31 August 2012

pindah sini | pindah sana

Hari ni hari kedua aku tidur dengan lenanya atas katil kolej 16.. eh? yes! for the last semester in UPM sesajer aku berubah angin tukar kolej kediaman dari KOSASS.. Memang dah plan dari last semester after commission nak mohon pindah kolej.. Dekat sikit dengan fakulti..

Alhamdulillah, walaupun penuh onak ranjau berduri dalam urusan pindah kolej haritu dapat jugak aku bilik yang sama jer selesanya dengan KOSASS.. ground floor lagi I dapat tau!

Dah kenapa pulak hang balik kolej awal sepi'e macam ni?

Disebabkan keja final year project aku berbaki, terpaksalaaa aku korbankan sem break aku.. takpe, korbankan 2minggu jer, lepas grad boleh laa hang cuti puas-puas!

***

by the way, cerita pindah aku tak berhenti kat sini jer.. jeng! jeng! jenggg! teman jadi orang Bidor dah le ni.. Takde dah word hang-hangpa.. Lepaas ni yang wujud kome-deme je.. hakhakhak..

Since 1998 menapak kat Selama at last 2012 abah ditukarkan ke Bidor.. berapa tahun tuh? haih! Tapi bagus jugak, boleh aku merempit UPM-Bidor tiap weekend! kohkohkoh..

Felcra Cawangan Jln Karchu, Bidor

25 August 2012

bukan tak kasi makan, cuma kena control - anak mithali (kihkihkih)

Pukul 5 pagi mak dah kejut bagai nak rak.. Ingatkan dah terlewat bangun ke hape.. Celik-celik nampak mak pakai sweater Fadhil + stokin tebal.. hah! Dah tau dah.. Dah tau dah.. Menggigil satu badan demamnya.. Memang selalu cenggini mak demam tapi sampai satu tahap teruk masuk wad la jugakk.. Mana taknya, mak makan macam hilang ingatan yang mak ada kencing manis..

"mak, beringat makan pulut tu... nanti demam.."
"mak kan takleh makan sayur nangka... demam kang.."

"dah itu je yang mulut rasa sedap nak buat macam mana.." - mak

Maka bangun la si anak mithali yang satu ini mengalahkan mithalinya anak-anak yang lain untuk transfer haba antara diri ini dan mak.. eh?!

Ce cite kat aku apa gaya nak tolong mak control benda-benda yang dia takleh makan?

23 August 2012

Si Hitam kesepian


Si Hitam & Si Merah.. Aku sendiri tak faham kenapa panggil Merah walhal kalernye oren.. Dua beradik ni tersangat-sangat laa rapat.. Kalau sekor tak ade, yang sekor lagi komfem meroyan satu rumah.. Nakal nya dua ekor menatang ni jangan cakap laaa...

Tapi takdir menentukan segalanya.. Si Merah pergi tak kembali meninggalkan Si Hitam keseorangan.. eh! keseekoran.. sob..sob..sob.. Sedih gila sebab Si Merah mati sebelum capai target berat badan.. Masa Si Merah mati berat dia 4.2kg..

Berat Si Hitam lebih kurang sama dengan Si Merah.. tapi lately Si Hitam senyap je.. Dah tak cergas.. Makan pun kuis-kuis.. Kasi makanan feveret pun dah taknak.. tengok la Si Hitam sekarang!


Dah tak gebu macam dulu.. Kurus jer.. Si Hitam, awak jangan macam ni.. Awak kena teruskan hidup even Si Merah dah takde.. Nanti kita jumpa Si Merah kat syurga ye..

~ Si Merah in memory ~

17 August 2012

puding karamel - sedap & simple

Aku diperkenalkan dengan puding karamel ni masa mula-mula masuk unibesiti dulu. Agak berpuaka la puding nih. Sekali dah masuk mulut memang tak berenti. Kalau beli kat pasar malam sepotong RM5 youuu~

Maka dengan kerajinan yang jitu aku menerai (try) resepi yang dicarik. tenkiu veli much Kak Ana sebab dalam banyak2 resepi, resepi beliau je yang aku rasa paling simple. Memang menjadi!

Bahan2 :
- 400 ml susu segar/susu cair
- 5 sudu besar gula halus
- 3 biji telor
- 2 biji kuning telor
- 1 sudu teh esen vanila

Bahan utk karamel :
- 5 sudu besar gula pasir kasar
- 2 sudu besar air

PENYEDIAAN KARAMEL


Masak 5 sudu gula + 2 sudu air atas api kecik supaya gula tak hangus. Tipsnya, Jangan selerakkan gula dalam loyang. Letak gula kat tengah-tengah dimana api anda berada. faham? so nanti takde gula yang lambat cair.



ting! karamel dah siap bila gula bertukar kaler kuning keperangan. Bila guna kamera murah macam ni la gambarnya. Sila ke blog Kak Ana untuk menyaksikan kaler karamel yang sempurna. keh keh keh

PENYEDIAAN PUDING


'Kawen'kan suma telur2 tadi + gula halus


Dalam periuk yang lain, masak susu + esen vanilla. Bak kata Kak Ana masak bagi susu suam-suam kuku je. Tak yah lelama


Then 'kawen'kan pulak susu + telur kita tadi. Tuang sikit2 sambil kacau yer. Nampak tak gambar goyang? itu bukti tengah kacau. hahaha


Lastly, tuang adunan tadi dalam loyang yang ada karamel kita masak tadi. Make sure tapis deh sebab adunan kita tadi ada ketulan telur putih berketul2. Kalau tak nak tapis pun takpe, puding korang kan. hahaha

.
Cover loyang dengan aluminiumfoil then kukus selama 30 minit. Usha-usha la puding tu dah masak ke belum. Dah siap, sejukkan dalam peti sejuk baru keluarkan puding dari loyang.


Dah siap! Belum snap jiran aku datang terus nak merasa. Bagi je la. Tak chantek macam Kak Ana punya sebab takde buah stoberi. takkan nak hias pakai buah kendondong pulakk. wuwuwu

14 August 2012

2 parking lot = sebuah kereta kancil

Siapa tak tau Pekan Selama Perak macam mana keadaanya, anda dialu-alukan datang ke sini. Tak reti dah nak cerita macam mana sesaknya jalan kat tengah-tengah bandar koboi tersebut.

entri mengutuk 'pemandu berhemah' lagi kali ni yer.

sebuah kereta chomel telah menyebabkan pemandunya dikutuk ramai kerana mengambil ruang sehingga 2 lot parking sehingga menyusahkan kereta-kereta gedabak yang lain untuk me'parking'kan diri.

sekian.

12 August 2012

lorong kiri untuk memotong

Tak pernah-pernah aku panas hati sepanjang perjalanan macam aku drive kat SB ni. Jalannya berkilo-kilo double lane, lurus chantek takde lobang-lobang tapi kereta yang wujud haritu mencemarkan keindahan jalan lurus tersebut. Driving school kat SB tersalah silibus agaknya sebab tu kereta-kereta yang wujud haritu bengong-bengong.

Setahu aku lorong kanan untuk kereta pelesit memotong kereta kura-kura dan lori-lori gedabak tapi dah terbalik pulak kat SB nih.

Sadisnya haritu lori-lori gedabak tak sedar diri pun duduk lorong kanan. Dah la slow. Kalau lorong kiri tu banyak lobang ke, rosak ke, tar tak cukup ke aku boleh terima. Rasa nak turun kereta tahan lori tersebut dengan gaya ironwoman, then lempang laju-laju drivernya.

Paling panas bila aku nak motong sejibik treler nih. Dah lama sangat aku membontoti treler nih dengan rapatnya sampai tak menahan. Lantas aku bertawakal potong dia ikut lorong kiri macam aku potong kereta-kereta durjana sebelumnya. Bila dah sampai tetengah, treler tuh himpit aku plak nak masuk lorong kiri. Tapi Allah panjangkan umur aku lagi bila treler tuh cepat-cepat masuk lorong dia.

Lepas je potong dengan tak sengaja aku bukak tingkap, keluarkan tangan, angkat 1 jari. TAK SENGAJA, OKEY. Sudahnya sepanjang perjalan kat SB aku kasi hon bila nak memotong.

Ikut korang la nak tafsir SB tuh kat mana. Tapi aku pesan siap-siap. Sampai je area SB ni korang kena sedia maklum bahawa LORONG KIRI UNTUK MEMOTONG!

08 August 2012

untuk dia

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang..
namun kau tahu cintamu tak terbalas..
ALLAH tahu apa yg ada di depanmu..
dan ALLAH sedang mempersiapkan segala-segalanya..
yangg terbaik untukmu..

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati.. 
yang tak kunjung datang..
ALLAH mempunyai Cinta dan Kasih.. 
yang lebih besar dari segalanya..  
ALLAH telah menciptakan seseorang.. 
yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak..
dan sebenarnya ALLAH sedang mengajarimu.. 
untuk redha menerima takdir-Nya..

biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya.. 
terbang ke alam bebas lagi..
ingatlah..
bahawa engkau mungkin menemukan cinta setelah kehilangannya..
tapi..
ketika cintamu itu mati..
kau tidak perlu mati bersamanya..

p/s: aku harap dia sedang membaca :')
source: facebook & tumblr

07 August 2012

bekerja keras siapkan doorgift

 "ni yang semangat nak kahwin ni kalau gini la gayanya mak semangat buat doorgift!"

"hang jangan nak mengada. hang kahwin nanti buat sendiri!" - mak

=_='

semangat lain macam aku nengok mak siapkan anyaman. berkotak-kotak dah siap anyam. tapi at last aku jugak jadi mangsa bercomot dengan cat. mak dah lepas jawatan siapkan doorgift ni memandangkan aku hanya akan buat air liur basi ja cuti-cuti ni katanya. walhal banyak kot keja tengah Q tunggu aku nak buat!

"ok, sabaq.. sabaq.. anak mithali... anak mithali..."

group first yang dah siap cat

belambak lagi dalam kotak yang belum cat

bakal pengantin a.k.a penerima bakul-bakul special mak aku kat atas tadi. ni gambar depa bertunang. bercinta dari sekolah rendah nih!

kalau aku kira komisyen upah cat 1 bakul = RM0.50 boleh dapat duit raya lebih tahun nih. Boleh tambah modal untuk aku kahwin nanti. kan? kan? kan? esok aku try hantar proposal kat mak. ><

02 August 2012

snap! snap! snap!

telekung chantek, tak jarang, tak berat, tak ringan. beli 4 dapat harga sehelai RM30

jubah plain untuk 4 orang anak beranak sama je patternnya.. jubah ni beli 4 dapat harga RM60

bonus untuk yang mengeluarkan duit haritu (mak).. dapat beli jubah extra sebab borong jubah.. harga jubah ni sama jugak RM60
sebenarnya aku kempunan jubah denim kat situ. tapi sebab mak cakap beli jubah plain hitam sama semua bagi adil makanya aku as anak mithali menurut je laa. lagipun dah ada jubah dari Mesir Fadhil belikan. kang tak terpakai pulak banyak-banyak. kat mana beli jubah & telekung murah-murah ni??? dekat:

01 August 2012

Ogos - hakikat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...