30 July 2012

telekung, tudung, jubah dll murah di pasar kemboja

manifesto sepupu aku berkesan bila mak aku teringin nak pegi Pasar Kemboja. sanggup tunggu aku balik kampung semata-mata nak ajak pegi Pasar Kemboja. sebabnya kalau pegi dengan abah, abah suka merepek. kihkihkih. pegi dengan aku melayan jeee.

orang cakap ramai orang Kemboja berniaga kat sini sebab tu dapat nama Pasar Kemboja tapi aku tengok banyak abangLA je yang berniaga. kahkahkah

lagi satu orang dok jaja Pasar Kemboja, Parit Buntar. walhal Pasar Kemboja ni ekceli lokasinya dah masuk area Nibong Tebal. tapi sebab kedudukan dia betul-betul kat sempadan Parit Buntar, maka Parit Buntar dapat nama lebih dari Nibong Tebal. apa sebab aku pun tak tau. Kalau tanya jalan, dari Bagan Serai straight ke Parit Buntar straight lagi sampai simpang 4 sebelum terus ke Penang, dekat dengan Sekolah Permatang Tok Mahat. dari jauh dah nampak kereta bersusun tepi jalan.

Memang rambang mata kat sini. elok la sesapa nak berniaga datang sebab harga kat sini semua harga borong. Memang murah sungguh! Elok la nak beli baju raya untuk 1 family. Jubah full dengan labuci bunga-bunga cinta boleh dapat RM60. true story!

apa yang aku bawak balik? haaaa, tunggu next entry aku snap! snap! dulu gambar kasi bukti. Sebenarnya tak sempat nak snap gambor kat Pasar Kemboja tadi. Busy belek jubah. bila search memang femes rupanya Pasar Kemboja. Sumber gambor: Blog Ummi



ni tak sampai separuh suasana kat Pasar Kemboja

29 July 2012

Felda Gunung Besout, Sungkai welcoming me

perjalanan ghaib aku tak berakhir pada malam 18Julai haritu. habis je MSMR, sampai UPM packing semua barang ready untuk ke Sungkai pulak. Jam 5pagi dengan badan letih tak sempat nak rehat, malam tak tidur langsung, aku & member gagahkan jugak gilir-gilir drive sampai ke Felda Gunung Besout, Sungkai. target sampai ke destinasi before pukul 9am.

bertandangnya aku ke bumi Sungkai ni untuk setelkan final year project (FYP) yang berkaitan dengan burung walit. aku pernah cerita dulu kan? kan? so ini lah masanya gerak kerja/fieldwork bersama-sama 5orang member lagi tajuknya related pasal burung walit jugak.

walaupun hujan lebat sebelum keluar sempadan Negeri Selangor, alhamdulillah kami selamat sampai around 8.30am. memang jauuuuuuuh masuk ke dalam felda. hujung felda punya tempat aku pergi nih. apa-apapun syukur sangat supervisor sewakan rumah yang selesa untuk kami sepanjang nak setelkan FYP ni.

suasana sekitar rumah sewa. yang hujung2 sana abang-abang indon punya rumah. tak sempat nak bermesra lagi dengan diorang. kihkihkih

dalam rumah. ada 3 bilik, 1 dapur, 1 bilik air, 1 toilet. selesa sangat walaupun rumah w/o perabot. duduk 4 orang je perempuan serumah. 1 bilik tak guna jadi pantri sidai baju

paling tak menahan bilik tidur ada aircond! tapi rumah ni je ada. rumah budak laki takde aircond. kahkahkah.

dapur yang tak seberapa. kat sini la kami bertukang pagi petang untuk sahur & berbuka.

walaupun kat perantauan, sahur&berbuka tetap meriah seh! dah makan ramai-ramai mcm ni takdela terasa sedih sangat nak berpuasa kat rumah. seronok jadinya. pengalaman ni.


Majlis Santapan Malam Rejimental

lepas photoshoot kat UUM, terus packing barang rushing balik UPM sebab malam 18Julai Majlis Santapan Malam Rejimental bersama Sultan Selangor a.k.a canselor UPM pulak menanti. Letih memang tak dapat kira laa. rehat ZZZ dalam bas je sepanjang perjalan balik UPM.

MSMR kali ni kurangnya servis serving makanan sangaaat la lambat. sepatutnya majlis tamat paling lambat jam 10.30pm tapi dah terlajak hampir pukul 12.00am baru bergerak balik. komen dah bagi, harap pihak hotel dapat improve kalau ada yang pilih Hotel Pan Pacific, KLIA lagi untuk messnight. lain-lain hal tak ada apa, semua yang dirancang dapat dilaksanakan cumanya ada part-part yang kena potong sebab serving makanan ambik masa lama sangat.


sesi bergambar bersama Tuanku canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah
pasangan aku malam tu. bukan aiman azlan yer, tapi fadhil. abang aku ^^

kenangan sebelum balik dengan memember seperjuangan

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-31

17 Julai  punya cerita:

alhamdulillah officially tersemat sejibik paku atas bahu... tak tau macam mana nak cerita 3 tahun jadi kadet + 2 minggu latihan pentauliahan kat UUM, Sintok.. banyaaak memori manis, pahit, terasa, merajuk, manja, mengada semua ada laa.. bila dah 82 orang dok kat satu tempat macam-macam ragam ada. tak termasuk bebudak IPTA lain. total 1284 orang haritu, 1 Malaysia! tak termasuk tetamu, mak ayah, atuk, nenek, yang bawak orang-orang kampung lagik..

daripada 29Jun-16Julai buat apa? hari-hari nak muntah buat latihan kawad. memang kena panggang habis. yang pengsan sampai berjahit dagu tak payah cerita. alhamdulillah, Dia bagi kekuatan aku maintain sepanjang latihan. ada la sehari aku mc sebab demam.
awal-awal pagi dah start berdiri tegak tunggu ketibaan VIP & Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah mewakili Yang Dipertuan Agong yang tak dapat berangkat haritu. dalam gambar ni Temenggung Kedah tengah check baris
kontinjen UPM (darat + laut). omo! aku terasa pendek kat tengah-tengah tu! =_='
lepas berhempas pulas kat padang kawad, tibalah masa one-by-one terima watikah disempurnakan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah. time ni tunggu masa nak habih jangan cakap berapa kali aku terlelap. tapi lelap penuh gayaaa~ XD
keluar daripada dewan watikah barulaa dapat jumpa mak&abah

Program Jiwa Murni

banyak arr menda yang aku nak story... alhamdulillah aku dah selamat ditauliahkan 17 Julai lepas... tapi aku nak go through satu persatu dimana aku ghaib genap sebulan 4 hari dari belog ni...

29Jun punya cerita:
bermulalah perjalanan aku ke UUM, Sintok untuk latihan pentauliahan. tapi singgah sejenak di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi untuk Program Jiwa Murni. program ni dicadangkan oleh Ketua Jurulatih PALAPES UPM, Mejar Abdul Aziz. kenapa pilih sekolah ni? sebab Mejar Abdul Aziz bekas pelajar sekolah ni.

suasana dalam dewan
target audiens haritu student2 yang bakal menempuh peperiksaan PMR, SPM &STPM. ada 4 slot: motivasi, pendidikan (khasnya pengenalan UPM), kerjaya dan pengenalan PALAPES. Lastly ada la sepatah dua kata semangat dari Mejar Abdul Aziz sendiri.

gayaaaa Mejar Abdul Aziz~ sapa kata askar tau pegang senjata ja. pegang mikrofon pon power. kihkihkih
sporting habis bebudak kat sekolah ni. memang best. tapi yang paling-paling-best sekali bila aku sempat jumpa sahabat aku Linda empunya BLOG CIK LYNN.

apa boleh buat. gambar yang kezen linda amek 2-2 shaking. kahkahkah.
persembahan 5min khas untuk warga sekolah
kenangan sebelum terus ke destinasi
lain-lain gambar boleh check kat sini: Projek Jiwa Murni PALAPES UPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...