31 October 2012

kelas make up - khas untuk vitiligo'ian'

Hi you'olls! *bab make up - entri kena gedix sket*

Kitew jumpa lagi dalam kelas make up untuk v.2012... Macam biasa kelas ni special untuk pesakit vitiligo atau dipetik dari kamus bahasa sendiri vitiligo'ian'... keh keh keh... Jangan risau, kelas make up ni foc... Ingat lagi takkk kelas make up kitew tahun lepas???


Actually sama jew tips dalam v2012 ni cuma kitew nak introduce barang latest yang kitew pakai sekarang... Dah upgrade sikit supaya nampak lebih anggun gitew... 

Firstly, kitew dah tukar pakai stick concealer baru... Lupa dah jenama concealer v2011 sebab jenama ni kitew dah tak jumpa kat mana2 cawangan watsons/guardians... Dah bankrupt agaknyerrr company tuh... So sekarang kitew pakai stick concealer jenis ini: 


 kiri: produk Giffarine
kanan: produk M.A.C
Both of them really suit me... highly recommended untuk orang yang berkulit sawo matang... Actually ada banyak pilihan kaler stick concealer ni according to skin color... So before beli testing2 sket pada kulit yerr untuk kesesuaian.... One more thing, kitew prefer pakai stick concealer sebab senang bawa, senang nak apply then jimat - tak mahal & tahan lama...


Compact powder yang kitew pakai sekarang produk Miyami... Dulu takut-takut nak try sebab compact powder ni nampak macam putih sangat... ghupe-ghupenyerrr ada code color untuk kulit sawo matang: 03... Terbaik laa pakai ini bedak sebab rasa 'ringan' & tahan lama...

Sekian saja kelas untuk harini yerrr... Moga kitew dieprtemukan lagi... Sebelum melabuhkan tirai kelas make up kitew harini, kitew tunjuk nak sket hasil pakai 2 produk kat atas ni...

cakkk!!! tak nampak any cacat cela kat muka  kan???

30 October 2012

Festival Inspirasi (I-FEST)

 
 
FESTIVAL INSPIRASI (I-FEST)
29 Oktober-4 November 2012

feveret kaler

Kalau nak ikutkan feveret kaler dalam biodata: Ungu & Hijau... Tapi barang-barang keliling aku tak pernah wujud dalam bentuk kaler Ungu & Hijau pun... Apesal hah???

raga toiletries kaler pink

 raga ehem-ehem dalam almari kaler pink

 Cermin kat bilik kaler pink... Opps! my henpon pun kaler pink... 
Cadar pun nak kaler pink  jugakkk...

aku panggil pensel tip-tip... ada yang panggil pensel tekan la hape laa... 
pon nak kaler pink...

Banyak lagi barang pink dalam bilik tapi malas ar nak snap... Kalau ikutkan belog ni dulu pun kaler pink tapi rasa macam dah bosan... tukar kaler turquoise plak...

p/s: habeh modal dah ni tak tau nak buat entri aperrrr...

22 October 2012

spam messages

Tergerak hati nak check spam comment belog ni.. hado ke kena spam? Bukak-bukak hamekkkk kau... berpage-page... <--- ade ke word macam ni? Yang aku peliknya komen spam ni sume dia letak kat 1 entri jer...


Apekena si Anonymous ni asyik dok komen kat entri yang sama? Pelik... Nasib baik masuk spam.. senang sket aku nak delete... Kesian Man Yusoef bloglist punya entri ni kena serang dek spam... hohoho...

21 October 2012

rumah syaitonnirrojim

Aku tak tau dari mana abah ngan mak datang jemput aku kat UPM naik lori... Lori tu tingggi gila... Aku nak naik tak sampai... So caranya aku hulur tangan, abah tarik aku naik atas lori tu... Aku bertiga dengan abah & mak je dalam lori tu... Sampai sekarang aku tak tau kenapa abah jemput aku balik naik lori... Lori jenama apa aku tak dapat nak trace...

Sampai je satu tempat abah berenti katanya nak rehat... Masa tu mak ajak aku turun tengok ada beruk kaler putih... Aku tak boleh dengar word 'binatang' konfem hormone adrenaline aku terembes dengan banyaknya... Maka aku pun turun dari lori tu... eh? senang pulak aku turun ye dari lori yang tinggi tu?

Sesampai je kat tempat yang mengikut kata mak aku ada beruk putih, memang aku teruja... Beruk tu unik, kaler putih pastu bulu dia lembut sangat macam kucing parsi u'olls... Jinak pulak tu... Ralit je aku dengan mak dok main dengan beruk tu... Pastu entah bila entah abah aku pun join jugak aku dengan mak main dengan beruk putih yang unik... Tiba-tiba keluar sorang budak perempuan pakai jubah putih... Sekali tengok macam budak biasa tapi ada benda lain kat dia yang buat aku rasa budak ni bukan manusia...

Budak ni ajak masuk rumah dia... Rupanya beruk-beruk putih yang unik tu pets dia... hooo: kagum2! Masuk-masuk family budak ni memang ramai... Dalam banyak-banyak orang yang aku salam dalam rumah tu ada sorang kakak ni takmo salam dengan aku... Ah! lantak ko laa... Sembang punya sembang, abah aku ajak gerak balik naik lori tadi... Sampai je kat luar rumah abah tarik tangan aku ngan mak lari cepat-cepat sebab abah dah letak bom dalam rumah tu... Rumah tu abah cakap rumah syaitonirrojim... Sebab tu bila kita masuk tadi diorang seme tak jawab salam pastu bila abah selawat diorang seme cam tak senang duduk pastu muka dah bertukar jadi merah-merah....

Dasyat tak mimpi aku???
wahahahahaha..... Tapi aku kagum ar kat abah dalam mimpi... Cara dia tarik tangan mak ngn aku lari sebab rumah tu nak meletup macam dalam filem wooo... Rumah tu meletup pun nampak hebat macam dalam filem omputih... Kalau dalam filem melayu menda meletup-letup nampak sangat pakai komputer...

18 October 2012

sayang.. yang sudah tu sudahhh..

Hi. entri beremosi. sekian.

Sensitif tu penting tapi jangan la 'oberrr' sangat sampai apa yang kengkawan cakap dah terhiris kalbu retak seribu hatinya... Dah la takdek kena mengena dengan kau, tetiba pulak nak tacing-tacing apekehal?

Kisahnya bermula bila aku bersembang dengan fulani dan dengan terang dan nyata fulano TERRRdengar... Alih-alih fulano dah mengamuk sakan kat facebook katanya aku dah menyindir dirinya... dahhh, kau kenapa fulano oiii???

Orang cakap tak baik sumpah-sumpah tapi tulah yang aku nak maksudkan, Allah jer tau yang aku dah MAAFkan & LUPAkan kisah lama... Kalau aku nampak muka kau pun tak ada rasa nak lempang ke hape tapi bila kau, yes! KAU! Bila kau pegi ungkit kes yang dah lama kita, yes! sekali lagi KITA sama-sama setelkan dan saling maaf-memaafi...

ouhhh, Ya Rabbi... Apa jenis makhluk laaa yang aku kenal sepanjang 4 tahun ni??? Kiranya kau TAK PERNAH maafkan aku laaa dulu???

Yang paling pelik katanya fulano aku dah banyak sakitkan hati dia, perli dia walhal semester ni aku tak pernah, TAK PERNAH okey berurusan dengan fulano nih... Kelas yang sama dengan dia ada laaa sebijik dua... Tang mana aku sakitkan dia pon aku tak dapat nak trace... 

Tapi tak apa laaa, Innallahama'asobiriiin...
Aku redha dengan apa yang fulano nak share kat facebook or kat kengkawan dia sebab tu hak dia... Tipu laa kalau aku tak terasa... Tapi takpe, aku still boleh cover cun... 

fakta: Hampir 12 tahun aku hidup berasrama, saat ini dikala aku mencecah umur 22tahun Allah temukan aku dengan kawan yang betul-betul menguji kesabaran... koh koh koh...

Pesanan untuk diri sendiri dan semua yang ada kawan kat atas muka bumi Allah ni, andai kata ada luka dihati dengan kawan bertindaklah sematang yang boleh dan paling mudah setel jee face-to-face... 

Kau nak letak diri kau pada tahap apa sampai taknak maafkan orang sedangkan Allah Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih???

16 October 2012

Bila dah usaha & ikhtiar, jangan lupa DOA

Dalam ayat 60 dari Surah Al-Mu'min Allah berfirman:
"Berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina"

Ada seorang hamba Allah send 1 doc full dengan doa-doa pilihan... Dan majoriti Doa-doa tu petikan dari ayat-ayat suci Al-Quran.. Katanya yang dia kasi ni khas untuk sakit kulit tapi apa-apa jenis penyakit pun kita boleh guna pakai doa ni...

Bila kita dah usaha & tawakkal dengan ubat moden dan tak kurang jugak ubat tradisional, kita topup dengan doa sebab DOKTOR just MENGUBATI... ‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Hanya DIA sahaja yang boleh memberi kesembuhan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (4) Engkaulah sahaja Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepadamereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (7)

(1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
(3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
(4)Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
(5)Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir (21) Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, Dialah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang (22) Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, Maha Raja, Yang Maha Suci. Yang Maha Sejahtera, Yang Maha mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Memiliki Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan (23) Dialah Allah Yang Maha Menciptakan, Yang Maha Mengadakan, Yang Maha Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada dilangit dan dibumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana (24)

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya

Dan (sebagai) rasul kepada Bani Israel (yang berkata kepada mereka), "sesungguhnya aku telah datang kepadamudengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu iaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung, kemudian aku meniupnya maka ia menjadi seekor burung dengan izin Allah, Dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak, dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah, dan aku memberitahukan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan dirumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman (49)

Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis (1) Berkat nikmat Tuhanmu, kamu Muhammad sekali-kali bukan orang gila (2)

15 October 2012

Hi, midvalley!

Bengong dari negeri mana entah datang hinggap kat kepala hotak aku ni sampai pegi set schedule post tahun 2013... Bila pegi belog Cik Paen baru aku perasan blog aku terkureng 1 post... argh!! tensen! tensen!

Lebih 2 tahun jugakk laa aku tak menapak ke Midvalley yang sejengkal jek dari UPM... well, having hectic life as university student with thesis, assignments, testo... *poyo*
Dan specialnya harini (actually on 6th of Oct) akhirnya berjaya make-hi jugak kepada 2 orang school-classmate IGOP Cik Paen & Cik Iylia... Lama siaak tak jumpa diorang...

shooting with Cik Paen & Cik Iylia sementara tunggu masuk panggung...
wanita-camera-gaya 'peace' memang tak leh dipisahkan.. 

3 dara: tak plan pun semuanya pakai pinky haritu... 

Dengan harga 1 tiket, kitorang dapat tengok 2 movie dalam satu masa! "Bait"

 lagi satu ''Asmaradana"

Lepas solat Asar aku sempat grab secawan air mata kuceng yang paling best pernah aku rasa... Tapi tak sempat nak snap gambar pulakk.. Yang aku ingat dia punya duta seekor naga yang ceria sedang memegang sebijik cawan...

Sebelum balik sempat lagik kitorang nyinggah 1 booth Anlene untuk check tahap kesihatan tulang temulang dengan hanya scan kaki... hooo, maju seh sekarang kan?

Hasilnya: aku masih lagi di 'zon selamat'

Bila Cik Iylia dah balik baru laaa perasan ada port chantekk untuk photoshoot... So takdelah gambar Cik Iylia dalam mirror, mirror on the wall..

Amaran ribut petir & hujan lebat

klik untuk tumbesaran

14 October 2012

RFC di Bandar Baru Bangi


pernah minum kopi Radix???

Demi meraikan selesainyer projek aku kat Sg.Lui, Hulu Langat Che Li cakap ada RFC (Radix Fried Chicken) kat Bandar Baru Bangi...






Eh? Sejak bila ada wujud RFC kat Selangor??? seryesly aku baru tau... Before ni aku melahap RFC kat Alor Star, Kedah je.. RFCnyer sebelah Restoran Ayam Penyet...

Bukak jer pintu..... *bunyi cengkerik*
Ya Rabbi... orangnya nan ado sorang pun... Rasanya kami bertiga first customer haritu... Sedih pun ada... Hooo, nak cari makanan 'halalan toyyiban' kononnya tapi bila orang Islam buat fastfood ke McDonald jugak peginyer...


ramah jer worker kat RFC ni... Tak kedekut senyum...  they're wearing songkok while working... tapi yang ni baru lepas solat zohor kot, maybe lupa nak pakai... keh keh keh

menu baru di RFC


ayam bukan sebarang ayam... ayam organic, diyakini halal & selamat...

Yang paling penting... haaaa, ce citer fastfood mana yang provide surau? 

Dine area tingkat atas... 'Sunyi sepi'...

herbs chicken rice yang aku order... RM10... ayam gedabak besar gilerr...
Mahal? beli burger sebijik harga RM10 tak rasa mahal pulak yer...

Siapa lagi nak menggerakkan ekonomi orang Islam kalau bukan orang Islam tu sendiri? Support lah usaha orang-orang cenggini yang bersusah payah dari bawah semata-mata nak serve makanan halalan toyyiban untuk saudaranya sendiri...

10 October 2012

surat cinta selang seminggu


Sengaja aku maki bahagian keselamatan ala sopan sehari sebelum PRK (pilihanrayakampus).. Selang seminggu terpublishnya post aku tu, surat chenta tak diundang terselit baekk punya kat helmet aku.. Jilaka..

Figure 1

As shown in figure 1, aku telah melakukan kesalahan/kaedah 41 yakni "meletak kenderaan motor secara menghalang yang boleh menyebabkan bahaya, halangan atau kesulitan kepada mana-mana orang atau kenderaan motor lain"...

Tapi aku nak mintak kuasa veto you olls untuk buat penilaian samada aku bersalah atau tak dengan menganalisis gambar di bawah:



ok laaa aku mengaku salah sebab park motor kat dalam petak kuning nuh.. tapi motor-motor yang berbaris kat belakang motor aku lagi besar kesalahan dari aku tak disaman pulak... betul takk??

05 October 2012

crochet a keychain

Bila dah pindah kolej baru, benda paling lain sekali aku rasa adalah 24/7 aku kena bawak kunci bilik... Kalau tak alamatnya barang-barang berharga melayang... Bukan nak cakap orang kat kolej baru ni panjang tangan.. idakk eih! Cumanya kolej sekarang 'ukhuwah' antara jiran-jiran tak berapa umpph... So sebagai langkah berjaga-jaga, terpaksa la mengusung kunci yang tak sampai 100g tuh even-doh nak pegi toilet sesaat...

Tapi kalau dah nama manusia, penyakit lupa memang tak ada penawar... Paling fed up bila kau pegi mandi, roomate dah keluar kunci pintu... haaaa, tercangok laa kat depan pintu sampai roomate balik...

Malang tak berbau... Macam tu jugak keychain si helang langkawi aku nih... Dah patah sayap sebab jatuh dari sinki... Hamek kau nak cita pasal keychain patah jer pun entri nih.. hew hew hew


Dengan izin Allah taala dan berkat kerajinan yang terbit dari jiwa yang tulus suci murni maka lahirlah sebuah hati untuk menggantikan si helang... 


Okey tak???  Crochet & knitting ni bukan 'penyakit keturunan'... Korang pun boleh buat walaupun tangan tak berapa nak seni... keh keh keh seryesly aku belajar step-by-step dari youtube... 

err, benang yang aku guna buat love nih, memang kaler dia gitu... Beli kat Daiso, The Mines... Ada banyak lagi kaler cantek-cantek kat sana... Sapa tau kat mana lagi cawangan Daiso???

He Knows Best



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...