atau kata nama lain sumbing...


''Cleft lip'' kecacatan kelahiran yang  biasa dalam kucing dan anjing. Kecacatan dalam bibir atas adalah hasil daripada pembangunan yang tidak lengkap semasa pembangunan embrio dan mungkin disertai oleh lelangit rekah, atau kecacatan dalam bumbung mulut yang terbuka. Kebanyakan haiwan dengan bibir rekah menjalani kehidupan yang normal dan tidak mempunyai keperluan untuk pembetulan pembedahan - Google

Even sumbing, tapi dia tetap kucing yang comel & manja

10 December 2012

Al-Fatihah - Mohd Asyraf Aminuddin, Pelajar Tahun 2 Fakulti pertanian UPM

Pagi tadi seorang saudara kita Mohd Asyraf Aminuddin baru sahaja meninngal dunia dalam perjalanan ke kuliah... kemalangan berlaku di simpang 4 jalan menuju ke fakulti Agrobio (fakulti pertanian, UPM).

Kepada pengguna jalan lebuh raya UNITEN-UPM terutama kereta & lori, anda dah sedia maklum simpang 4 berterowong adalah laluan harian mahasiswa & mahasiswi UPM ke fakulti pertanian... Don't let this happen again... Kemalangan boleh dielak kalau kita tak pentingkan diri sendiri dan berhati-hati...

sumber gambar: facebook group PERMATANI

post terakhir arwah semalam

Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada saudara kita yang telah kembali pada penciptaNYA. Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan org yg beriman. Amiin..

09 December 2012

Budayakan tuisan jawi


Nampak macam biasa pen ni?
meh kita zoom sket...


haaaa, cantik kan???
bukan cantik tak cantik, yang penting mesejnyer....
Boleh baca tak tulisan jawi kat pen ni???
"budayakan tulisan jawi"

03 December 2012

mulut tempayan boleh laa kita tutup

Rajah 1

Berdasarkan Rajah 1, sila buat karangan tidak lebih daripada 100 patah perkataan. hokey, abaikan. sorry untuk kegilaan yang melanda.

Thanx paen - the owner of Farahin Syaheera FB account pasted above...

Thanx sebab secara tak langsung ko buat hati aku chill siket... Tak sure ayat skema pepatah melayu ni tapi maksud dia lebih kurang ni laa... "mulut tempayan boleh laa kita tutup"

Sakit hati kan bila ada orang lain cakap buruk pasal kita? Tapi realitinya macam paen cakap laaa... Kita tak usik diorang so tak payah nak ambek pot sangat apa yang orang cakap pasal kita...
 
Tapi aku rasa kita kena ambek pot dekat orang yang menyampaikan berita busuk nih... Sebab kadang-kadang punca kita gaduh adalah wujudnya batu api-batu api yang tak dilantik...

Kita dok syiok-syiok makan tetiba ada sorang member bukak mulut:

''weh, hang tau dak minah ni dok kutuk hang pagi tadi dalam kelas... dia kata hang selebet pakai tudung lagu ni..."

so what???

Apakah orang sebegini sedar dia telah menjadi batu api untuk buat kita gaduh?
apakah tujuan dia sampaikan berita buruk ni kat kita?
orang sebegini kah layak untuk dibuat member?

p/s: mengadu-domba dan mengadu-manja adalah 2 perbuatan yang sangat besar bedaannya ya anaq-anaq!

02 December 2012

bawak Honda Wave pun pelik ke?

Hokey cukup la tuh dengan entri giveaway untuk bulan ni...
Dah lama rasa tak join mana-mana giveaway... So bulan ni nak buang tebiat siket..

Harini aku meronggeng pegi Alamanda...
Macam biasa aku merempit dengan 'my bluelove' - Honda Wave...

Ontheway balik UPM seryes aku tak puas hati...
asal ada kereta potong jer, diorang usha pelik kat aku...

Paling aku panas hati, ada satu van putih penuh dengan mamat giler pegi hon panjang masa potong... Nasib la aku takde tebiat latah yang kronik...

der, tak biasa tengok perempuan bawak motor ker???
belum tengok aku bawak Honda CBR lagi...
Ehh.. tak habeh-habih dengan Honda CBR aku... wahahaha...


01 December 2012

GIVEAWAY 'jangan perah otak'


karpet merah dibentang untuk 

GiveAway by La NIAR

 

Giveaway For Followers


Hadiah dari sponsors :
1. dari APIT - DVD TOP Secret Photoshop 1 Set x1 pemenang 
- Review Blog x2 pemenang
2. dari AZHAFIZAH - Keychain Exclusive Azhafizah.com x5 pemenang
3. dari SHIDA'R - Calendar Exclusive Duniashida.com x5 pemenang
4. dari EMAS PUTIH - Topup RM5 x6 pemenang (celcom dan maxis)

Mini Gempak Giveaway by Mibz,Amercorner,EzzatieBrahim


orang nak kasi menatang-menatang atas ni FREE
FREE wey
!FREE!

NAK???
meh tangan tu... bukan suruh hulur laaa
KLIK banner kat bawah ni


 karpet merah dibentangkan untuk: