24 June 2012

berkampung di UUM, Sintok


rasanya ini last entry untuk 2 bulan ni... sob3... berat nak tinggaikan belog dengan keadaan tak ade entry spare part dalam draft untuk autopublish... tak menyempat nak buat padahal banyak benda nak citer... haih!

biiznillah 17 Julai 2012 aku akan ditauliahkan as pegawai muda lepas 3 tahun di'belasah'... sekarang tengah serabut lagi dok menyusun barang-barang sebab baru ja mula latihan.. secara simplenya jadual aku:

24-28 Jun: masih di UPM untuk latihan

29 Jun: aku bergerak ke UUM, Sintok tapi singgah sekejap di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi untuk sesi 'jiwa murni'... aha! sapa student PMR&SPM sekolah ni angkat tangan! InsyaAllah kita jumpa kat sana k...

30 Jun -16 Julai: latihan kawad pentauliahan di UUM

17 Julai: hari kejadian dimana aku ditauliahkan oleh DYMM Sultan Kedah insyaAllah...

so sepanjang latihan pentauliahan ni sekali lagi aku men'ghaibkan diri' buat seketika... jumpa lagi insyaAllah lepas tauliah... nanti aku share gambar-gambar lepas kena 'panggang' hampir sebulan kat sana, ok? =_='


tak sampai separuh barang-barang untuk pentauliahan... macam mana agaknya bila aku pakai baju-baju ni? tunggu ^^

22 June 2012

jangan takut kalau orang pandang pelik dengan kita


bila dah habis exam ni tangan mula laa gatai nak godak adobe photoshop.. maka inilah hasil yang terbaik pernah aku hasilkan setakat ni.. kena asah lagi skill nih... malam ni aku terpanggil nak share 1 hadis..


apa yang dimaksudkan dengan hadis ni??
Islam mula tersebar di Makkah dalam keadaan yang saaaaaangat asing. tersaaaaangat sikit penganut &pendukung agama Islam pada awalnya. Muslimin & Muslimat yang berusaha memenuhi tuntutan agama dipandang serong, aneh, pelik dan yang sewaktu dengannya.. 

Kemudian Islam tersebar dengan gemilangnya sehingga merangkumi 2/3 penduduk dunia. Tapi pada akhir zaman sebagaimana Rasulullah SAW katakan, Islam kembali aneh. Bertambah aneh bila sebahagian orang Islam sendiri rasa ganjil/pelik melihat saudara-saudaranya yang komitmen dengan Islam.

Contohnya:
orang pandang pelik tengok muslimah pakai stokin + sandal walhal aurat muslimah merangkumi kaki yakni seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..


ada sorang makcik tu siap tegur aku then tanya "demam ker?"
tapi jangan risau! (esp muslimah) sebab Rasulullah SAW dah jamin kita tergolong dalam golongan yang beruntung. Belum terlambat lagi untuk kita bertaubat & berhijrah ke arah yang lebih baik. 

wallahualam.

19 June 2012

ah! aku benci kau tau tak!


aku tau laa kau ada ada apa yang aku tak dak...
bajet kelebihan kau tuh boleh takutkan aku selama-lamanya?
aku pun ada kelebihan laa nak lawan kau!
tak payah nak berlagak sangat...

apasal hah???
aku tak kacau kau pun....
tapi asal jer kau tunjuk muka depan aku, mula lah nak menunjuk kelebihan yang kau ada tuh... semester depan aku tak boleh beralah dengan kau...
jangan salahkan aku kalau kau mati sia-sia kat tangan aku nanti....

AAAAARGGHH! AKU BENCI LIPAS TERBANG!!!

18 June 2012

sinar menyapa Qalbi (hatiku)


nukilan: iyou
masa: lepas isya', tetengah meeting.. hihi
tempat: KOSASS, UPM 

17 June 2012

doa diberikan ketetapan hati

alhamdulillah, ada perubahan - vitiligo


dah lama aku tak hupdate pasal vitiligo aku kan?
okey, kali ni nak cerita pasal perkembangan vitiligo yg ada kat aku sejak tahun 2007...

macam dalam entri-entri sebelum ni aku ada tegaskan buat masa sekarang vitiligo tak ada ubat yang spesifik sebab punca penyakit ni still dalam research...

untuk pengetahuan, ubat-ubat dari HKL aku dah lama tak amalkan dah sebab aku jumpa dekat web ada kesan sampingan kalau guna ubat sapuan steroid... aku kira ada la dalam setahun aku guna anti-vitiligo oil... tak sampai setahun pun bila tolak hari-hari yang aku terlepas pandang nak sapu ubat ni sebab busy... (ni salah satu faktor lambat sembuh kot)

tapi alhamdulillah, recently member aku perasan ada perubahan vitiligo kat bahagian muka aku... disebabkan aku tak berapa nak perasan, aku cuba buat perbandingan gambar dulu & sekarang... hasilnya:


nampak kan perubahan???
alhamdulillah!!! naik semangat untuk terus apply ubat herba ni & terus berdoa moga sembuh dan tak ada saki baki penyakit ni lagi...

walau apa pun:
# kita kena sentiasa beringat, tidak ada penyembuhan  melainkan penyembuhan dari Allah... 
# yakinlah pada Allah, husnuzon padaNya yang setiap penyakit ada ubat kecuali mati...
teruskan ikhtiar dan berdoa walau apa jenis penyakit, jangan terus mengalah...

15 June 2012

tepuk dada, wahai muslimah




menutup aurat itu kewajipan,
walau terpaksa usah beralasan,
katanya belum sampai hidayah dan seruan,
tak sedar beribu tahun hidayah dah pun diturunkan,
hanya diri sendiri berteleku dengan keegoan,
tepuk dada tanyalah iman,
menutup aurat suruhan Tuhan,
namun ada tersalah tafsir tuntutan,
fesyen begitu begini jadi ikutan,
akhirnya niat nak menutup aurat jadi kesalahan.

tutup aurat bukan balut aurat, kawan
berhijrahlah, bertaubatlah selagi ada kesempatan

13 June 2012

ibu susuan - aplikasi kat kucing?


ingat lagi tak cita kucing hutan haritu??? sekarang dah tambah lagi sekor tau! kebetulan ada member abah pun bela sekor lebih kurang sama besar... lepas bertumbuk discuss, member abah setuju nak jual... terharu sangat sebab abah jaga welfare untuk kucing hutan ni... sekarang dah ada sepasang kucing hutan kat rumah!


kucing hutan ni dah membesar tapi kalau ikutkan umurnya dia belum cerai susu lagi... sebelum ni kami suap susu (bancuh sendiri) guna syringe sebab dia memang tak pandai nak hirup air guna mulut sendiri... ceh! manja-mengada-ngada kan kucing hutan ni!

kebetulan nak dijadikan rezeki kucing hutan, kucing kat rumah bersalin... eh! beranak...

saja cuba-cuba letak kucing hutan kat perut si ibu untuk menyusu... si ibu sikit pun tak marah!!! seronok sangat tengok bila si ibu layan anak kucing hutan macam anak dia sendiri...

menyusu bersama adik beradik susuan.. ahaks! comel!!!
setakat ni kucing hutan membesar dengan sihatnya bersama kawan baru... tak sabar sangat nak tunggu dia besar... mesti lagi comel!!!

shoutbox baru - user friendly


shoutbox yang lama renyah sikit sebab kena isi form one-by-one kan??? bayangkan blogwalking 30 belog baru, 30 kali jugak laa kena taip nama & url belog kita... agak menyakitkan hati disitu sebenarnya....


bila dah survey belog lain dah ramai pakai shoutbox macam ni... senang! user friendly bak kata  tokwan aku... sebabnya shoutbox ni dah detect siap2 nama kita + url... untuk shoutbox ni aku pakai shoutbusuk... 

ada banyak lagi web yang sediakan shoutbox free macam ni...
so apa lagi??? yang mana belum tukar, jom tukar! ringankan tangan member-member kita yang blogwalking ^^

balik tabir tinta kita


dan bila kita menulis tentang cinta,
tak semestinya kitalah yang paling arif tentang cinta,
atau yang paling asyik dilamun cinta,
terkadang itu cuma expresi rasa, sebuah catatan tanpa makna, siapa tahu?
dan bila kita menulis tentang kesedihan,
bukanlah kita yang paling derita, dan paling kecewa.
terkadang itu cuma catatan rasa yang berlebihan, melampaui apa yang dirasai,
rintihan sekeping hati yang mungkin terlalu rapuh,
tanpa ilmu, tanpa iman.
dan bila kita menulis tentang harapan dan impian,
terkadang,
bukanlah kerana kita tak pernah putus harapan dan kehilangan impian,
tapi kerana kita mahu terus berharap yang baik, dan mengimpikan sebuah bahagia.
dan bila kita menulis tentang sebuah ketabahan,
bukanlah bermakna kita yang paling tabah,
itu cuma antara cara,
memujuk hati dan diri sendiri.
maka,
hakikat sebenar dibalik sebuah penulisan itu,
mungkin sukar difahami.
mungkin kerana ia lebih mudah diselami,
dari ditafsir dan dibuat andaian yang kita sendiri tak pasti.

karya asal: lihatlah langit, dan senyumlah
ilustrasi: rusydee artz

12 June 2012

dah khatam pusing langkawi? confirm korang tak pernah sampai sini


tu diaaa punya panjaaanng tajuk entri... aku yakin sebab memang tak ramai yang datang sini... pemilik tempat nih pun cakap tolong promote tempat ni sebaik mungkin sebabnya ramai yang tak tau... selalunya orang datang Langkawi nak shoping jaaa... (aku lah tu salah sorangnya) =_='


tadaaaa!! betul tak korang tak pernah sampai Buffalo Park ni??? aku berani kerat jari kuku laaa... bagusnya Buffalo Park sebab banyak aktiviti best... tak mau cakap banyak, tengok list kat bawah ni:


aku sendiri tak pernah terfikir ada orang nak buat taman rekreasi berasaskan menatang nih: KERBAU! tapi itulah... rezeki Allah kasi dengan limpahan nikmat pelbagai idea & usaha pemilik Buffalo Park ni... yang sangat-sangat membanggakan aku, Buffalo Park diusahakan oleh orang kampung! ni bukti paling terang walaupun tak bersuluh, asal ada usaha + rajin biiznillah akan berjaya... 


ada laaaaagi best kat sini, ada 1 gerai kecik jual makanan semuanya berasaskan kerbau! tak nampak sangat eh dalam gambar? jap2 aku listkan: buffalo steak, summer tart, mozzarela cheese & tomato, french toast & mozzarela cheese, cheese bread, ice cream... disebabkan masa tak mengizinkan, (poket tengah kering pun jadi faktor jugak) aku dapat merasa 2 menu ja kat sini:

ice cream & yoghurt kerbau!

MSAP - Malaysian Society of Animal Production


seperti sedia maklum, aku menghilangkan diri ke bumi Mahsuri minggu lepas... tapi aku tak bagitau untuk apa kan? ok, sekarang aku bagitau :) seminggu dekat Langkawi lepas untuk menjayakan MSAP annual conference... alhamdulillah, semuanya berjalan lancar... biasalah setiap program ada lubang sana sini tambah-tambah bila melibatkan foreigner dari pelbagai negara...


ada rasa pelik sebenarnya sepanjang program ni... rasa gah bila dikelilingi orang-orang hebat yang dah ada PHd dan sebagainya... hahaha... tapi, rasa gah tu hilang bila prof cakap:

"hebat tara mana pun semuanya pinjaman Allah ja.. ingat, ilmu tanpa amal tak guna.. jangan belajar semata untuk dapat title"


kat kaunter pendaftaran... member sempat snap curi-curi bukti aku sentiasa senyum kat kaunter pendaftaran... :)
apa yang paling berharga aku dapat dari program ni, hubungan baik dengan lecturer... ada lecturer yang garang, sombong, tak berhati perut kat kelas tapi kat sini dia la paling baik... aku dilayan macam anak... aku dah mula sayang dia walaupun sebelum ni aku benci! ^^

husnuzon dengan orang sentiasa yer... 
paling penting, husnuzon dengan Allah <3

02 June 2012

study week kat langkawi... study kerr???


insyaAllah I'll have loooong journey tonight to North of Malaysia with my beloved friend - Kak Za accompanying our supportive lecturer - Prof Razak on Animal Science conference for a week... a week??? yup! and that's week suppose I've to cling-with-book for final exam... GREAT!!! =_='


agak-agak boleh ke fokus study dengan godaan-godaan yang ada kat Langkawi tuh??? dah la semingguuu... tapi takpa, lecturer promised that he'll often remind us to study.. as we help him, then he will pay us back... aku tak mintak balasan pun tapi Prof cakap ada ganjaran kalau tolong orang... hehehehe... we'll see it!

eh??? apa kejadah aku tetiba banyak speaking dalam entri kali ni???
arghhhh! macam mana ni??? I've fallen for Edward Cullen! ni laa akibatnya bila dah belajar tengok movie berangkai, I'd dream of him every night!



apa-apa pun, doakan aku pergi balik dari Langkawi dengan selamat yer!  insyaAllah ada kesempatan aku update apa aku buat kat sana, ok???

pom-pom cat


bukan pom-pom girl tapi pom-pom cat!!!
hampir 2 minggu cari nama yang sesuai untuk kuceng ni akhirnya melekat nama yang tak berapa nak jantan untuk dia... pom-pom!
sebab dia suka main pom-pom yang aku buat ni...
sepatutnya pom-pom ni aku nak letak atas kopiah haritu... tapi dah kuceng buat main, aku tak jadi nak letak...

 

dah gemuk dah dia sekarang! makan banyak... kalau tak cukup makan pandai memberontak pulak tuh... alahai, pom-pom....!

peluang

tak ada sapa pun yang terlepas daripada dosa... asal namanya manusia, boleh jadi sedar atau tak sedar dosa dah tercatit dalam buku amalan kita...
sekadar mengingatkan kawan-kawan, jugak pada diri sendiri, yakinlah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang...

sebelum aku bukak cerita yang dah ramai tanya, suka aku kat sini nak petik kata-kata dari Imam Hassan Al-Banna:
"jika kamu ingin memperbaharui hubunganmu dengan Allah, maka perbaharuilah taubatmu"

tiba-tiba aku rasa macam nak tangguh dulu cerita tu.. hehehe...

cumanya kat sini isi utama yang aku nak sampaikan: jangan pernah jemu bertaubat... kita bukan nabi hatta malaikat, kita manusia yang punya iman naik dan turun... tapi saat kita sedar iman kita turun, bangkitlah dengan kadar segera... baiki hubungan kita dengan Allah...

peluang sentiasa diberikan - peluang untuk BERTAUBAT

01 June 2012

belog dalam pembikinan

!awas!
belog dalam pembikinan untuk template/layout baru
harap-harap dengan wajjjah baru belog akan buat aku lebih rajin untuk hupdate
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...